Thursday 3 July 2014

Akan Datang 2014 ! Terbitnya Suara Rindu by Lyka Akisya

3 tahun bersulam cinta membawa mereka ke alam perkahwinan . Menjadi pasangan suami isteri bukan mudah tetapi Hana Batrisya dan Afif Zamarul yakin bahawa mereka berhak mengecapi bahagia bersama . Malangnya , kebahagiaan yang diharapkan hanya muncul buat seketika kerana ada guruh yang mendatang . Ikatan perkahwinan yang dijaga dengan jiwanya  mula terputus begitu saja .

Akhirnya , mereka membawa haluan masing-masing tetapi hakikatnya mereka masih merindui . 2 tahun terpisah , kini mereka dipertemukan kembali di bumi Singapura . Tiada satu perkataan yang mampu disuarakan kerana hati masih lagi terasa pedih . Tiba di Malaysia , Hana ditunangkan dengan jejaka pilihan maknya iaitu Hairul Azim iaitu lelaki yang pernah memujuk Hana di saat Hana terluka .

Di saat Hana cuba melupakan Afif sepenuhnya , Afif muncul di depannya sebagai kawan lama Hairul yang pernah belajar bersama-sama di Ausrtralia . Hana pula kembali sebagai tunang Hairul . Adakah ini takdir ? Takdir di mana mereka harus menerima hakikat sebenar ? Adakah ini pengakhiran cerita cinta mereka ? Siapakah yang bakal menjadi pasangan Hana dan seterusnya menghilangkan rasa rindu di hatinya ?

"Kala hati berduka , mampukah aku menerima setia untuk kali kedua ?"