Tragis Cinta
Setia
Kebahagiaannya sudah
lama hilang sejak Datin Asmira muncul di dalam rumahnya sebagai ibu tirinya .
Dia sering kali didera dari segi fikizal dan juga mental . Paling teruk , dia
kehilangan ayahnya yang tercinta ketika dia berusia 19 tahun lagi . Apa lagi
yang mampu dikata jikalau takdir hidupnya sudah ditentukan sebegini ? Dialah Wafa Insyirah ! Gadis yang cukup berpegang teguh kepada agama Islam dan
sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan .
“Ya Allah ...jangan uji
hamba dengan beban keras , yang tak mampu hamba pikul lagi , hamba lemah tak
mampu berdiri , tapi keranaMu hamba kuat dan karenaMu hamba tegar saat hamba
terjatuh”
Ya Allah ! Begitu
deritanya hidup yang dilaluinya . Susah payah hidupnya tiada siapa lagi yang
peduli . Ibu tirinya ? Jauh sekali mengambil berat soalnya . Apa yang pasti ,
ibu tirinya akan mendapatkan apa yang dia mahukan termasuk dengan membunuh anak
tirinya sendiri , Wafa . Mujurlah Kayla terlebih dahulu mengetahui rahsia
ibunya lalu memberitahu Wafa akan perkara sebenar . Wafa terpaksa menjadi
pelarian .
Kemunculan seorang
pemuda yang bernama Nazrief Hakimi a.k.a Jai membuatkan keselamatannya lebih terjamin . Wafa semakin
tertanya-tanya , mengapakah lelaki samseng seperti Jai menyelamatkan dirinya ?
Semuanya terjawab apabila ditanyakan kepada Ah Cheng iaitu kawan lama ayah Wafa
merangkap bos kepada Nazrief . Sepanjang dia tinggal bersama Mak Cik Suriati
dan juga Nazrief , dia lebih berasa lapang hati . Hinggalah satu hari , Nazrief
yang samseng melamarnya sebagai seorang isteri membuatkan hatinya menjadi tidak
tentu arah .
“Aku nak belajar
mencintai yang Maha Esa , belajar mencintai diri aku sendiri dan juga belajar
mencintai kau . Hanya kau sahaja yang mampu membimbing aku semula ke jalan yang
benar” –Jai-
“Maafkan saya tapi ...
“Kenapa ? Kau sukakan
Ustaz Hafiz ke ?”-Jai-
Ya ! Memang benar dia
cintakan Ustaz Hafiz . Sejak hari pertama mereka bertemu di masjid , Wafa
semakin tertarik dengan pendirian Ustaz Hafiz . Namun , perasaannya bertambah
keliru apabila melihat Jai yang begitu tulus mencintainya .
Kisah cinta yang
berbeza tetapi adakah pengakhiran cerita cinta mereka turut berbeza ? Atau
sebaliknya ? Bagaimana pula dengan dendam Datin Asmira ? Dapatkah dia
melaksanakan misi balas dendamnya dengan membunuh anak tirinya sendiri ?
Semuanya bakal terjawab dalam kisah TRAGIS CINTA SETIA