Wednesday 13 November 2013

UPSR !

Assalamualaikum ! Okay ..semua sihat ? Alhamdulilah , kepada sesiapa yang sihat dan yang tak sihat tu cuba-cubalah sihatkan diri . Ehehehe.. anyway , result UPSR akan keluar pada tarikh bila ? Jawapannya ialah esok ! 14 NOVEMBER 2013 ! Kepada sesiapa yang mengambil keputusan untuk esok , kak syiqin doakan yang terbaik untuk adik-adik semua . Jangan putus asa jikalau keputusan tak baik sebab perjalanan hidup masih panjang . Yang paling penting SPM kerana SPM penentu masa hadapan bukannya UPSR .

Jadi , akak syiqin ..ceh ..akak kononya . Anyway , akak syiqin ingin adik2 tahu yang kita semua ni sama aja dalam dunia ni . Otak pun sama cuma IQ aja yang berlainan . Apapun , teruskan usaha dan kejar cita 2 . Yakinkan diri dan jangan pernah putus asa ! All the best !


                                                                                                                                  Sincerely ,
                                                                                                                                  - Syiqin  -

Monday 11 November 2013

Let me tell the story !

Assalamualaikum ! Apa khabar 'readers' ?? Ceh ! Nampak tak tajuk dekat atas ? Tell story but I 'm still thinking what story that I want to share ..hmmmm..hmmmm...krik krik !! Aha !! Okay , sebelum tu syiqin nak ucapkan terima kasih sebab sudi baca blog . First time tulis blog macam diary haha biasanya sent novel bab by bab tapi kali ni lain pulak jadinya . Anyway , tajuk sebenarnya ialah cerita . Memandangkan semuanya dha tahu apa itu istilah cerita tak payahlah kita nak keluarkan istilahnya .

Kebanyakan dalam kalangan kita , mempunyai pandangan masing-masing mengenai sesebuah cerita . Waktu kecil , kita bukannya ambil kisah sangat pasal citer best ke tak , yang kita tahu tengok jer . Kalau tak tidur jer ..zzzz. Anyway . kalau nak diikutkan telalu banyak sebenarnya genre cerita yang ada di negara kita mahupun di negara luar . Contohnya :

1.Action
2.Adventure
3.Comedy
4.Crime
5.Fantasy
6.Historical
7.Horror
8.Mystery
9.Romance
10.Science Fiction
11.Thriller
12.Animation

Banyak tak ? Serius banyak ! Sebenarnya banyak lagi tapi malaslah nak huraikan semuanya . Hehehe . Okay , yang mana satu pilihan anda ? Bak kata lagu P.Ramlee ..'yang mana satu ...idaman kalbu' . Cer pilih ?Kalau syiqin sendiri , syiqin lebih mengutamakan comedy  berbanding romance . Itu pendapat syiqin lah . Sebenarnya , rancangan komedi yang ada dekat astro atau mana-mana channel membantu kita menghilangkan stres . Contohnya , penat-penat balik dari sekolah , baru lepas marah dengan cikgu ...terus jer bukak saluran yang ada unsur yang menghiburkan . Sedikit sebanyak , kita taklah berasa bosan .
Apapun , terpulanglah kepada sesiapa yang meminati tentang sesebuah cerita tetapi pastikan cerita yang kita tontin ada faedahnya .

Tinta ikhlas : Asyiqin ....

Friday 8 November 2013

Kejayaan !


Yeah, You could be the greatest
You can be the best
You can be the king kong banging on your chest
You can beat the world
You can beat the war

You can throw your hands up
You can beat the clock
You can move a mountain
You can break rocks
You can be a master
Don't wait for luck
Dedicate yourself and you could find yourself

Standing in the hall of fame (yeah)
And the world's gonna know your name (yeah)
Cause you burn with the brightest flame (yeah)
And the world's gonna know your name (yeah)
And you'll be on the walls of the hall of fame (yeah)

Hello ! Hello ! Siapa pernah dengar lagu ni ? Tipulah siapa yang tak pernah dengar lagu ni . Lagu ni terkenal di radio Era , Hot fm dan Hitz fm . Anyway , hari ni kita bukannya nak cerita pasal lagu ni sebab tajuk cerita kita pun berjudul Kejayaan ! Jika kita lihat pada zaman sekarang ni , ramai pelajar yang bertungkus - lumus nak berjaya untuk masa depan mereka . Contohnya , nak dapat kejayaan yang cemerlang dalam UPSR , PMR dan SPM . Sekarang ni pun tengah peperiksaan SPM kan ? Jadi good luck untuk calon SPM !

Okay settle at that part ! Apa itu kejayaan ? Mari kita ketahui !

Peribahasa Cina : Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat 
Charles Cahier : Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka 
Joseph Conrad : Manusia tidak merancang untuk gagal , mereka gagal untuk merancang 
Lao Tze : Kegagalan adalah asas kemenangan 
Peribahasa Melayu : Orang yang hendak bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya .

Heheh..banyak tak ? Search kat google ! Anyway , bagi syiqin sendiri kejayaan itu bermaksud satu langkah menuju ke destinasi yang kita inginkan dan kita berjaya mencapainya . Faham tak ? Tak faham juga search kat google . Haha..definisi ni kita 'create' sendiri je . Anyway , siapa yang pernah gagal atau result tak berapa nak okay , kena sentiasa berusaha . Hidup ni umpama roda , kadang kita turun dan kadang kita naik . Tak selamanya kita turun dan tak selamanya kita naik . 

Memang susah nak berjaya tapi kita akan mendapat hasil yang sangat memuaskan biarpun kita pening kepala mahupun penat untuk mencapai kejayaan ! 



Buka mata besar-besar dan pandang sekeliling . Aku nak jadi apa bila besar ? Macam mana nak berjaya ? Susah ke nak berjaya ? Apa pula risiko yang bakal dihadapi jika hendak berjaya ? Jikalau kita hendak berjaya , kita tak boleh memikirkan apa yang SUDAH terjadi pada masa silam kita ! Sebaliknya memikirkan masa depan kita . Tak kiralah masa silam kita buruk atau tidak , yang penting hidup mesti diteruskan . Nak berjaya ? Mula lah dari sekarang ! 

Thursday 7 November 2013

Secret Love ! Syhh

Assalamualaikum ! Huh ! Hari ni langsung tak ada story nak citer so , saya buka story yang saya suka aja , boley ? Hehe . Anyway , siapa yang tengah menonton drama Korea sekarang ni mesti kenal citer ni . Tajuk citer ni Secret Love . Synopsis ? The answer : Revenge starts with love . Watak yang dimainkan oleh Ji Sung iaitu pelakon lelaki dan Hwang Jungeum iaitu perlakon wanita dapat dibawa dengan baik sekali . Mereka juga selalu berlatih di set lokasi bagi memperkukuhkan lagi jaln perceritaan 'secret love' . Semakin hari semakin naik rating cerita ni .

Cerita ni sudah pun ditayangkan di saluran KBS WORLD pada bulan September 2013 pada pukul 9:07 minit malam setiap hari Rabu dan Khamis . Cerita ni mempunyai banyak nilai yang bagus diterapkan . Cerita ni juga lain daripada yang lain . Nak tahu sebabnya ? Biasanya jalan cerita sesebuah cerita pada zaman sekarnag ni macam sama aja , bercinta lepas tu gaduh-gaduh then berbaik tapi citer ni sangat berbeza dengan konsep tersebut .

Jalan cerita dan juga cara penyampaian watak sangat bagus ! 10 dari 10 bintang ! Tak semua cerita ada pelakon yang mempunyai 'chemistry' yang sama tetapi kemunculan dua watak ini berjaya membawa watak dan chemistry mereka dengan sangat baik . Genre : Romance , Mystery and Melodrama . Saja tambah mystery sebab pada pendapat saya , Ji Sung masih lagi mencari apa yang disembunyikan oleh Hwang Jungeum dalam citer ni . Apapun ...terima kasih kerana sudi baca cerita yang saya sampaikan untuk hari ni . Jangan lupa tengok citer ni :)

                                                                                                                               Ikhlas ,
                                                                                                                           Syiqin ........

Wednesday 6 November 2013

Sahabat

Assalamualaikum ! Pejam celik , pejam celik tahun 2013 akhirnya melabuhkan tirainya . Tak sangka sepanjang tahun 2013 merupakan tahun yang banyak kenangan dengan kawan rapat . Alhamdulilah , tahun ni barulah saya kenal erti persahabatan yang sebenar . Dulu , cuma tahu persahabatan melibatkan sahabat yang kita kenal antara satu sama lain tetapi untuk tahun ini persahabatan adalah lebih bererti buat saya .

Rindu ! Ya , perasaan itu sahajalah yang mampu digambarkan sewaktu kawan saya sendiri iaitu Akhma berkata bahawa dia akan berpindah berlajar di Kelantan . Tak sangka , untuk tahun ini sahaja kita sudah serapat ini dan tak sangka bahawa persahabatan kita dirahmati oleh Allah yang maha Esa . Terima kasih Akhma , Jannah , Syiffa dan Lisa kerana sudi berkawan dengan kawan yang agak 'kerek' macam saya ni 'ceh ayat formal' . Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . Perpisahan bukan tandanya kita akan berpisah tetapi perpisahan merupakan satu jarak persahabatan yang menguji sejauh mana dan sampai bila kita masih boleh bersahabat .

Akhir kata , 'tiada yang lebih bermakna melainkan talian persahabatan' . Untuk itu , saya akan terus mendoakan kejayaan awak semua . Semoga kita dapat bertemu lagi ya Akhma ? Insya Allah kalau ada masa kita pasti akan bertemu lagi . Perpisahan bukan tandanya kita berpisah ! Salam ukhwah dan salam persahabatan ! 'Don't expect your friend to become a perfect person but help your friend to become a perfect person ' ....