Thursday 19 December 2013

Akan datang 2014 ! Tragis Cinta Setia ...karya Lyka Akisya


Tragis Cinta Setia
Kebahagiaannya sudah lama hilang sejak Datin Asmira muncul di dalam rumahnya sebagai ibu tirinya . Dia sering kali didera dari segi fikizal dan juga mental . Paling teruk , dia kehilangan ayahnya yang tercinta ketika dia berusia 19 tahun lagi . Apa lagi yang mampu dikata jikalau takdir hidupnya sudah ditentukan sebegini ? Dialah Wafa Insyirah ! Gadis yang cukup berpegang teguh kepada agama Islam dan sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan .
“Ya Allah ...jangan uji hamba dengan beban keras , yang tak mampu hamba pikul lagi , hamba lemah tak mampu berdiri , tapi keranaMu hamba kuat dan karenaMu hamba tegar saat hamba terjatuh”
Ya Allah ! Begitu deritanya hidup yang dilaluinya . Susah payah hidupnya tiada siapa lagi yang peduli . Ibu tirinya ? Jauh sekali mengambil berat soalnya . Apa yang pasti , ibu tirinya akan mendapatkan apa yang dia mahukan termasuk dengan membunuh anak tirinya sendiri , Wafa . Mujurlah Kayla terlebih dahulu mengetahui rahsia ibunya lalu memberitahu Wafa akan perkara sebenar . Wafa terpaksa menjadi pelarian .
Kemunculan seorang pemuda yang bernama Nazrief Hakimi a.k.a Jai membuatkan keselamatannya lebih terjamin . Wafa semakin tertanya-tanya , mengapakah lelaki samseng seperti Jai menyelamatkan dirinya ? Semuanya terjawab apabila ditanyakan kepada Ah Cheng iaitu kawan lama ayah Wafa merangkap bos kepada Nazrief . Sepanjang dia tinggal bersama Mak Cik Suriati dan juga Nazrief , dia lebih berasa lapang hati . Hinggalah satu hari , Nazrief yang samseng melamarnya sebagai seorang isteri membuatkan hatinya menjadi tidak tentu arah .
“Aku nak belajar mencintai yang Maha Esa , belajar mencintai diri aku sendiri dan juga belajar mencintai kau . Hanya kau sahaja yang mampu membimbing aku semula ke jalan yang benar” –Jai-
“Maafkan saya tapi ...
“Kenapa ? Kau sukakan Ustaz Hafiz ke ?”-Jai-
Ya ! Memang benar dia cintakan Ustaz Hafiz . Sejak hari pertama mereka bertemu di masjid , Wafa semakin tertarik dengan pendirian Ustaz Hafiz . Namun , perasaannya bertambah keliru apabila melihat Jai yang begitu tulus mencintainya .

Kisah cinta yang berbeza tetapi adakah pengakhiran cerita cinta mereka turut berbeza ? Atau sebaliknya ? Bagaimana pula dengan dendam Datin Asmira ? Dapatkah dia melaksanakan misi balas dendamnya dengan membunuh anak tirinya sendiri ? Semuanya bakal terjawab dalam kisah  TRAGIS CINTA SETIA