Thursday 3 July 2014

Akan Datang 2014 ! Terbitnya Suara Rindu by Lyka Akisya

3 tahun bersulam cinta membawa mereka ke alam perkahwinan . Menjadi pasangan suami isteri bukan mudah tetapi Hana Batrisya dan Afif Zamarul yakin bahawa mereka berhak mengecapi bahagia bersama . Malangnya , kebahagiaan yang diharapkan hanya muncul buat seketika kerana ada guruh yang mendatang . Ikatan perkahwinan yang dijaga dengan jiwanya  mula terputus begitu saja .

Akhirnya , mereka membawa haluan masing-masing tetapi hakikatnya mereka masih merindui . 2 tahun terpisah , kini mereka dipertemukan kembali di bumi Singapura . Tiada satu perkataan yang mampu disuarakan kerana hati masih lagi terasa pedih . Tiba di Malaysia , Hana ditunangkan dengan jejaka pilihan maknya iaitu Hairul Azim iaitu lelaki yang pernah memujuk Hana di saat Hana terluka .

Di saat Hana cuba melupakan Afif sepenuhnya , Afif muncul di depannya sebagai kawan lama Hairul yang pernah belajar bersama-sama di Ausrtralia . Hana pula kembali sebagai tunang Hairul . Adakah ini takdir ? Takdir di mana mereka harus menerima hakikat sebenar ? Adakah ini pengakhiran cerita cinta mereka ? Siapakah yang bakal menjadi pasangan Hana dan seterusnya menghilangkan rasa rindu di hatinya ?

"Kala hati berduka , mampukah aku menerima setia untuk kali kedua ?"

Friday 17 January 2014

Bisikan Suara Kasih ! Bab 18 , 19 dan 20

Bab 18
Bulan  April melabuhkan tirainya . Engku bercadang untuk membawa isterinya berbulan madu ke luar negara iaitu di Netherland kerana dia sudah berjanji dengan ibu mertua Erin untuk membawa Erin bercuti . Dia juga mahu meluangkan banyak masa dengan isterinya di sana dan hanya bercakap tentang mereka . Dia mahu Erin melupakan segala masalah dan menenangkan fikiran meskipun dia tahu Erin masih memikirkan soal Datuk Hisyam iaitu ayah Erin .
Walaupun masalah keluarga Erin belum selesai , dia tetap mahu membawa isterinya ke Netherland . Sudah lama dia berangan-angan untuk membawa isterinya ke sana dan dia mahu melaksanakan impiannya . Dia tersenyum melihat isterinya yang sedang mengemas pakaian lalu dimasukkan ke dalam bagasi mereka sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa .
Erin tidak mahu menolak permintaan suaminya meskipun masalahnya belum selesai . Kadang –kala dia terfikir akan kebaikan jikalau dia ke luar negara . Dapat juga dia menghilangkan segala tekanan di dalam kepalanya . Dia berharap agar tiada apa-apa yang berlaku jika dia dan suaminya di sana .
Sesampai sahaja mereka di lapangan terbang , mereka berdua menunggu di tempat yang disediakan kahas untuk menunggu kapal terbang tiba . Ketika itu , Engku membeli makanan buat isterinya . Erin cuba tersenyum tetapi dia masih memikirkan masalah keluarganya . Engku segera mendekati isterinya yang telah pun membelikan makanan buatnya .
“Erin fikir apa ni , sayang ? Masalah lagi ?”tanya Engku yang ingin tahu .
Erin hanya mampu menggeleng . Dia tidak mahu membebankan suaminya . Cukuplah dia menanggu seorang diri . Dia tidak mahu melihat suaminya menyelesaikan masalahnya sedangkan suaminya juga ada masalah di tempat kerja tetapi mujurlah dah selesai .
“Erin ...abang tak nak Erin sedih bila dah sampai ke sana . Abang nak Erin jadikan percutian kita ni untuk menghilangkan tekanan dan juga masalah . Abang tahu Erin ada masalah tapi Erin sembunyikan daripada abang kan ?”Engku bertanya .
“Abang ..Erin ...
“Abang tahu yang Erin tak nak menyusahkan abang . Abang juga tahu yang Erin nak selesaikan masalah seorang diri tapi ..sekarang ni Erin dah bersuami dan hak abang sebagai suami ialah membantu Erin menyelesaikan masalah . Abang akan selalu ada di sisi Erin tak kira susah mahupun senang ...bukan ke kita ni suami isteri ?”Engku tidak mahu menjarakkan hubungan di antara Erin dan juga dirinya .
Erin tersenyum mendengarnya . Dialah wanita pertama yang bahagia kerana memiliki suami yang begitu prihatin terhadapnya . Wajah suaminya diusap perlahan . Dia tahu bahawa Engku sudah melakukan segala-galanya buatnya dan lelaki itu juga berjaya memikat hatinya dengan cinta yang hadir dalam hidupnya .
“Ya ..kita memang suami isteri tapi Erin nak selesaikan masalah keluarga Erin sendiri . Jadi benarkan Erin selesaikannya ?”soal Erin .
“Tapi ...
“Erin akan selesaikan masalah Erin secepat yang mungkin jikalau Erin mendapat redha dan keizinan abang ...” Erin berkata lagi .
“Baiklah , abang izinkan tapi untuk kali ni saja ya ?”Engku mula membuat perjanjian dengan isterinya sambil menghulurkan jari kelingkingnya . Erin menyambut jari kelingking suaminya dengan jari kelingkingnya sambil tersenyum .
Engku mengucup dahi isterinya dengan penuh syahdu . Erin berasa senang hati apabila suaminya mengizinkannya . Engku menarik Erin ke dalam dakapannya sambil berdoa agar isterinya sentiasa berada dalam keadaan tenang ketika menyelesaikan sesuatu masalah . Dia tidak mahu isterinya terlalu fikirkan masalah .
Sungguh mekar cinta Engku terhadap Erin pada ketika itu . Erin Cuma mendambakan kasih sayang daripada seorang suami yang bernama Engku Shahrizal . Dia tahu bahawa dia belum cukup sempurna menjadi seorang isteri kerana dia masih belum bersedia menerima cinta daripada seorang suami .
Ya Allah , jadikanlah hamba dicintai oleh suami , dengan rahmatMu , wahai Zat yang maha penyayang di antara para penyayang"
Erin sering kali berdoa agar pintu hatinya terbuka buat suaminya . Ya ! Cinta dan sayang itu berlainan tetapi dia dapat merasakan sedikit demi sedikit cinta itu hadir dalam hidupnya . Cukuplah dengan adanya suaminya , dia sudah jatuh cinta dengan suaminya . Kini dia Cuma perlu mendalami cinta seorang suami terhadap isteri .

ENGKU SHAHRIZAL melangkah keluar daripada Lapangan Terbang Seppe bersama isterinya sambil membawa bagasi mereka menuju ke arah sebuah teksi . Engku sudah pun menempah hotel di mana dia dan isterinya akan menginap iaitu The Sherry . Engku menuju ke arah kaunter ‘receptionist’ sebaik sahaja mereka telah pun berada di situ .
Tangan Erin ditarik lembut oleh suaminya agar berjalan menuju ke dalam lif . Engku sudah berjaya mendapat kunci bilik . Agak ramai juga di dalam lif tersebut sehingga sesak sedikit untuk mereka masuk ke dalam lif tersebut . Engku segera menarik pinggang isterinya agar mendekatinya . Erin memandnag ke arah suaminya yang sedang mengenyitkan mata ke arahnya . Engku mencebik . Gatal !
Erin berasa sedikit lemas apabila beberapa pemuda berada dekat dengannya . Engku sudah tahu bahawa isterinya tidak selesa dengan keadaan tersebut . Dia merapatkan Erin dengannya kerana dia tidak mahu Erin bersentuhan dengan mana-mana lelaki di situ . Sesampai sahaja di tingkat 6 , mereka berjalan keluar meskipun dalam keadaan sesak sebegitu . Pada ketika itu , Engku menarik lembut tangan isterinya agar berjalan bersama dengannya .
Sesampai sahaja di dalam bilik , Erin tersenyum lebar . Cantik ! Bilik mereka sungguh cantik dan agak berlainan dengan bilik hotel yang pernah dia jumpa . Engku berjalan ke arah balkoni dan dapat dilihat pemandangan bandar di Netherland sungguh cantik .
“Abang ..terima kasih pasal tadi” Erin menegur suaminya .
Engku berpaling ke arah isterinya . Dia mendekati isterinya yang sedang menyusun baju ke dalam almari .
“Ala ..perkara kecil aja ..lagipun abang pun memang suka buat macam tu” Engku tersenyum nakal .
“Gatal ! Dahlah , Erin nak pergi mandi ...”
Engku hanya mampu membiarkan Erin membersihkan diri di dalam tandas . Dia masih teringat kejadian yang berlaku di dalam lif . Bagaimana cara dia mendekatkan dirinya dengan isterinya . Dia tersenyum lebar .
Erin pula mengetuk kepalanya perlahan dengan dinding di tandas . Malu ! Dia malu apabila teringatkan hal terjadi . Ya Allah ! Nak malu apanya ? Suami isteri kan ? Tapi , Engku memang gatal sejak dia jatuh cinta dengan isterinya . Ala , terlanjur cinta lah katakan . Sedar tak sedar , Erin pun dah jatuh cinta dengan suaminya . Dia tidak menafikannya ! Tunggu masa dan waktu untuk dia meluahkan perasaannya .
Petang itu , Erin keluar berjalan-jalan dengan suaminya . Mereka melangkah masuk ke dalam sebuah kedai ais krim yang cukup unik dan cantik . Engku membeli dua batang ais krim lalu diberikan satu buat Erin . Mereka duduk di sebuah kerusi yang terletak di kedai tersebut . Erin tersenyum melihat kesan comot di mulut suaminya .
“Apa ni ? Makan ais krim pun macam budak tadika je” perli Erin .
“Amboi budak tadika ya ? Ambik ni”
Engku sengaja menolak ais krim isterinya ke mulut isterinya . Erin terkejut . Sejuk ! Terdapat beberapa lebihan ais krim yang bersisa di sekeliling mulut isterinya . Padan muka ! Dah macam budak kecil aja .
“Abang ! Habis comot mulut Erin ...” Erin mencebik .
Dia cuba mengesat bibirnya dengan tisu tetapi dihalang oleh tangan suaminya . Engku mengesat ais krim yang berada di sekeliling mulut isterinya dengan tangannya sendiri . Erin memandang ke arah suaminya . Amboi , romantiknya ! Engku memandang semula ke arah isterinya yang sedang memandangnya .
“Kenapa pandang abang macam tu ? Abang ni hensem ek ? Yalah ! Abang mengaku memang abang hensem pun” Engku mula menunjuk-nunjuk dengan kehensemannya .
“What ? Handsome ? Hensem tahi kucing !”perli Erin .
“Tahi kucing ? Amboi , sedapnya mulut mengata suami ...”
Engku mencubit pipi isterinya dengan geram . Erin menahan sakit . Dia benar-benar geram dengan tindakan suaminya . Hanya mampu menahan sabar . Engku tersenyum melihat isterinya yang sama sekali tidak marah jika dia mencubit pipi isterinya tetapi dia pula yang terima balasannya . Kali ini , Erin mencubit pipi suaminya dengan geram.
“Aduhai ...sakitnya pipi abang !”Engku mula mengadu .
Erin tersenyum . Rasakan ! Barulah buku bertemu dengan ruas . Inilah padanya jikalau hendak mencubit pipi orang dengan sengaja . Erin tergelak kecil melihat gelagat suaminya yang seperti kebudak-budakan .

EMY segera bangkit daripada pembaringannya . Dia benar-benar khuatir dan tidak dapat tidur akibat memikirkan masalah keluarganya . Dia takut ! Dia takut untuk memberitahu perkara sebenar kepada ibunya . Dia berjalan menuju ke arah ruang tamu sambil berfikir sendirian . Dia agak terkejut melihat ibunya yang sedang berjalan ke arahnya . Dia tahu ibunya juga tidak dapat tidur malam akibat memikirkan masalah yang sama .
Rasanya , inilah masa yang tepat untuk dia memberitahu ibunya tentang perkara yang sebenar. Dia tahu bahawa dia dilarang untuk memberitahu Erin mengenai hal keluarga mereka tetapi mereka keluarga jadi Erin sememangnya patut untuk mengetahui perkara yang sebenar .
“Eh , Emy ? Kenapa tak tidur lagi ni ?”soal Puan Mariana sambil meletakkan segelas air kosong yang diletakkan di atas meja yang terletak berhadapan dengan mereka .
“Tak boleh tidur ...”jawab Emy .
“Kenapa ? Fikirkan masalah ?”soal ibunya lagi .
“Sebenarnya , Emy dah bagitahu kak Erin pasal hak penjagaan dan ...
“Apa ?! Kenapa Emy bagitahu ?”
Puan Mariana tidak mahu membebankan Erin lagi . Dia juga mahu menyelesaikan masalahnya dengan suaminya sendiri . Agaknya Erin ikut perangainya kerana suka menyelesaikan masalah seorang diri . Emy terkejut mendengar suara ibunya yang agak tinggi pada ketika itu . Dia tahu ibunya layak marah padanya.
Namun , Erin juga berhak tahu tentang masalah yang mereka hadapi pada ketika itu . Dia juga tidak mahu kakaknya menjadi orang yang terakhir yang tahu mengenai masalah tersebut . Puan Mariana bagaikan tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dia dengar . Dia cuba tenangkan hatinya seketika .
“Kak Erin berhak tahu ibu ! Lagipun , masalah ni melibatkan ibu , ayah , Emy dan juga kak Erin . Emy pun ..Emy pun dah tak tahan dengan masalah ni ,ibu ! Emy tak nak ibu dan ayah berebutkan Emy dan Emy tak tahan ...Emy nak hidup macam remaja yang lain” Emy tidak mampu menahan air matanya .
“Emy ...
“Emy nak ada keluarga yang bahagia macam kawan-kawan Emy dekat kampus . Emy malu bila mereka tanya soal keluarga kita dan Emy tak boleh terima hakikat apabila kawan-kawan Emy ejek Emy sendiri yang Emy ni ...keturunan keluarga yang malang ...” air mata Emy mengalir jua .
Ya Allah ! Pahitnya apa yang Emy rasakan ketika itu . Puan Mariana terkejut melihat keadaan anaknya yang begitu perit dan sedih menghadapi dugaan . Dia menarik anaknya ke dalam dakapannya . Sakit juga hatinya apabila mendengar semua itu . Ibu mana yang tidak terluka jikalau melihat anaknya turut menderita ? Salah siapa ? Salah siapa sampai Emy sanggup menaggung beban yang begitu berat ?
Air mata seorang ibu turut mengalir tanda dia benar-benar kasihan dengan seorang anak . Dia sendiri ingat , jikalau dia bercerai dengan suaminya sendiri semuanya akan kembali seperti biasa tetapi sangkaannya salah . Aduhai ! Lemahnya dia untuk menangani masalah di antara dia dan juga bekas suaminya . Letihnya dia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang bekas isteri .
Walaupun menjadi janda , dia tetap berasa sedih dan sakit hati . Tanggungjawab dia sebagai seorang ibu dan juga seorang bekas isteri benar-benar menggugat perasaannya sendiri . Apabila melihat keadaan Emy , sakit hatinya kian terasa . Ini semua gara-gara bekas suaminya iaitu Datuk Hisyam !
“Maafkan ibu nak ...maafkan ibu . Ampunkan ibu , Emy ! Ibu yang sepatutnya menanggung beban Emy dan ibu yang sepatutnya memahami Emy tetapi ibu tak jalankan tanggungjawab ibu sebagai seorang ibu yang baik . Ibu janji , ibu akan selesaikan masalah ibu secepat yang mungkin dan buat Emy bahagia . Ibu janji akan jaga Emy sampai bila-bila ...ibu janji” nekad Puan Mariana .
Emy berasa sedikit tenang apabila mendengarnya . Syukurlah ! Namun , dia masih sedih apabila teringatkan rakan-rakannya di kampus . Sedihnya hati dia sehingga dia tidak mampu mengawal perasaan luka di hatinya . Dia juga mahu berada di sisi ibunya di saat susah mahupun senang kerana dia merupakan seorang anak .
Biarpun ada halangan yang mampu membuat mereka terluka , Emy tidak akan sesekali rebah dan jatuh kerana dia ada di sisi ibunya . Ibu yang ada dengannya dan ibu yang selalu menemaninya ketika dia sakit mahupun terluka . Biarpun perit yang dirasakannya asalkan dia tidak dipergunakan oleh ayahnya !

ERIN melepaskan keluhan berat . Fikirannya jauh melayang entah ke mana tetapi apa yang mampu dia fikirkan ialah masalah keluarganya yang masih belum selesai . Engku yang baru sahaja selesai membersihkan diri dan juga berpakaian lengkap , segera mendekati isterinya yang berada di balkoni sambil duduk termenung . Engku tersenyum .
Engku mencuit bahu isterinya membuatkan Erin tersentak . Erin tersenyum kecil melihat gelagat suaminya yang nakal . Ada saja yang suaminya akan lakukan untuk membuatkan dia ceria mahupun ketawa . Engku duduk bersebelahan dengan isterinya yang masih lagi termenung . Nampaknya Erin masih memikirkan masalah yang sama .
Dia menarik lembut tangan isterinya lalu digenggam erat . Erin memandang suaminya dengan pandangan aneh . Erin mengangkat kening sambil membuat isyarat . ‘Apasal gatal sangat laki aku malam ni ?’perli Erin di dalam hati .
“Abang takkan lepaskan tangan Erin sampai Erin tak termenung dan buang masalah tu dalam fikiran Erin” Engku berkata dengan nada lucu . Erin tersenyum .
“Okay ! Erin takkan termenung dan akan tersenyum tapi kalau buang masalah tu tak boleh lah” Erin berkata lagi .
“Okay ...”
Engku melepaskan tangan isterinya . Dia memandang wajah isterinya yang masih lagi suram dan sedih . Senyuman Engku mati sebaik sahaja melihat riak wajah isterinya yang sedih selalu . Sampai bila Erin nak fikirkan masalah aja ?
“Orang tua-tua kata ..kalau banyak fikir nanti muka berkedut” perli suaminya .
Erin memandang ke arah suaminya dengan pandangan yang cukup tajam . Ada –ada saja ! Engku tersenyum kecil melihat kerenah isterinya .
“Ya ke ?”tanya Erin sekadar main-main .
“Yalah ! Tengok muka tu dah berkedut sampai muka pun dah jadi lonjong macam belut” Engku mengusik isterinya lagi .
Erin tergelak mendengarnya . Belut ? Tak ada binatang lain ke yang dia nak cakap selain daripada belut ? Dahlah dia geli mendengar nama binatang tersebut . Engku tersenyum melihat isterinya sudah mula kembali ceria .
“Hahaha .....ada –ada aja kan ?”Erin tidak dapat menahan gelak .
“Eh betullah apa yang abang cakap !” Engku tidak mahu mengalah .
Erin tersenyum . Dia memandang wajah suaminya yang sentiasa membuatkan dia rindu dengan wajah tersebut . Ternyata Engku merupakan lelaki yang pertama dan terakhir yang dia cinta . Tiada yang lain ! Dia boleh jamin sendiri perasaan dan hatinya sendiri yang dia sedang jatuh cinta dengan suaminya .
“Terima kasih ...”ucap Erin secara tiba-tiba .
“Untuk apa ?”tanya suaminya .
“Terima kasih sebab hiburkan Erin dan selalu buat Erin ketawa . Terima kasih , abang”
Erin mengucup pipi kanan suaminya dengan berani . Dia mahu suaminya sendiri tahu bahawa dia cukup bahagia memiliki suami sebaik Engku Shahrizal . Engku pula terkejut dengan tindakan isterinya . Nampaknya , isterinya miang juga ! Engku berfikir sebegitu . Namun , dia tetap bahagia apabila menerima kucupan di pipi .
Engku menarik lembut tangan isterinya lalu dikucup lembut telapak tangan isterinya . Sungguh romantis ! Alahai , Erin sudah mula tersentuh dengan pandangan suaminya apatah lagi dengan kucupan di telapak tangannya . Engku memandang isterinya sambil tersenyum bahagia .
“Err..jom kita tengok televisyen ? Malam ni ada cerita menarik” Erin mula menukar topik .
Engku melepaskan keluhan berat . Baru saja nak ambil ‘mood’ cinta tapi ada saja halangannya . Si isteri mahu menonton televisyen dan si suami mahu bersama dengan si isteri dan berbual soal mereka . Malangnya nasib si suami . Dengar ajalah permintaan si isteri dengan separuh rela .
“Cerita apa yang menarik sampai Erin pun tak nak layan abang ni ?”Engku bertanya dengan nada yang cukup romantis .
“Hannibal !” Erin tersenyum .
“Cerita tu kan dah banyak kali tengok dekat Malaysia ?”tanya suaminya dengan nada malas .
“Ala ...tengok banyak kali pun tetap menarik ! Jom ...”
Erin menarik lembut tangan suaminya mengikuti langkahnya masuk ke dalam bilik mereka . Malam itu , Engku terpaksa melayan cerita yang disukai oleh isterinya . Drama ke , filem ke , mesti ada kisah yang menyeramkan sudah cukup menghiburkan isterinya . Entah-entah tak lama lagi disuruhnya jadi ala-ala hantu  . Haa....masak ! Habislah kau Engku !
Engku sudah pun tertidur di sebelah isterinya . Erin tergelak kecil melihat keadaan suaminya ketika itu . Dia memandang wajah suaminya yang sedang tertidur lena . Hensemnya ! Itulah ungkapan yang sering disebut di dalam hatinya . Dia mengucup dahi suaminya dengan lembut sebelum dia juga terlelap dan berbaring bersebelahan dengan suaminya .
Tepat jam 4 pagi , Erin terbangun daripada tidur . Macam biasa , dia akan menunaikan solat tahajjud . Kalau boleh , dia mahu mengajak suaminya solat berjemaah dengannya tetapi dia tidak sampai hati melihat suaminya yang sedang dibuai mimpi . Dia tersenyum . Di saat dia hendak turun dari katil , tangannya dicengkam lembut oleh seseornag dari arah belakang .
“Sayang nak pergi mana ?”tanya suaminya dalam keadaan mamai .
“Abang tidurlah . Erin nak menunaikan solat tahajjud sekejap ...”jawab Erin .
Engku segera bangun daripada pembaringannya sambil mengesat matanya yang masih separuh terlelap . Dia juga mahu menunaikan solat tersebut bersama-sama isterinya . Erin rasa serba salah pula tetapi dia juga gembira melihat suaminya yang mahu menunaikan solat sunat tersebut bersamanya .
“Kalau macam tu ..abang pun nak solat tahajjud dengan isteri abang ni , boleh ?”
“Boleh ...aja ...”
Engku tersenyum mendengarnya . Mereka berdua menunaikan solat tahajjud sebaik sahaja mengambil wuduk . Usai mengerjakan solat sunat tahajjud , Engku berdoa bersama-sama isterinya . Tenangnya hati kedua-dua insan setelah menunaikan solat bersama . Andai ini ketenangan yang dia dapat , mudah-mudahan hidayah juga turut hadir dalam hidup mereka .
Erin bersalaman dengan suaminya . Engku mengucup dahi isterinya dengan lembut dan penuh syahdu . Air mata seorang suami dikesat perlahan . Betapa agungnya kuasa Allah mencipat manusia dan juga sekalian alam . Ketenangan ini tidak pernah dia rasai sewaktu dia berfoya-foya di kelab malam . Benarlah , agama Islam itu adalah agama Allah dan solat itu tiang agama . Itulah prinsip yang dipegang oleh seorang muslim sejati yang bernama Engku Shahrizal !
Erin tahu bahawa suaminya terharu dan berasa tenang dengan menunaikan solat sunat tahajjud kerana dia juga merasakan perasaan yang sama . Wajah isterinya diusap lembut . Erin Cuma berharap agar Engku adalah jodohnya yang direstui oleh Allah . Itu sudah cukup membuatkan dia bahagia !
Bab 19
Engku membawa isterinya berjalan-jalan di sekitar kawasan Amsterdam . Amsterdam adalah tempat terbaik dilawati di mana tempat tersebut juga terkenal dengan kawasan kincir angin . Tempat tersebut juga dikenali sebagai gaya kampung yang penuh ketenangan . Jarak di antara hotel mereka dengan kawasan tersebut juga agak jauh . Namun , Engku nekad untuk membawa isterinya berjalan di situ kerana dia sendiri ingin melihat bagaimana agaknya matahari terbenam di situ .
Engku menarik lembut tangan isterinya agar mengekori langkahnya ke arah sebuah bangku yang terletak di bawak pokok Oak yang rendang . Terasa damai sekali mereka di situ . Erin membeli gula-gula kapas dan juga makanan yang lain buat suaminya . Engku mula hairan melihat sikap isterinya yang seperti budak-budak . Namun , dia juga terliur melihat gula-gula kapas yang sedang dimakan oleh isterinya pada ketika itu .
Gula-gula kapas ? Macam budak –budak ! Itulah sangkaan Engku tetapi sekarang dia pula yang terliur . Sabar ajalah . Erin memandang ke arah sebuah tasik yang berada di hadapan mereka dan terdapat sebuah kincir angin yang berada berhampiran dengan kawasan tersebut . Erin melakar senyuman .
“Cantik kan tempat ni ?”puji Erin .
“Mestilah ! Sebab tu abang nak bawa Erin ke sini . Lagipun , kita boleh tengok matahari terbenam dari sini” Engku berkata lagi .
“Oohhh” itu sahajalah yang mampu Erin katakan .
Erin memandang ke arah suaminya dengan pandangan aneh . Mengapa agaknya si suami memandang gula-gula kapasnya ? Dia tergelak kecil melihat mulut Engku yang hampir terbuka . Dah terliur lah tu !
“Abang nak gula-gula kapas ke ? Ingatkan , abang tak suka makanan budak kecil macam ni” perli Erin .
“Eh , mana ada !”sangkal suaminya .
“Dahlah , jangan nak berdalih lagi ! Abang makanlah ....”
Erin menyuakan gula-gula kapas ke arah suaminya . Engku mengambil manisan tersebut daripada Erin . Erin memandang kembali ke arah tasik yang berada di hadapan mereka . Matanya sama sekali tidak boleh terlepas memandang tasik tersebut . Engku memandang kembali ke arah Erin .
“Abang ..Erin nak tanya sikit boleh ?”tanya Erin .
“Tanyalah ...”
“Betul ke abang cintakan Erin ?”
Erin ingin tahu suaminya serius atau tidak tentang cinta .  Engku memandang tepat ke arah isterinya lalu berhadapan dengan Erin . Dia tahu bahawa Erin masih ragu-ragu dengan cintanya tetapi dia tidak mahu kehilangan Erin . Sukar untuk dia melepaskan gadis yang dia cinta dan dia mahu bercinta serius  dengan isterinya .
“Kenapa Erin tanya macam tu ?”tanya suaminya pula .
“Sebab Erin sendiri tak yakin dengan perasaan Erin ...dan perasaan abang . Erin takut ...Erin takut kalau abang permainkan hati Erin” Erin berkata lagi .
“Erin dengar sini ! Abang takkan mempermainkan hati Erin dan abang berjanji yang abang akan jadi suami yang setia untuk Erin . Abang takkan tinggalkan Erin ...abang cintakan Erin. Sekarang , Erin yakin dengan perasaan abang ?”
Engku bersungguh-sungguh mengatakannya . Dia mahu isterinya percaya akan cintanya dan dia begitu sayangkan isterinya . Erin memandang suaminya . Engku mengenggam erat tangan isterinya . Dia begitu bersyukur melihat senyuman Erin dan itu tandanya Erin sudah mampu memberinya peluang .
Erin masih tidak menyangka bahawa dia akan jatuh cinta dengan lelaki yang pernah bergelar kaki perempuan . Dia tersenyum kerana dia yakin akan cinta suaminya . Engku memeluk bahu isterinya agar Erin dekat dengannya . Begitu bahagianya mereka di saat itu . Engku mengucup kepala isterinya yang diliupi dengan tudung bawal .
Erin tersenyum melihat matahari terbenam di hadapan mata mereka . Engku mula menunjuk lokasi matahari tersebut dengan perasaan yang penuh gembira . Sungguh indah ciptaan Allah sehingga kita juga kehilangan kata-kata . Subahanallah ! Engku berasa gembira kerana dapat melihat matahri terbenam bersama-sama dengan isterinya di sisi .
“Cantik kan ?”soal Erin .
“Ya , memang cantik ....subhanallah!”ucap Engku .
Erin tersenyum mendengar kalimah Allah diucap oleh suaminya . Itulah yang harus dia kata dan dia sama sekali tidak menafikannya . Syukurlah ! Ciptaan Allah benar-benar indah . Erin melakar senyuman melihat suaminya yang semakin hari semakin berubah . Itulah keajaiban ataupun hidayah yang diberikan oleh Allah . Terima kasih Allah !

DATUK HISYAM memandang ke arah sekeping bingkai gambar . Gambar tersebut dipandangn lama . Ternyata dia masih mencintai bekas isterinya iaitu Puan Mariana . Begitu sukar untuk dia melupakan wajah yang sering kali dia rindu dan begitu sukar untuk dia merendahkan egonya semata-mata kerana seorang wanita . Adakah dia patut merampas hak penjagaan tersebut daripada isterinya ?
Dia masih terfikirkan syarikatnya dan dia masih fikirkan keluarganya . Dia juga rasa bersalah apabila terfikirkan soal Erin . Ya ! Dia mengaku bahawa dia tidak berapa sukakan anak sulungnya iaitu Erin kerana gadis itu selalu melawan cakapnya tetapi dia masih ingat lagi di mana dia pernah menyambut hari jadi Erin sewaktu Erin berusia 10 tahun . Dia amat rindukan Erin .
Dia berasa kesepian apabila keseorangan di dalam rumah . Hatinya berasa pilu . Mungkin benar bahawa dia teramat rindukan keluarganya sendiri . Bekas isterinya dan juga anak-anaknya . Di saat dia masih berkeluarga , dia pasti sibuk dengan kerja tetapi di saat dia keseorangan , dia berasa kesepian .
“Emy ...Erin ....dan sayang ..”Dia seakan-akan mahu menangis melihat gambar mereka sekeluarga .
“Kenapa agaknya ayah terlalu mementingkan semua kerja berbanding kalian ? Ayah tak tahu apa yang ayah harus lakukan”
“Adakah ayah patut rujuk semula dengan ibu atau tak ?”
Datuk Hisyam melepaskan keluhan berat . Dia sama sekali tidak menyangka bahawa kesudahan hidupnya lebih perit dan lebih sedih berbanding dulu . Hatinya berasa tidak tenteram apabila memikirkan bekas isterinya . Adakah itu bererti bahawa dia masih mempunyai perasaan terhadap isterinya ? Dia buntu !
Namun , dia juga masih teringat bagaimana dia telah menghina dan juga melukakan hati bekas isterinya . Tidak mungkin isterinya akan memaafkannya lagi ! Sangkanya dia boleh hidup bahagia setelah bercerai dengan isterinya tetapi sebaliknya . Namun , mengapa dendam masih bertandang di hati ? Adakah benar dia terlalu membenci bekas isterinya ?

ENGKU melukis pemandangan bandar di Netherland yang cukup cantik dan indah . Erin pula menyediakan minuman buat suaminya yang sedang fokus melukis . Dia tersenyum . Suaminya pandai melukis apa jua pemandangan mahupun bandar tetapi dia hanya mampu melukis baju untuk rekaan fesyen . Erin memandang ke arah suaminya yang sedang fokus melukis .
Tanpa disedari Engku tersenyum . Engku sendiri pasti bahawa isterinya sedang memandangnya tanpa berkelip . Hensem ke aku hari ni ? Engku selalu memuji dirinya sendiri gara-gara mahu menambat hati si isteri . Engku berhenti melukis lalu memandang wajah isterinya dengan senyuman .
“Sayang pandang abang macam tu , kenapa ?”
“Salah ke kalau Erin pandang ?”tanya Erin .
“Tak salah tapi nanti abang mula perasan yang Erin nak cakap yang abang ni ‘hensem’” Engku berkata lagi .
“Eleh ! Poyo aja abang ni” perli Erin .
Engku tersenyum melihat Erin . Kejap ! Poyo ? Ya ! Dia memang mengaku yang dia poyo hensem tapi dia tidaklah membangga diri . Engku mengusap lembut jari jemari isterinya membuatkan Erin tersenyum .
“Abang ...abang kan pandai lukis ? Apa kata abang lukis gambar Erin yang cun ni” Erin mula membuat gaya ala-ala budak comel .
Engku tergelak mendengarnya . Cun ? Memang cun tetapi lebih kepada cantik sehingga Doktor Amir pun tergila-gilakan isterinya . Namun , dia tidak akan membiarkan isterinya terlepas dari genggamannya terutama kepada doktor tersebut . Dia juga ada terfikir soal Azman dan dia berharap agar Azman tiada perasaan cinta terhadap isterinya . Maklumlah , Azman kan sudah beristeri ? Takkan nak rampas isteri orang pula ?
“Ermmm...kalau abang lukis gambar sayang , apa yang abang dapat ?”soal suaminya yang ingin tahu .
“Abang dapat duit . Nanti Erin bagi abang duit sebab sudi lukiskan gambar Erin” Erin berkata lagi .
“Abang tak nak duit” Engku menggeleng .
“Habis tu ? Abang nak apa ?”tanya Erin beria-ria .
“Abang nak cinta sayang ...abang nak Erin jadi milik abang dan isteri abang yang sebenar-benarnya , boleh ?”Engku berkata dengan nada yang cukup serius .
Dia mencapai lembut kedua-dua belah tangan isterinya lalu dikucup lembut . Erin kehilangan kata-kata . Cinta ? Mampukah dia memberi cinta kepada insan yang sudah bergelar suaminya sendiri ?Dia takut ! Mengapa perasaan takut itu mengatasi segala perasaan yang sedia ada di dalam hatinya ?  Erin memikir seketika .
Engku kembali memandnag wajah isterinya dengan pandangan yang cukup tajam . Dia tahu bahawa Erin masih belum bersedia . Dia agak kecewa apabila melihat Erin yang sama sekali tidak memberi jawapan yang pasti . Erin segera melepaskan tangannya dari pegangan suaminya . Engku sekali lagi kecewa .
“Er...Erin nak mandi dulu ...”
Erin cuba melangkah tetapi dihalang oleh suaminya . Engku memaut lembut tangan isterinya yang berjaya menghalang Erin melarikan diri daripadanya . Erin memandang wajah suaminya dengan perasaan yang masih lagi berdebar .
“Jangan lari jauh daripada abang jikalau Erin masih tidak boleh mencintai abang ...jangan pergi dan tinggalkan abang sebab abang masih perlukan seorang isteri seperti Erin . Abang mohon ...jangan tinggalkan abang atau larikan diri mahupun jauhkan diri daripada abang...”
Engku berkata dengan serius . Erin tergamam . Untuk saat itu dia hanya mampu mengangguk dan berjanji bahawa dia tidak akan sesekali meninggalkan suaminya . Dia berlalu pergi dan masuk ke tandas untuk membersihkan dirinya . Adakah perbuatannya salah ? Adakah dia patut menerima cinta suaminya ?
Dia sendiri belum pasti tetapi dia tahu bahawa dia sudah jatuh cinta dengan suaminya tetapi dia sendiri belum bersedia kerana tidak dapat mengatasi perasaan takut akan cinta . Erin bersandar di sebalik pintu tandas . Dia terduduk lemah . Air matanya mengalir kerana dia sendiri telah menghancurkan impian seorang suami .
Engku berjalan menghampiri pintu tandas . Dia tahu bahawa isterinya belum mandi akibat dia sendiri tidak dengar bunyi air mahupun ‘flash’ tandas berbunyi . Dia menyentuh lembut pintu tandas tersebut sambil tersenyum pahit . Dia tahu isterinya sedang mengurungkan diri di dalam tandas .
“Abang tahu yang abang pernah melukakan hati sayang tapi kali ni abang berjanji yang abang akan selalu ada dengan sayang . Abang nak jaga isteri abang sehingga nafas abang yang terakhir dan abang melakukan itu semua kerana abang cintakan Erin ...Erin segala-galanya buat abang ...percayalah” Engku bersuara sendirian .
Erin mendengarnya dengan penuh teliti . Dia sendiri dapat mendengar setiap kata-kata suaminya yang telah dilafazkan satu persatu di luar bilik tandas . Erin semakin rasa bersalah terhadap suaminya . Di kala dibiarkan perasaan cinta diketepikan , semakin sangat hatinya berasa pedih . ‘Ya Allah , mengapa begitu payah untuk aku mengizinkan cinta suamiku bertandang di hati ini ?’ soal Erin di dalam hati .

ENGKU SHAHRIZAL sudah pun melelapkan matanya sebaik sahaja menunaikan solat isyak bersama isterinya . Erin berasa agak janggal ketika dia menunaikan solat bersama suaminya . Dia tahu bahawa Engku masih tertanya-tanya soal cintanya tetapi dia sendiri belum pasti . Erin membuka laptopnya sambil memikirkan tentang kerjanya . Dia berasa agak gembira kerana koleksi baju pengantin yang direka khas olehnya berjaya diterima oleh majalah Pengantin .
Erin meneliti setiap gambar pernikahannya di dalam ‘profile picture’ . Sungguh dia tidak mampu melupakan saat –saat dia dan Engku diijabkabulkan . Dia masih teringat lagi bagaimana suaminya berbisik di telinganya setelah dia menjadi isteri yang saha kepada Engku . Lelaki ibu benar-benar romantik !
Erin masih tidak berhenti tersenyum . Dia agak terkejut melihat suaminya yang berada di belakangnya secara tiba-tiba . Entah bila suaminya ada di belakangnya sendiri , dia tidak tahu!Erin segera mengalihkan ‘laptop’ ke tempat yang lain . Pandangannya mula beralih ke arah suaminya yang sedang duduk berhadapan dengannya .
“Erin tengok gambar akad nikah kita berdua ke ?”tanya suaminya .
“Err..ya . Erin masih ingat lagi macam mana kita berdua diijabkabulkan . Agak kelakar juga telatah abang waktu tu” Erin tersenyum kecil .
“Boleh Erin beri tangan kanan ?”Engku mula mengubah topik .
“Apa dia ?”
Engku tersenyum . Dia segera menarik lembut tangan kanan isterinya lalu diusap perlahan . Terdapat beberapa garisan halus yang melingkari di tangan isterinya . Sungguh cantik tangan isterinya sehingga dia sendiri tidak tahu hendak berkata apa . Erin memandang ke arah suaminya yang sedang meneliti tapak tangannya .
“Terdapat beberapa garisan yang bengkok dekat tangan Erin dan tandanya ...
“Tandanya apa ?”Erin mencelah .
“Tandanya Erin sayang abang !” Engku tersenyum .
Erin tergelak kecil mendengarnya . Aduhai ! Engku ni buat silap mata ke atau nak jadi tukang tilik ? Erin sendiri pun bingung dengan suaminya . Namun , dia tahu bahawa suaminya sedang mengusik dia dengan permainan tersebut .
“Abang ...tak baik tau kalau kita tilik nasib . Berdosa ..lagipun benda tu semua karut !” Erin berkata lagi .
“Ala ..abang gurau ajalah ! Ermm..Erin , boleh abang buat satu permintaan ?”tanya suaminya.
“Boleh ...asalkan permintaan yang bukan mengarut” Erin tersenyum . Senyuman mengejek !
“Boleh tak abang peluk isteri abang untuk malam ni aja ?” Engku berkata dengan nada serius.
“Kenapa tiba-tiba aja ni ?”tanya Erin yang mula aneh dengan sikap suaminya .
“Ala ...bolehlah , ya ?”Engku tersenyum lagi .
“Okay ...
Engku menarik lembut badan isterinya agar dia dapat berpelukan dengan Erin . Sungguh hangat badan isterinya sehingga dia berasa selesa di dalam dakapan isterinya . Dia mencium rambut isterinya yang berbau syampu . Matanya dipejam seketika . Erin berasa sedikit aneh dengan sikap suaminya tetapi dia berasa sedikit lega apabila dia mendakap suaminya . Terasa rindu itu hilang dengan serta-merta .
“Abang rindukan Erin ..rindu sangat-sangat ! Kalau boleh malam ni abang nak peluk Erin sambil abang tidur dan abang tak nak Erin lepaskan pelukan abang” Engku seakan-akan membuat permintaan yang lain pula .
“Erin izinkan tapi dengan syarat , abang jangan berani-berani nak sentuh Erin , okay ?”Erin memberi amaran sebelum apa-apa terjadi .
“Ya , sayang . Abang janji ...”Engku berkata lagi .
Malam itu juga , Engku memeluk isterinya dengan erat seolah-olah dia tidak mahu melepaskan isterinya . Di saat Erin tertidur lena , dia sempat meneliti hidung , dahi , pipi dan juga bibir isterinya yang comel . Dia tersenyum melihat isterinya tertidur lena . Kadang-kala dia sempat mengusap lembut wajah  dan juga helaian rambut isterinya . Erin begitu cnatik ketika tidur umpama puteri beradu .
Engku mengenggam erat tangan isterinya lalu dibawa ke pinggangnya agar Erin berada dekat dengannya . Dia mengucup dahi isterinya dengan lembut sebelum dia melelapkan matanya . Dia berasa sedikit tenang apabila Erin berada di sisinya . Erin merupakan isterinya yang pertama dan juga yang terakhir !

ERIN terkejut apabila mendapati bahawa wajahnya benar-benar hampir dengan wajah suaminya . Jikalau dia bergerak sedikit sahaja , pipi mereka pasti akan bersentuhan . Dia menelan air liur . Jantungnya berdegup kencang dan apa yang pasti dia sendiri berada dalam ketakutan . Tangan suaminya yang masih melingkari pinggangnya diletak ke arah lain agar dia mampu bangun .
Namun , lain pula jadinya ! Di saat dia mahu mengalihkan tangan suaminya ke arah lain , Engku pula sudah membuka kelopak mata . Engku tersenyum nakal . Sempat pula dia mengusik isterinya . Dia menarik lembut pinggang isterinya agar merapati tubuhnya sendiri . Erin segera menolak kasar suaminya . Mujurlah , dia sempat bangun kalau tidak lain pula jadinya !
“Abang jangan nak menggatal ! Nanti , Erin tumbuk abang”Erin mula membuat amaran .
Engku tergelak kecil melihat telatah isterinya . Erin mencebik geram . Dia segera masuk ke dalam tandas setelah mencapai kain tuala . Engku masih tidak dapat melupakan reaksi wajah isterinya apabila dia sendiri kenakan .
Pagi itu , Engku dan Erin menikmati sarapan pagi bersama-sama di kafe yang berhampiran dengan hotel mereka . Erin memandang jauh ke arah luar tingkap . Suaminya pula sibuk menangkap gambar . Yalah ! Esok mereka akan pulang ke Malaysia jadi inilah masanya untuk menangkap gambar .
Erin berasa sedikit segan apabila suaminya menangkap gambarnya di dalam kafe . Erin segera menghalang perbuatan suaminya . Engku tahu bahawa isterinya memang segan . Yalah ! Mana taknya kalau pelanggan di kafe tersebut memandang ke arah mereka berdua .
“Kenapa sayang ?”tanya suaminya .
“Kenapa abang tanya ? Malulah ! Ramai orang pandang kita sebab abang tangkap gambar Erin dekat dalam kafe” Erin menutup mukanya kerana berasa segan .
“Ermmm yalah ! Nanti dekat luar , abang nak tangkap gambar Erin sebanyak-banyaknya . Masa tu , Erin jangan halang ya ?”Engku tersenyum nakal .
Erin hanya mampu menahan sabar . Engku Shahrizal tersenyum . Setelah mereka berdua menikmati sarapan pagi bersama , Engku membawa isterinya berjalan-jalan di sekitar bandar . Ada kalanya , dia sempat mengambil gambar Erin di tasik yang terdapat di bandar yang terletak di Netherland begitu juga dengan Engku .
Engku meminta bantuan daripada seorang pelancong asing untuk menangkap gambar mereka berdua . Erin memandang suaminya begitu juga dengan Engku . Pelancong tersebut tersenyum melihat kemesraan mereka berdua .
“Can I take the picture now ?”soal pelancong tersebut .
“Yes , you can”
“Okay ready ...one , two and ..three”
Engku segera mengucup pipi isterinya apabila pelancong tersebut menekan butang ‘flash’ gambar . Erin terkejut . Dia memandang ke arah suaminya dengan pandangan yang cukup tajam . Engku pula tersenyum nakal .
“Wow ! The picture is totally great ! Hope you will like it” ujar pelancong tersebut .
“Ermmm  ..wait a minute ! Can you take another picture ?”soal Engku .
“Oh ! Sure ...”
Erin melepaskan keluhan lemah . Aduh ! Masak ! Kali ini dia terpaksa mendengar arahan daripada suaminya meskipun dia sudah letih bergambar . Engku pasti akan memberinya kejutan sekali lagi . Dia mengusap pipinya yang telah dikucup oleh suaminya . Malunya ! Dahlah , depan orang !
Engku segera mendukung isterinya agar Erin memandang anak matanya . Pelancong tersebut sekali lagi tersenyum . Erin terkejut ! Hampir gugur jantungnya dengan perbuatan suaminya itu sendiri . Sekali lagi gambar mereka diambil . Engku tersenyum melihat reaksi isterinya yang agak terkejut . Comelnya !

Bab 20
Sesampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa , Sepang , Engku membawa bagasi sambil berjalan beriringan dengan isterinya iaitu Erin . Mereka berdua melangkah masuk ke dalam perut teksi setelah meletakkan barang mereka di bonet kereta . Engku dapat melihat isterinya begitu letih . Dia melentokkan kepala isterinya di bahunya . Erin mula berasa aneh tetapi dia cukup gembira melihat keprihatinan suaminya terhadapnya .
Erin dapat melelapkan mata seketika . Dapat dirasakan jari jemari suaminya sedang memaut lembut tangannya membuatkan dia tersenyum sendirian . Kalau boleh , Engku tidak mahu melepaskan isterinya meskipun Erin di mana jua . Setibanya mereka di rumah , Engku menolong isterinya membawa barang mereka ke dalam rumah .
Engku merehatkan diri di sofa seketika . Erin pula menyediakan minuman buat suaminya meskipun dia masih berada dalam keadaan letih tetapi dia lebih menghormati suaminya . Itulah yang membuatkan Engku sendiri kagum dengan Erin . Erin menyediakan minuman buat suaminya kerana dia tahu Engku sudah kehausan sejak mereka di lapangan terbang .
“Buat susah aja ...kesian sayang” Engku berasa kasihan melihat isterinya yang masih letih.
“Tak ada susahnya . Lagipun , memang tanggungjawab Erin kan ? Dahlah , Erin nak mandi sekejap lepas tu tidur . Ada apa-apa lagi yang abang nak Erin tolong ke ?”tanya Erin .
“Eh tak apa-tak apa ...abang boleh uruskan semuanya sendiri . Sayang pergilah tidur ya ?”Engku berkata lagi .
“Baiklah ...”
Erin melangkah masuk ke dalam bilik . Dia merebahkan dirinya di atas katil setelah membersihkan dirinya di dalam tandas . Penat sungguh ! Dia masih tidak dapat melupakan segala kenangan indah dia bersama suaminya di Netherland . Matanya terlelap kerana penat yang menggunung .
Engku Shahrizal membersihkan dirinya di kamar mandi . Dia tersenyum melihat isterinya yang tertidur lena . Kemudian , dia melangkah masuk ke dalam bilik sebelah di mana bilik tersebut dia banyak meluangkan masa dengan melukis . Lukisan bandar  di Netherland diletakkan bersebelahan dengan gambar pemandangan di tepi sawah padi .
Dia mula terfikir untuk melukis wajah isterinya . Dia melihat gambar dia dan juga isterinya di dalam kameranya yang berjenama ‘Canon’ di mana dia mendukung isterinya ketika itu . Dia tersenyum bahagia . Di saat itu , dia mula melakar gambar tersebut dengan sempurna dan dia melukis dengan bersungguh-sungguh . Inilah kali pertama dia melukis dengan penuh perasaan cinta dan juga sayang .
Hampir 3 jam Engku menyiapkan lukisan tersebut dan akhirnya siap juga . Dia sama sekali tidak berehat sejak dari pukul 9 pagi sehingga 12 tengahari hanya kerana untuk menyiapkan lukisan tersebut . Namun , Engku tetap berpuas hati dengan hasil lukisannya . Dia berehat seketika di dalam bilik tersebut . Matanya juga turut terlelap kerana kepenatan .

ERIN mencari kelibat suaminya di dalam bilik tetapi tiada . Kemudian , dia mencari suaminya di bilik sebelah di mana suaminya banyak meluangkan masa dengan melukis . Erin tersenyum melihat suaminya yang sudah pun terlelap di sofa . Langkah kakinya diatur menuju ke arah sebuah lukisan yang baru sahaja dilukis oleh suaminya . Cantik ! Itulah lukisan yang paling cantik yang pernah dia lihat .
Erin kembali ke bilik untuk mengambil selimut lalu dia menyelimuti badan suaminya dengan selimut . Dia berasa kasihan melihat suaminya yang bertungkus-lumus menyiapkan hasil lukisan tersebut . Dia berlalu pergi meninggalkan suaminya di dalam kamar .
Erin mula masuk ke dapur untuk menyediakan makan malam . Dia mula terfikir untuk masak apa sedangkan barang di dapur sudah habis . Nampaknya , dia kena ke ‘supermarket’ untuk membeli barangan dapur . Dia kembali ke kamar di mana suaminya berada .
“Abang ...Erin nak beli barangan dapur sekejap ...Erin nak pinjam kereta abang boleh ?”Erin cuba mengejutkan suaminya daripada tidur .
Engku terbangun daripada tidur sebaik sahaja mendengar suara isterinya . Dia mengesat matanya yang masih lagi separuh tertutup .
“Ermmm..abang teman Erin ya ? Dahlah , Erin pergi bersiap”
“Tapi ..abang kan baru bangun ..Erin tak nak susahkan abang dan ...
“Ala ...kan abang suami Erin ? Dah memang tanggungjawab abang kan ? Cepatlah bersiap”
Engku berkata lagi . Erin mengangguk lalu masuk ke dalam kamar untuk bersiap . Kemudian , dia berjalan keluar dari bilik terus menuju ke ruang tamu . Engku masih lagi berada dalam keadaan letih tetapi dia cuba gagahkan diri untuk menghantar isterinya ke ‘supermarket’ . Dalam perjalanan menuju ke ‘supermarket’ , Engku berasa sakit-sakit badan seketika . Dipicit lembut bahunya dengan tangannya sendiri .
Erin melihat keadaan suaminya . Dapat dilihat Engku benar-benar letih sehingga dia sendiri rasa bersalah . Dia berasa kasihan melihat Engku yang berasa letih dan penat . Sesampai sahaja di supermarket , Erin memandang ke arah suaminya .
“Ermmm..abang tunggu ajalah dekat sini ya ? Erin pergi beli barang sekejap” Erin berkata lagi .
“Tak apa ke ? Abang rasa serba salah pula ...”
“Ishh , tak apalah . Ermmm..Erin pergi dulu”
Erin segera mencari barangan dapur lalu dibelinya . Dia segera ke kereta suaminya kembali setelah memberi barangan dapur . Engku tersenyum melihat isterinya yang baru sahaja masuk ke dalam perut kereta . Ternyata Erin merupakan isteri yang penyayang dan baik hati sehingga sanggup menjimatkan masa untuk membeli barangan dapur .
Sesampai sahaja di rumah , Erin meletakkan barangan dapur di atas meja . Engku Shahrizal berehat seketika di sofa . Erin berjalan menuju ke arah suaminya yang sedang berehat di sofa yang terletak di ruang tamu .
“Abang ...abang masuklah bilik , berehat . Seharian abang tak rehat ..asyik melukis aja” Erin berkata dengan nada yang cukup lembut .
“Sayang suka ke dengan lukisan yang baru abang lukis ?”tanya suaminya tanpa menghiraukan kata-kata isterinya .
“Suka ...cantik sangat !” puji Erin .
“Jadi bolehlah Erin cintakan abang kan ? Boleh lah Erin terima cinta abang sepenuhnya kan ?”tanya suaminya dengan bersungguh-sungguh . Erin terdiam .
Apa yang harus dia jawab sedangkan dia sendiri masih belum bersedia ? Apa yang patut dia lakukan agar suaminya mengerti apa yang dia lalui ketika itu ? Erin hanya sekadar tersenyum . Dia cuba melarikan pandangannya ke arah lain tetapi tidak boleh apabila suaminya mengenggam erat tangannya menandakan Engku tidak akan membiarkan Erin pergi . Erin memadang tepat ke arah anak mata suaminya .
“Erin tak boleh lari daripada abang lagi ....”
Engku memandang tajam ke arah anak mata milik isterinya . Erin sendiri tiada jawapan bagi soalan suaminya . Bukankah dia sudah jatuh cinta dengan suaminya ? Mengapa begitu sukar untuk dia mengungkap kata cinta buat suaminya ? Engku benar-benar serius dengan soalannya dan dia tidak mahu soalannya dibiarkan tidak berjawab .
“Erin tahu yang abang cintakan Erin sepenuhnya tapi maafkan Erin kerana tidak bersedia menjadi isteri abang yang sepenuhnya . Erin minta maaf sebab tak dapat mengungkapkan kata cinta dengan serius sebab Erin tak nak berbohong dengan abang lagi ..hati Erin sakit bila tengok abang menderita kerana kebohongan Erin”
Erin benar-benar maksudkannya . Engku masih belum melepaskan tangan isterinya . Dia tidak mahu Erin meninggalkannya sebagaimana ibu dan ayahnya sudah meninggalkannya . Erin menyentuh lembut tangan suaminya dengan tangan sebelahnya yang belum dipaut oleh tangan suaminya . Dia berasa sedih melihat suaminya beria-ria mengharapkan cintanya yang tidak pasti .
“Abang tak nak tinggalkan Erin dan abang tak nak Erin tinggalkan abang . Abang dah cukup sengsara dan menderita apabila ramai orang tinggalkan abang .... abang cintakan Erin ...sungguh abang cintakan Erin” Engku benar-benar mengatakannya . Dia mengenggam erat kedua-dua belah tangan isterinya dengan lembut .
“Kenapa Erin ? Kenapa Erin yang abang pilih ? Kenapa bukan gadis yang lain ?”tanya Erin dengan serius .
“Sebab Erin ..gadis yang mengajar abang segalanya . Erin isteri abang , kekasih abang , sahabat abang dan cinta abang yang pertama . Abang nak Erin lupakan lelaki lain dan hanya fikirkan tentang abang seorang ...jangan pandang lelaki lain melainkan abang ....abang sahaja suami , Erin ...” ucap suaminya .
“Abang ..Erin ....
“Erin tak perlu cakap apa-apa lagi sekarang . Abang akan tunggu Erin sampai Erin betul-betul pasti dengan kata hati Erin sendiri . Abang tak nak paksa Erin tapi percayalah kasih abang hanya untuk Erin ...bukan untuk orang lain”
Engku mengucup telapak tangan isterinya sambil memandang wajah Erin dengan pandangan serius . Erin sedikit terharu melihat perbuatan suaminya yang begitu serius mengharapkan cintanya . Dia memandang ke arah Engku yang sedang tersenyum . Perlahan-lahan dia sendiri dapat merasakan Engku menariknya ke dalam dakapan . Dia terkulai layu di dalam pelukan suaminya . ‘Ya Allah , berikanlah aku kekuatan !’sayu suara Erin kedengaran  .

USAI Erin mengerjakan solat asar , Erin berfikir sejenak . Dia masih lagi bertelekung dan duduk bersila di tikar sejadah . Suaminya pula keluar untuk bertemu dengan rakan sekerja . Erin hanya mampu melepaskan keluhan berat . Dia masih tidak berhenti-henti memikirkan suaminya dan dia juga masih tidak berhenti memikirkan soalan suaminya . Dia takut jikalau dia akan melukakan hati suaminya buat sekali lagi .
Erin terkejut apabila merasakan ada seseorang yang sedang memeluknya dari arah belakang . Ternyata suaminya sendiri yang memeluknya ! Erin memandang ke arah suaminya yang masih tidak melepaskan pelukannya .
“Abang...
“Erin fikir apa ?”tanya sang suami yang masih memeluk si isteri .
“Kenapa abang nak tahu ?”tanya Erin pula .
Engku melepaskan pelukan . Dia menghadap wajah si isteri yang kelihatan anggun apabila bertelekung . Dia mengusap lembut wajah isterinya sambil tersenyum . Patutlah Erin ini istimewa baginya kerana dia sendiri tidak mampu berenggang dengan isterinya sendiri .
“Sebab abang suami Erin ...”Engku menjawab dengan serius .
“Takkan sebab tu aja ?”Erin tersenyum nakal .
“Sebab abang cintakan Erin , abang sayangkan Erin dan Erin satu-satunya isteri abang di dalam hati . Abang sayangkan Erin” Engku membalas senyuman isterinya . Erin senang mendengarnya .
Engku menarik Erin ke dalam dakapannya . Begitu tenang ketika dia bersama isterinya yang mudah menerima dirinya sebagai seorang suami meskipun bukan sebenar-benarnya lagi . Erin tersenyum bahagia . Begitu tulus kasih dan sayang seorang suami buatnya . Dia takkan mungkin melupakan lelaki yang bernama Engku Shahrizal . Lelaki itu berjaya mencuri sekeping hatinya dan mencair mahupun melembutkan hatinya yang keras .
“Okay , alasan abang diterima . Erin ..Erin pun ..sayangkan abang” ucap isterinya yang seolah-olah berbisik di telinga si suami .
Engku terkejut mendengarnya tetapi dia gembira . Namun , Erin masih belum mengucapkan kata-kata cinta buatnya tetapi buat masa ini dia akan memberikan Erin waktu untuk memikirkan segala-galanya mengenai perasaan mereka berdua . Engku meleraikan pelukan sambil memandang tepat ke arah anak mata isterinya .
Dia mengenggam lembut kedua-dua belah tangan isterinya lalu dikucup telapak tangan isterinya dengan penuh romantis . Erin terpanar seketika . Alahai romantiknya ! Begitu indah cinta dan sayang yang telah diberikan oleh Engku Shahrizal buat isterinya .
“Abang akan tunggu sayang sampai sayang ucap kalimah cinta yang terbuku di dalam hati sayang . Abang akan tunggu masa itu juga ...” Engku Shahrizal mengucup dahi isterinya setelah meluahkan kata-katanya . Mata Erin terpejam seketika . Di dalam hatinya , dia berdoa agar suaminya mampu bersabar menunggu cintanya yang pasti .
“Abang dah solat asar ke belum ?”tanya Erin apabila teringat sesuatu .
“Belum ..heheh” Engku meggaru kepalanya yang tidak gatal . Pandai Erin menukar topik !
“Pergi solat asar ! Dah nak masuk maghrib dah ..” arah Erin .
“Yalah sayang , oi ...janganlah marah abang” Engku sengaja membuak mimik muka sedih dan murung .
“Yalah ! Pergilah solat asar” Erin berkata lagi .
“Okay ...”
Engku mengucup pipi kanan isterinya sebelum dia memboloskan dirinya ke dalam tandas . Dia tersenyum sendirian di dalam tandas sambil mengambil air wuduk . Erin menyentuh lembut pipinya yang terasa berbahang seketika . Dia menggigit bibir dengan geram . Mahu sahaja dia mencubit lengan suaminya tetapi tidak berjaya apabila pintu bilik tandas sudah pun tertutup .
“Abang !”
Erin terjerit kecil apabila suaminya berjaya mengenakannya . Namun , dia cukup berasa bahagia dengan ketulusan cinta suaminya . Dia mengusap kembali pipinya dengan lembut dan akhirnya dia tersenyum . Senyuman yang penuh makna ! Hatinya semakin berbunga-bunga dengan cinta yang telah suaminya berikan . Dia tertunduk malu .

DOKTOR AMIR menatap gambar Erin sambil memikirkan perasaannya sendiri . Dia benar-benar rindukan Erin . Mengapa dia seorang yang menderita ? Mengapa dia tidak dapat melupakan Erin sedangkan Erin isteri orang ? Patutkah dia mencari wnaita lain sebagai pengganti Erin sedangkan hatinya masih terpaut dengan Erin ? Arghh ! Begitu sukar untuk dia menafikan bahawa dia sangat mencintai Erin Cuma Erin sahaja yang tidak mengerti .
Dia meletak kembali gambar tersebut ke dalam laci kerjanya sebaik sahaja mendengar ketukan pintu dari arah luar bilik . Ternyata Doktor Alisa yang masuk ke dalam bilik kerjanya.Doktor Amir memandang wajah Alisa yang sedang memandangnya dengan pandangan yang cukup tajam .
“ Ada apa awak masuk ke dalam bilik saya ni ?”tanya Amir .
“Nampaknya awak masih tak boleh lupakan dia kan Amir ?”Alisa tersenyum sinis melihat wajah Amir yang kelihatan resah apabila dia ditanya sedemikian .
Doktor Amir terkejut . Takkan Alisa dah tahu ? Alisa merupakan gadis yang sangat cantik dan setia pada cintanya dan kerana setia lah dia tidak mampu melepaskan Amir . Dulu , dia pernah bercinta dengan Amir tetapi apabila Amir bertemu dengan Erin kembali , Amir meminta putus daripadanya kerana tidak mahu menduakannya . Dia tidak akan sesekali melepaskan Amir lagi meskipun Amir mencintai wanita lain .
“A..apa maksud awak ?”tanya Amir dengan serius .
“Jangan nak menafikannya lagi , Amir . Saya tahu yang awak masih cintakan dia dan saya tahu yang saya tak berhak masuk campur dalam urusan awak disebabkan kita dah putus tapi saya Cuma nak ingatkan awak satu perkara sahaja ...cinta itu harus setia bukannya dipermainkan ! Faham ?!” Alisa seolah-olah memberi amaran kepada Amir dan dia sendiri tidak bergurau dengan perkara yang serius sebegini .
Di saat Alisa mahu melangkah keluar dari bilik Amir , Amir segera bangkit dari tempat duduknya lalu menarik tangan Alisa dengan kuat menyebabkan Alisa berhadapan dengan Amir . Di saat itu juga , Amir tidak dapat mengawal perasaan amarahnya kerana dia senidri bengang dengan Alisa . Mengapa Alisa sengaja mahu memusnahkan hidupnya ?
“Kenapa awak selalu saja masuk campur dalam urusan hidup saya ? Saya tak pernah pun ganggu hidup awak , Alisa ! Saya tak pernah rampas kebahagiaan awak dan ...
“Tak pernah rampas kebahagiaan ? Huh ! Awak ingat dengan cara memutuskan hubungan kita dan menerima Erin dalam hidup awak , tak dikira sebagai merampas kebahagiaan saya ke ? Saya menderita Amir ! Saya nak awak cintakan saya sebagaimana awak mencintai Erin sebelum ni ...susah ke ? Susah ke permintaan saya ?! Jawablah !”air mata Alis amengalir jua dengan perasaan yang sedih berbaur geram dan marah .
Amir tahu bahawa dia juga bersalah tetapi dia tidak mahu Alisa jatuh cinta dengannya sedangkan dia tidak memiliki apa-apa perasaan cinta terhadap Alisa . Dia Cuma cintakan Erin dan bukan Alisa !
“Susah sebab semuanya melibatkan hati dan perasaan ! Begitu juga dengan masa depan kita sendiri , Alisa ! Saya hanya mencintai Erin dan saya nak awak lupakan saya ...saya tak nak awak terluka lagi” pujuk Amir .
“Dengan cara meninggalkan saya sudah cukup terluka , inikan pula melupakan awak ? Okay ! Fine ! Kalau inilah yang awak mahukan ..saya akan pergi ...tinggalkan awak dan saya berjanji takkan ganggu awak lagi . Saya pun dah letih dan serik kerana cinta !” Alisa pergi meninggalkan Amir di situ .
Amir terdiam kaku dan tidak tahu apa yang patut dia buat . Hatinya juga terluka apabila melihat keadaan Alisa yang mengharapkan cintanya . Dia hanya mampu mencintai Erin dan dia tidak boleh mencintai Alisa sebagaimana dia mencintai Erin . Cinta tak boleh dipaksa dan hati tak boleh dipunah dengan mudah hanya kerana mencintai wanita yang tidak mampu dicintainya .
Alisa masuk ke dalam tandas . Dia membersihkan mukanya dengan sisa air matanya yang masih membasahi wajahnya . Dia menangis buat sekali lagi kerana cinta dan apa yang pasti dia sudah nekad bahawa dia tidak akan melepaskan Amir . Amir miliknya ! Dia hanya mencintai Amir .
“Aku akan pastikan kau jadi milik aku , Amir ! Aku akan buat apa sahaja asalkan kau jadi milik aku dan aku takkan lepaskan kau !” Alisa benar-benar nekad dengan kata-katanya . Dia mahu Erin dilenyapkan di dalam hati Amir .
Alisa mengesat tangisannya . Dia berjalan keluar dari perut tandas lalu berjalan ke arah wad pesakit tetapi dihalang oleh seseorang . Doktor Julia iaitu kawan baiknya berasa hairan melihat keadaan Alisa yang tampak sedih .
Alisa memandang ke arah Julia yang sedang memerhatikan keadaannya . Doktor Julia terkejuta melihat air mata yang masih bersisa di pipi sahabat baiknya .
“Kau nangis ke , Lisa ? Siapa yang buat kau menangis ? Amir lagi ?”tanya Julia .
Alisa tidak menjawab . Dia berjalan meninggalkan Julia tanpa halangan lagi . Julia benar –banr yakin bahawa Amir lah punca Alisa menjadi sebegitu . Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan kepada Alisa tetapi dia harus bertemu dengan Amir untuk menyelesaikan masalah sahabatnya . Dia tidak mahu Alisa menanggung beban seorang diri .
Dia segera bertemu Amir di bilik kerja Amir sendiri . Amir sudah mengagak akan kedatangan Julia yang mendadak . Pasti ada kaitannya dengan Alisa ! Amir segera bangkit dari tempat duduknya dan berhadapan dengan Julia .
“Kenapa kau buat Alisa menangis lagi ? Kau tak sedar ke yang dia cintakan kau ?”Julia berkata dengan nada yang cukup tegas .
“Aku ...
“Cukup ! Kau memang lelaki yang tak tahu malu , Amir ! Kau tahu tak , Alisa betul-betul sayangkan kau dan cintakan kau tapi kenapa kau abaikan dia ? Adakah disebabkan perempuan yang tak guna tu ?!”Julia benar-benar sudah panas hati melihat Amir yang sama sekali tidak kisah dengan keadaan Alisa .
“Diam ! Jangan kau hina Erin dengan kata-kata kotor kau , Julia ! Aku Cuma cintakan Erin dan aku tak mengharapkan cinta aku kepada Alisa . Aku tak mahu cinta aku dipaksa hanya kerana Alisa dan ...
“Tak mengharapkan cinta daripada Alisa ? Aku rasa aku dah dapat jawapannya , Amir . Perasaan kau memang mudah berubah hanya disebabkan Erin ...sedih betul aku tengok kau , Amir . Kau tak dapat cinta yang pasti sedangkan masih ada cinta yang lain menunggu kau . Sedih aku tengok kau !”
Julia meninggalkan Amir di situ . Dia tidak mahu lagi berperang mulut dengan Amir . Dia juga tidak mahu bertemu dengan Amir lagi kerana perasaannya sakit apabila memikirkan Alisa yang terluka sendirian sebentar tadi . Dia mahu Amir merasakan apa yang Alisa rasa di saat Amir mencalar hati milik Alisa .
Amir pula berasa sedih apabila memikirkan kata-kata Julia . Julia lebih matang daripadanya apabila ditanya soal perasaan dan juga hati . Dia tidak mahu Alisa terluka lagi dan dia tidak mahu Alisa mengharapkan cinta yang tidak pasti . Dia tahu bahawa dia telah melakukan kesilapan yang besar dalam hidup Alisa tetapi dia tidak akan menarik balik keputusannya !