Bab 15
Engku
Shahrizal bergegas ke arah Amir lalu dia menarik kolar baju Amir dengan kasar .
Erin terkejut ! Dia cuba menghalang suaminya daripada bergaduh dengan Amir .
Amir tidak salah tetapi dia yang salah ! Dia yang melayan Amir tetapi dia buat
semua itu kerana dia tidak mahu Amir berasa tersisih kerana lelaki itu telah
merawatnya dengan baik . Engku masih tidak melepaskan kolar baju Amir . Amir
tersenyum sinis ke arah Engku .
‘Dush !’
Engku menumbuk muka Amir dengan kuat sehingga lelaki itu terjatuh . Erin cuba
berdiri mendapatkan suaminya untuk menghalang suaminya daripada bertumbukan
dengan Amir sendiri . Erin cuba menghalang suaminya daripada bertumbuk dengan
Amir . Engku berasa terluka apabila melihat Erin cuba membela Amir .
“Abang
...he..hentikanlah ! Amir tak sa..salah ....Erin yang salah”Erin berkata lagi
dengan nada sebak .
“Jangan
halang Erin , abang ! Abang tetap akan bunuh dia !” Engku seolah-olah hilang
kawalan tetapi Erin segera menghalang suaminya .
“Tolonglah
jangan buat kerja gila ...ab..abang .Amir tak salah ! A..amir ..awak boleh
pergi...”Erin berkata dengan nada lemah .
Engku berasa
kesal ! Dia memandang tajam ke arah isterinya yang sama sekali tidak memikirkan
perasaannya . Dia mula mendekati isterinya . Dia mengenggam penumbuknya dan
kalau boleh dia mahu menumbuk Amir tetapi Amir pula terlepas . Apabila dia
melihat wajah kesayuan isterinya , segala perasaan marah semuanya hilang tetapi
perasaan geram dan benci mula melangkah masuk ke dalam hatinya sendiri .
Engku segera
mencengkam kedua-dua lengan isterinya membuatkan Erin terkejut . Sebelum ini ,
Engku tidak pernah sekalipun berkasar dengannya . Kesakitannya semakin terasa
tetapi dia cuba menahan rasa sakit tersebut . Erin memandang wajah suaminya dan
berharap agar Engku tidak melepaskan perasaan marah kepadanya .
“Jadi sebab
Amir lah , Erin tak dapat terima cinta abang ? Sebab jantan tak guna tu lah
Erin jadi macam ni ? Erin cintakan dia kan ? Selama ni Erin tipu abang kan ?
Abang tak sangka , Erin cintakan dia sampai perasaan abang sendiri pun Erin tak
peduli ! Sampai sekarang , abang masih tak boleh lupakan apa yang baru terjadi
! Abang takkan maafkan Erin !” Engku bersuara kuat .
Dia mula
melepaskan cengkamannya lalu berjalan ke arah pintu keluar tetapi dihalang oleh
isterinya . Erin tahu dia masih berada dalam keadaan lemah tetapi dia tetap
kuatkan semangatnya . Dia tidak mahu Engku salah faham dengan apa yang sudah
terjadi . Dia segera mendakap suaminya dari arah belakang . Air matanya
mengalir laju . Beribu dosa yang telah dia lakukan kepada suaminya sehingga
Engku sendiri tidak mampu memaafkannya . Layakkah dia menjadi isteri Engku
Shahrizal ?
“Jangan
tinggalkan Erin , abang ...Erin mohon..”
Erin bersuara lemah .
Langkah
Engku terhenti sebaik sahaja Erin mendakapnya . Dia kaku seketika tetapi
kemarahannya seakan-akan redup dengan perbuatan isterinya . Apa yang patut dia
lakukan ? Erin berasa kesal kerana menyakitkan hati suaminya dan selalu sahaja
membebankan suaminya dengan masalahnya sendiri .
Engku
melepaskan tangan Erin dengan kasar . Dia berlalu pergi tanpa berpaling ke arah
isterinya lagi . Dia tidak mahu mengalah ! Dia mahu Erin rasakan apa yang
pernah dia rasakan sebelum ini .
“ERIN ?!”
Puan Mariana segera mendekati anaknya yang terlantar di atas katil . Emy juga terkejut
melihat keadaan kakaknya yang pucat lesi . Dia segera mengenggam erat tangan
kakaknya . Emy dapat melihat raut wajah kakaknya yang tidak ceria tetapi dibuat
gembira melihat kedatangannya .
Puan Mariana
menguspa lembut wajah anaknya yang kian pucat . Erin bersyukur kerana ibu dan
adiknya masih sempat melawatnya meskipun esok merupakan hari bekerja . Namun ,
dia agak kecewa dan berasa sedih kerana suaminya sendiri sudah hilang entah ke
mana . Dia berasa terluka !
“Akak sihat
ke ? Demam akak macam mana ?”soal Emy yang penuh prihatin .
“Alhamdulilah
...akak baik . Macam mana ibu dan adik tahu akak d..dekat sini ?”soal Erin yang
ingin tahu .
“Kami dapat
tahu pun sebab Shah yang bagitahu . Oh ya , kenapa dengan suara kamu ? Tekak
kamu sakit ke ?”Puan Mariana bertanya .
“Doktor
kata...Erin t..tak boleh banyak cakap ..se.sebab ..pagi tadi ...Erin muntah
ter..teruk” Erin menjelaskan satu persatu . Kini , barulah Puan Mariana tahu
mengapa keadaan Erin agak teruk . Dia mengenggam tangan Erin dengan lembut .
“Oh ya ,
mana suami kesayangan akak tu ?”Emy mengusik kakaknya .
Erin terdiam
. Dia tidak tahu apa yang harus dia kata sedangkan lelaki itu sudah pergi
meninggalkannya di saat dia sakit . Dia mahu menjelaskan semuanya tetapi dia
takut jikalau ahli keluarganya masuk campur dalam urusan rumah tangga dia dan
juga Shah . Dia tidak mahu semua itu berlaku .
Puan Mariana
mengerti akan keadaan Erin . Dia tahu pasti ada masalah yang berlaku di antara
Erin dan juga Shah tetapi dia tetap akan menyembunyikan rahsia tersebut demi
kebaikan mereka berdua . Dia memandang ke arah Erin yang berada dalam keadaan
gusar . Dia tahu bahawa Erin tidak akan bersuara .
“Emy
...kakak kamu kan sakit tekak lagi ? Dahlah , jangan tanya banyak nanti kesian
Erin nak jawab satu persatu” Puan Mariana mula membuat alasan bagi memihak Erin
. Erin memandang ke arah ibunya .
“Ermmm..yalah
..” Emy mengalah .
Erin
memandang ibunya dan dia tahu bahawa ibunya sendiri tahu akan masalahnya
sendiri . Melihat sinar mata ibunya sendiri , dia sudah pasti bahawa ibunya
tahu akan masalah yang dia hadapi . Sememangnya dia tidak boleh lari dari
masalah dan dia juga harus berdepan dengan masalah yang sebenar .
Pada malam
itu , Erin ditemani oleh ibunya sendiri di kamarnya . Emy pula terpaksa pulang
ke kampung untuk menjaga Nek Jah . Erin masih terbaring dan merehatkan dirinya
. Puan Mariana mengusap lembut tangan anaknya . Sudah terlalu banyak Erin
menghadapi segala masalah dan dia tidak mahu Erin dibebani masalah lagi !
“Erin ..ibu
tahu kamu ada masalah . Ibu tahu kamu ada masalah dengan Shah tapi kamu
seharusnya menjelaskan apa jua masalah kamu kepada suami kamu . Ibu tahu yang
ibu tak berhak masuk campur dalam urusan rumah tangga kamu tapi ibu tak nak
lihat anak ibu sendiri menderita ....” Puan Mariana berkata lagi dengan nada
sebak .
“I..ibu ..
“Kamu tak
perlu cakap apa-apa Erin . Ibu nak tanya kamu satu soalan , adakah kamu
benar-benar mencintai Engku Shahrizal ? Adakah kamu sayangkan dia ? Adakah kamu
...
“Cukup bu
!E..Erin tak nak deng..dengar lagi sem..semua tu . Erin ..nak be..berehat” Erin
merebahkan dirinya di atas katil .
Apabila ditanya
semua soalan itu , dia sendiri tiada jawapan untuk menjawab kesemua soalan
tersebut . Dia cukup menderita apabila ibunya mahupun suaminya terus bertanya
mengenai cinta . Dia tidak mampu memikirkannya lagi . Seakan-akan trauma
menghampiri dirinya dan menghempitkan dirinya di antara perasaannya dan juga cinta
.
Puan Mariana
berasa sedih melihat keadaan anaknya . Dia tahu bahawa Erin tidak dapat
mencintai Shah sejak awal perkahwinan lagi . Air mata seorang ibu mengalir jua
melihat keadaan anaknya yang sungguh menyedihkan . Erin memandang ke arah
ibunya yang menangis .
“I..ibu ...
“Tolonglah
jangan jadi macam ibu , Erin ! Ibu tahu kamu tidak mampu mencintai suami kamu
sebab ibu dan ayah bercerai kan ? Sebab kamu ingat yang kamu akan bercerai sama
seperti ibu dan akan terluka sama seperti ibu ? Erin , sedarlah ...jangan kamu
mengurung diri dan menepis cinta yang sedia ada ...terimalah ...
“E..erin
ta..takut bu .Ja..Jadi to..tolong jangan..paksa E..rin...” Erin menangis .
“Erin ...
“Maaf..maafkan
Erin , bu” Erin segera mendakap ibunya dengan erat .
Erin tidak
mampu melakukan apa yang terbaik sebagai seorang isteri . Dia rela jikalau dia
jatuh sayang dengan suaminya tetapi jikalau cinta , itu sama sekali dia tidak
rela ! Puan Mariana benar-benar kasihan melihat keadaan anaknya yang terluka .
Andai sahaja dia tahu bahawa Erin akan menderita , pasti dia tidak akan
merelakan perkahwinan di antara Erin dan juga Engku .
Malam
itu , Puan Mariana menemani anaknya
iaitu Erin . Dia tidak mahu Erin berasa keseorangan dan dia juga tidak mahu
kehilangan anak kesayangannya . Jikalau Erin terus begini itu bermakna dia
terpaksa mengambil langkah yang seterusnya demi kebahagiaan anaknya sendiri .
Di saat Puan
Mariana hendak melangkah keluar dari bilik rawatan anaknya , dia terkejut
melihat wajah menantunya benar-benar berada di hadapan muka pintu . Dia berasa
kesal dengan sikap menantunya .
“Ibu nak
cakap sikit dengan Shah ...”
Puan Mariana
duduk di kerusi yang terletak di ruang menunggu . Engku Shahrizal hanya mampu
mengekori langkah ibu mertuanya . Dia dapat mengagak bahawa ibu mertuanya
benar-benar marah padanya , mungkin sudah tahu hal yang sebenar yang terjadi
pada dirinya dengan Erin .
“Apa yang
ibu nak bincangkan dengan Shah ?”soal Shah .
“Maafkan ibu
Shah ...
Tiba-tiba
sahaja Puan Mariana meminta maaf membuatkan Engku Shahrizal serba salah . Baru
sahaja sebentar tadi dia ingat bahawa ibu mertuanya akan memarahinya soal dia tidak
bertanggungjawab ke arat Erin tetapi mengapa maaf ? Mengapa ibu mertuanya
meminta maaf padanya sedangkan dia sendiri yang patut minta maaf ?
“Ke..kenapa
ibu pula yang minta maaf ? Seharusnya , Shah yang minta maaf sebab tak dapat
jaga Erin dengan baik dan ...
“Shah tak
perlu minta maaf daripada ibu . Ibu yang salah . Ibu dah dera perasaan kamu
berdua dan ibu rasa bersalah sebab Erin tidak dapat mencintai kamu hanya kerana
kisah lalu ibu dan ayah Erin . Erin
tidak dapat mencintai kamu sebab ibu bercerai dan dia tak nak jadi seperti ibu
...ibu minta maaf sebab paksa kamu berdua kahwin atas kehendak ibu . Sepatutnya
dari awal lagi ibu pentingkan perasaan kamu berdua ...” rintih Puan Mariana
dalam keadaan penuh sebak di dada .
“Ibu ...
“Macam ni
lah Shah , kalau kamu masih cintakan Erin ..ibu minta kamu bahagiankanlah dia
dan jangan sakitkan hati dia lagi tapi ...tapi kalau kamu berdua sudah tidak
bersefehaman lagi ,lepaskanlah Erin ...jangan seksa dia ...” Puan Mariana tidak
sanggup menghabiskan ayatnya apabila dia teringatkan anak perempuannya .
Engku
Shahrizal benar-benar tidak sangka bahawa ibu mertuanya sanggup berkata
sedemikian . Terukkah dia ? Mengapa ibu mertuanya sanggup berkata sedemikian ?
Adakah dia telah membuat satu kesilapan yang besar ?
“Ibu cakap
ni sebab ibu tak nak dera perasaan kamu berdua . Ibu tahu yang ibu tak berhak
masuk campur dalam urusan rumah tangga kamu berdua tetapi ibu cuba mahu
membantu ..itu saja” kata Puan Mariana lagi .
Puan Mariana
berlalu pergi meninggalkan menantunya . Apa yang dia lakukan adalah untuk
membahagiakan anaknya sendiri begitu juga dengan menantunya . Dia tahu bahawa
Engku Shahrizal tidak akan melepaskan Erin dengan begitu mudah kerana
menantunya begitu sayang dan cinta akan Erin . Dia juga tidak mahu memaksa Shah
, jadi biarlah mereka sendiri yang buat keputusan .
Engku
Shahrizal meraup wajahnya . Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dia lakukan
kerana dia sendiri masih buntu . Dia tidak mungkin akan melepaskan isterinya
kerana dia sudah terlanjur mencintai isterinya sendiri . Langkah kakinya diatur
menuju ke arha bilik rawatan isterinya . Dapat dilihat tubuh isterinya semakin
kurus dan wajah isterinya semakin pucat . Dia mula mendekati isterinya yang
sedang tertidur lena .
ERIN segera
bangkit daripada tidurnya apabila dia mula berasa loya . Dia segera ke tandas
untuk melepaskan muntahnya . Engku Shahrizal terjaga akibat mendengar sesuatu
dari dalam tandas . Dia segera ke tandas apabila melihat isterinya tiada di
katil . Kelihatan isterinya masih muntah-muntah seperti semalam . Dia menggosok
belakang isterinya agar kesakitan semakin berkurangan . Setelah itu , Engku
memapah isterinya ke katil semula .
Dia
mengambil sehelai kain lalu dilap mulut isterinya yang masih bersisa dengan
muntah . Erin masih lagi berasa pening dan sakit kepala . Dia cuba melelapkan
matanya tetapi wajahnya tetap sama berkerut kerana menahan sakit . Engku berasa
kasihan melihat keadaan isterinya . Dia perlu membeli makanan buat Erin kerana
dia tahu Erin pasti lapar ketika itu .
“Sayang
..abang pergi beli makanan sekejap ya ?”
Engku pergi
meninggalkan isterinya di situ . Erin masih lagi berasa penat dan letih lalu
dia membiarkan dirinya berehat . Kemudian , dia terdengar pintu bilik
rawatannya terbuka . Cepatnya Engku membeli makanan buatnya ? Dia segera
menoleh ke arah muka pintu dan ternyata Doktor Amir yang muncul . Dia tergamam
! Dia takut jikalau Engku melihat dia dan Amir berdua-duaan di dalam bilik .
Amir
mendekati Erin bersama beberapa orang jururawat untuk memeriksa keadaannya .
Erin melepaskan keluhan lega apabila melihat Amir tidak datang seorang diri .
Doktor Amir begitu prihatin terhadapnya sehingga sanggup merawatnya meskipun
dia tahu Erin tidak mencintainya .
Setelah itu
, tinggal lah Erin dan juga Amir di situ . Doktor Amir mahu membincangkan
sesuatu perkara mengenai kesihatan Erin . Dia tersenyum melihat Erin yang sudah
pulih seperti biasa . Matanya masih kekal memandang Erin .
“Erin
...awak dah sembuh dan demam awak dah menurun . Esok , awak dah boleh balik dan
jangan lupa ambil ubat sebelum balik ya ?”Doktor Amir mengingatkan Erin .
“Baiklah ,
Amir . Apapun terima kasih ...saya hargai pertolongan awak” Erin berkata dengan
nada lemah .
“Saya
bukannya tolong awak atas sebab saya sayangkan awak tapi ini adalah
tanggungjawab saya sebagi seorang doktor , Erin . Kalau awak sayangkan saya ,
saya pasti akan buat macam-macam agar awak tak demam ...saya sayangkan awak ,
Erin” begitu berani Doktor Amir meluahkan perasaannya .
“Maaf Amir
..saya ...
“Saya tahu
....awak anggap saya sebagai kawan dan saya tahu awak memang tak sayang saya
kan ? Saya faham , Erin” Doktor Amir berkata lagi dengan nada yang cukup suram
. Erin memandang wajah Amir yang penuh dengan kesedihan dan terluka . Dia tahu
, jauh di sudut hati Amir , lelaki itu begitu sayangkan dirinya . Apalah
nasibnya sehingga Amir terpaksa menanggung luka !
“Saya
sayangkan awak Amir ..tapi sebagai kawan . Saya harap awak faham dengan status
kita berdua ...” Erin tersenyum pahit .
Amir tahu
bahawa status Erin sebagai seorang isteri kepada Engku Shahrizal tidak dapat
dipertikaikan . Dia tahu bahawa Erin bukanlah jodohnya tetapi perasaan sayang
dan cinta semuanya ada di dalam hatinya . Dia benar-benar cintakan Erin Cuma
Erin sahaja yang tidak sedar sejak mereka bertemu di hospital buat pertama
kalinya .
Erin hanya
mampu melihat Amir tersenyum pahit . Dia tahu bahawa Amir mengerti akan
kata-katanya tetapi dia tidak mahu lelaki itu sedih kerananya . Dia mahu lelaki
itu ceria seperti dulu dan menjadi sahabatnya seperti dulu .
“Saya faham
. Baiklah , kalau tak ada apa-apa ..saya pergi dulu” Amir meminta diri .
Erin hanya
mampu melihat lelaki itu pergi dari biliknya . Dia melepaskan keluhan berat
lalu memandang ke arah luar tingkap . Doktor Amir melepaskan keluhan lemah
apabila keluar dari bilik Erin . Di saat dia mahu melangkah , dia terjumpa
Engku Shahrizal . Lelaki yang berada di hadapannya merupakan lelaki yang telah
berjaya mengambil Erin dan menjadikannya sebagai seorang isteri .
Dia tahu
bahawa Engku Shahrizal merupakan suami kepada Erin tetapi dia cukup kesal
melihat lelaki yang tidak bertanggungjawab menjadi suami Erin . Lelaki itu
telah membiarkan Erin menanggung sakit semalaman dan tidak menjaga gadis itu
dengan sebaiknya . Mahu sahaja dia menumbuk Shah pada ketika itu tetapi
sayangnya dia tidak mahu Erin melihat mereka berdua bergaduh .
Engku
Shahrizal berasa aneh melihat Doktor Amir yang baru sahaja keluar dari bilik
rawatan isterinya . Ada apa-apa ke ni ? Namun , dia baru teringat bahawa Doktor
Amir yang merawat isterinya yang sedang sakit jadi memang patutlah Amir keluar
masuk dalam bilik rawatan isterinya .
“Aku tak
sangka ...lelaki macam kau dipilih oleh Erin ! Aku tak sangka Erin jatuh cinta
dengan lelaki yang tak bertanggungjawab macam kau ! Dia begitu sayangkan kau
tapi kau sia-sia kan dia ?! Suami jenis apa kau ni ?”Doktor Amir mengenggam
tangannya sehingga membentuk penumbuk .
“Aku tak
suka kalau pihak ketiga masuk campur dalam urusan kami . Aku pernah kata kan
yang aku takkan lepaskan Erin ? Jadi , kau jangan berani dekati isteri aku
sebab dia seorang sahajalah hak aku ..bukan hak engkau , kau perlu terima
hakikat tu !”Engku berkata dengan nada tegas .
“Kalau kau
tak nak biarkan dia terlepas dari genggaman kau ..baik kau jaga Erin dengan
baik! Kalau kau tinggalkan dia atau lepaskan dia , aku akan rampas dia daripada
kau ! Kau faham tu ?!” Doktor Amir memberi amaran kepada Engku sebelum dia
pergi meninggalkan pemuda tersebut .
Engku berasa
bengang dan tercabar apabila dia diberi amaran sebegitu . Dia melangkah masuk
ke dalam bilik rawatan isterinya . Ketika itu , Erin terjaga dan sedang memeluk
tubuh sambil memandang ke arah luar tingkap . Dia tahu sejak kebelakangan ni
isterinya selalu sahaja berfikir dan selalu sahaja sedih dan terluka . Adakah
dia patut mendengar kata ibu mertuanya sedangkan dia baru sahaja bahagia dengan
isterinya ? Dia tidak mahu melepaskan Erin meskipun Erin mencintai orang lain
atau Erin tidak cinta padanya .
Engku
meletakkan plastik makanan di atas meja . Erin memandang ke arah suaminya yang
sedang duduk bersebelahannya . Ketika itu , Engku mengeluarkan beberapa
bungkusan makanan lalu dibuka . Erin tahu bahawa suaminya akan memaksa dia
makan juga walaupun dia enggan . Dia sama sekali tidak selera !
“Erin ...
makan . Nanti perut kosong”
Engku mula
menyuakan makanan ke arah Erin . Erin mahu makan sendiri tetapi apabila
suaminya ingin menyuapkan makanan buatnya dia terima . Engku tidak mahu Erin
makan sendiri dengan keadaan yang lemah sebegitu .
Erin
tertanya-tanya . Adakah suaminya tidak marah pasal semalam lagi ? Adakah
suaminya sudah memaafkan kesalahannya ? Engku hanya fokus dengan menyuapkan
makanan ke dalam mulut isterinya . Dia tidak mahu Erin sakit lagi .
“Abang
..Erin nak berehat” Erin bersuara lemah .
Setelah Erin
meneguk air , Engku menolong isterinya merehatkan diri di katil . Mujurlah
isterinya sudah makan ubat dan makan sedikit makan yang dia beri . Erin
melelapkan matanya setelah dia berasa selesa dan tenang semula . Engku berasa
kasihan melihat keadaan isterinya yang sakit . Dia menyentuh lembut tangan
isterinya apabila Erin sudah melelapkan mata .
Dengan
beraninya , dia berbaring bersebelahan dengan isterinya sambil membenamkan
mukanya ke dalam rambut isterinya yang masih berbau wangi meskipun dua hari
isterinya tidak memakai syampu . Dia menarik isterinya ke dalam dakapannya lalu
dipeluk erat isterinya . Sungguh dia sayangkan isterinya ! Matanya masih
terbuka melihat isterinya yang masih terlena .
Matanya
masih kekal melihat wajah isterinya meskipun separuh wajah isterinya . Dia
tersenyum melihat wajah isterinya . Entah mengapa dia berasa tenang dan damai
dalam pelukan Erin . Dia Cuma berharap agar Erin mencintainya sama seperti dia
mencintai Erin . Degupan jantungnya semakin kuat berdegup dan dia dapat
merasakan cintanya semakin mendalam terhadap isterinya .
“I love you
, honey”
Itulah
ucapan yang dibisik ke telinga isterinya . Erin terkejut mendengar suara suaminya
berkata sedemikian . Sebenarnya , dia sendiri separuh tertidur ataupun tidur
–tidur ayam kerana matanya masih tidak mampu terlelap . Apabila dia mendengar
ucapan tersebut berbisik di telinganya , dia semakin takut ! Dia takut jikalau
dia melukakan hati suaminya kerana cinta . Dia sudah membuat keputusan untuk
menjauhi suaminya ! Itulah salah satu cara agar suaminya tidak jatuh cinta
padanya .
Bab 16
Keesokan
harinya , Erin dibenarkan pulang setelah dia didapati sihat kembali . Engku
menolong isterinya berjalan ke arah keretanya . Erin masuk ke dalam perut
kereta sebaik sahaja Engku membuka pintu kereta buatnya . Erin memandang ke
arah suaminya sambil tersenyum pahit . Dia tahu suaminya prihatin tetapi dia
tidak mahu suaminya dikecewakan lagi .
Dalam
perjalanan menuju ke rumah mereka , Erin hanya mampu mendiamkan diri .
Fikirannya dikosongkan . Kepalanya direhatkan di kepala kerusi lalu dilelapkan
matanya seketika sementara menunggu kereta suaminya berhenti di depan rumah
mereka . Engku tersenyum melihat wajah isterinya yang tidur .
Sesampai
sahaja di depan rumah , Engku mematikan enjin . Dia memandang ke arah isterinya
yang masih lagi tertidur . Penat agaknya ! Engku menyentuh lembut bahu isterinya
lalu dikejutkan isterinya .
“Erin
..bangun . Kita dah sampai ...” Engku berkata .
“Ermm..ya”
Erin membuka kelopak matanya .
“Erin okay
tak ? Kalau tak okay , abang dukung sayang ya ? Lagipun , Erin masih pening
lagi kan ?”tanya Engku yang mahu menghulurkan bantuan buat isterinya .
“Err..tak
apa . Erin boleh jalan sendiri” jawab Erin .
Erin segera
keluar daripada perut kereta . Dia berjalan seperti biasa meskipun kepalanya
masih terasa sakit . Dia berjalan masuk ke dalam rumah . Engku segera menangkap
lengan kanan isterinya untuk membantu isterinya berjalan . Erin memandang ke
arah suaminya dengan penuh rasa hairan .
“Abang
..Erin boleh jalan sendiri dan ...
“Abang tak
nak Erin jatuh pengsan lagi ! Kali ni , Erin kena dengar cakap abang , faham ?!”
Engku bertegas .
Erin
melepaskan keluhan berat . Dia terpaksa mengalah lalu membenarkan suaminya
membawa dirinya ke arah bilik . Engku Shahrizal meletakkan ubat di meja
bersebelahan dengan katil mereka . Erin membaringkan dirinya di atas katil
setelah diselumuti oleh ‘comforter’ .
Engku mahu
melangkah ke arah luar bilik untuk menyediakan bubur buat isterinya . Malangnya
, tangannya ditangkap kemas oleh isterinya . Dia memandang Erin dengan penuh
tanda tanya . Erin teragak-agak untuk mengatakannya tetapi dia juga takut
jikalau suaminya tidak akan membenarkannya .
“Boleh tak
Erin pergi kerja esok ?”tanya Erin dengan serius .
Engku
melepaskan tangan isterinya lalu dia duduk bersebelahan dengan isterinya di
katil . Dia tidak mungkin akan membiarkan Erin bekerja dengan keadaan yang
masih belum terkawal . Dia juga takut jikalau ada apa-apa yang terjadi kepada
isterinya . Erin Cuma berharap agar pertanyaannya dipersetujui oleh suaminya
sendiri .
“Tak ! Erin
tak boleh kerja ! Keadaan Erin masih belum okay lagi ... muka Erin masih pucat
dan badan Erin masih lemah lagi . Lusa kalau Erin nak kerja , Erin kerjalah
tapi kalau esok ...abang tak izinkan” Engku berkata dengan nada serius .
Erin bangkit
daripada pembaringannya . Dia tidak menyangka bahawa Engku Shahrizal begitu
risaukannya tetapi dia harus bekerja untuk menyiapkan rekaan yang masih belum
siap untuk dihantar kepada editor majalah Pengantin untik mempromosikan butik
pengantinnya sendiri .
“Erin kena
pergi juga sebab tak lama lagi Erin kena hantar rekaan baju pengantin dekat
editor majalah . Erin tak boleh tangguhkan masa dan Erin masih belum lagi
siapkan rekaan tersebut ..jadi izinkan Erin abang ...tolonglah , kali ini aja
...” Erin seakan-akan merayu dengan suaminya .
“Erin ...
“Tolonglah
abang , Erin merayu sangat dengan abang ...kali ini aja”mohon Erin .
“Baiklah ,
kalau itu kehendak Erin ...abang akan izinkan tapi dengan syarat jaga kesihatan
Erin dan jangan terlalu paksakan diri ya ? Abang tak nak Erin jatuh sakit lagi
...” ujar suaminya .
“Abang
...abang dah tak marahkan Erin soal Erin tipu abang ke ?”Erin bertanya dengan
menukar topik perbualan mereka .
“Err..abang
nak pergi ke dapur sekejap”
Engku
Shahrizal pergi meninggalkan isterinya keseorangan di kamar . Erin tahu bahawa
suaminya masih tidak dapat memaafkannya soal dia telah berjaya menipu suaminya
sendiri . Dia juga rasa serba salah terhadap suaminya . Meskipun Engku terlalu
membenci dia tetapi dia nampak begitu jelas bahawa suaminya begitu sayangkan
dia lebih daripada sesiapa . Apa yang patut dia buat ? Air matanya menitis laju
.
Ya Allah !
Mengapa aku langsung tak jatuh cinta dengan suami aku sendiri setelah apa yang
dia lakukan kepada aku ? Mengapa aku hanya berasa sayang sahaja kepada suaminya
? Apa yang harus dia lakukan ?
PERLAHAN-LAHAN
Erin bangkit daripada pembaringannya . Dia melihat ke arah jam dinding yang
sudah menunjukkan tepat jam 3:30 pagi . Dia mula melangkah ke arah tandas lalu
mengambil wudhuk . Ketika itu , dia hanya mampu berdoa agar penyakitnya cepat
sembuh . Erin mula menunaikan solat sunat Tahajjud bagi menenangkan fikirannya
dan juga hatinya .
Dia berasa
sedikit tenang apabila menunaikan solat sunat tersebut . Bagaikan fikirannya
kosong dan hatinya lapang . Setiap kali dia melafaz ayat suci al Quran pasti
perasaannya begitu syahdu dan sentiasa damai menyapa dirinya seketika . Dahinya
yang menyentuh tikar sejadah bagaikan menghilangkan segala keresahan dan
kerisauan yang membebankan kepala dan juga fikirannya . Alhamdulilah !
Subahanallah ! Allahuakhbar ! Astaghfirullah ! Laungnya di dalam doa . Dia
bersyukur ! Hatinya kembali tenang .
Setelah dia
membaca al Quran , dia mendakap al-Quran dengan erat . Sudah 2 hari dia di
hospital dan sudah 2 hari dia tidak membaca al-Quran . Ruginya dia ! Erin
tersenyum lalu mengucup al-Quran dengan lembut sebelum meletakkannya di tempat
yang tinggi . Setelah itu , dia melipat kain telekung dan juga sejadah .
Erin berasa
haus sekali . Dia berjalan menuju ke arah dapur lalu dia mengambil sebotol air
mineral di dalam peti sejuk . Dia meneguk air setelah membaca bismillah sambil
duduk . Dia memandang kosong ke arah meja di hadapannya .
Engku
Shahrizal terjaga akibat melihat isterinya tiada di sebelahnya . Dia segera
bangun daripada pembaringannya lalu mencari kelibat isterinya di sekeliling
bilik dan juga rumahnya sendiri . Dia mula mendekati isterinya yang sudah
membaringkan kepala di atas meja makan . Dia mula mengejutkan isterinya .
“Erin
..kalau nak tidur , masuklah bilik dulu ya ?”Engku berkata dengan prihatin .
“Ermm...baiklah
...” Erin bersuara .
Dia mula
bangkit daripada tempat duduknya lalu berjalan melepasi suaminya . Engku rasa
sudah tiba masanya ! Dia tidak mahu melepaskan Erin kepada Amir atau mana-mana
lelaki lain . Dia harus meluahkan perasaannya dan dia juga tidak mahu Erin
terluka kerananya lagi . Dia mahu menjaga Erin sama seperti dia menjaga
perasaan isterinya .
Engku segera
mendakap isterinya dari arah belakang dengan erat . Erin berasa tidak selesa
apabila dipeluk secara tiba-tiba . Mereka berdua kaku di situ . Apa yang
suaminya cuba lakukan ?
“Abang dah
maafkan Erin soal yang Erin tipu abang tapi abang takkan maafkan Erin kalau
Erin tinggalkan abang . Jadi , mulai sekarang , abang akan mencintai Erin sama
seperti yang abang pernah janji dulu ..abang akan tunggu Erin . Abang nak kita
mula dari awal ...abang nak terus ada di sisi Erin dan abang tak nak Erin
tinggalkan abang . Abang ..abang cintakan Erin ..sepenuh hati abang” ungkap
Engku Shahrizal dalam bisikan yang penuh syahdu .
Erin berasa
sedih melihat keadaan suaminya . Dia tahu bahawa suaminya terlalu cintakan dia
tetapi dia sama sekali tidak mampu membalas perasaan suaminya . Erin melepaskan
pelukan lalu berhadapan dengan suaminya dalam samar cahaya .
“Maafkan
Erin ..Erin tak mampu cintakan abang . Erin Cuma mampu sayangkan abang seperti
seorang kawan . Erin tak nak tipu abang lagi ....dan Erin juga akan tunggu lagi
3 bulan . Abang pernah cakap kan yang kita akan berpisah setelah 6 bulan
jikalau kita berdua tidak mencintai satu sama lain kan ?” Erin bertanya .
Engku sama
sekali tidak ingat dengan perjanjian yang dia buat tetapi jikalau dia ingat
sekalipun dia tidak mungkin akan melepaskan Erin . Hatinya sakit ! Dia tidak
mahu melepaskan isterinya dan dia tidak mahu Erin memandang lelaki lain kecuali
dirinya . Erin tidak mahu Engku menaruh harapan yang tinggi buatnya .
“Siapa kata
kita akan berpisah ? Kalau abang cakap sekalipun nak berpisah , itu pun sebab
kita tidak mencintai satu sama lain tetapi sekarang ..abang cintakan Erin !
Abang nak Erin hidup dengan abang bukan untuk 6 bulan tetapi selamanya . Erin
sahajalah isteri yang telah ditakdirkan dalam hidup abang dan abang Cuma
cintakan Erin seorang . Erin gadis yang lain daripada lain ..abang cintakan
Erin” Engku Shahrizal meluahkan perasaannya .
Engku
Shahrizal mula bertapak mendekati isterinya tetapi Erin melangkah setapak demi
setapak berundur . Dia tidak mahu Engku mendekatinya dan dia tidak mahu melukakan
hati suaminya lagi .
“Jangan
dekati Erin ! Abang tahu kan Erin tak mampu jadi isteri abang yang terbaik ?
Erin juga tak mahu siksa perasaan abang sendiri ! Erin tak cintakan abang tapi
Erin Cuma sayangkan abang ! Layakkah Erin menerima cinta abang sedangkan Erin
dah lukakan hati abang ? Layakkah Erin jadi isteri abang setelah Erin tipu
abang ?” Erin berkata lagi dengan nada sedih .
“Erin
...abang nak kita mula dari awal . Abang nak bersama dengan Erin dan mencintai
Erin jadi tolonglah beri abang ruang untuk mencintai Erin ...bagi abang
peluang” Engku bertanya lagi .
“Tak ! Erin
tak nak bagi harapan palsu dekat abang ! Jadi jangan ...
Engku segera
menarik Erin ke dalam dakapannya . Dia tidak mahu Erin meneruskan kata-katanya
kerana dia sudah cukup terluka apabila mendengar bahawa isterinya mahu berpisah
dengannya . Erin meronta-ronta untuk dilepaskan tetapi suaminya enggan
melepaskannya . Air matanya mengalir laju . Dia tidak tahu apa yang patut dia
lakukan . Pelukan suaminya sama sekali tidak dibalas . Dia Cuma tahu mendiamkan
diri .
Engku masih
kaku memeluk isterinya . Begitu sukar dia hendak mencuri hati isterinya
sehingga gadis itu hendak melarikan diri daripadanya . Alasan isterinya untuk
berpisah dengannya sama sekali tidak masuk akal . Dia mahu Erin memikirkan
perasaan juga dan dia tidak mahu Erin meminta cerai dengannya atas alasan yang
tidak masuk akal !
Nabi SAW (bermaksud); "Mana-mana
wanita (isteri) meminta cerai dari suaminya tanpa ada suatu desakan, haram ke
atasnya mencium bau Syurga(yakni akan ditegah dari mencium bau Syurga)"
(HR Imam Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim dari
Tsauban RA. Menurut at-Tirmizi; hadis ini hasan. al-Jami' as-Saghier, no.
hadis; 2944)
“Sayang tahu
kan ..kalau sayang minta cerai dengan abang atas alasan yang tidak kukuh
....nanti tak cium bau syurga ? Abang tak nak sayang minta cerai daripada abang
lagi meskipun kita dah buat perjanjian . Abang nak hidup dengan sayang dan
bahagiakan sayang ...” bisik suaminya perlahan di cuping telinga isterinya .
Erin berasa
berdosa sangat ! Dia tahu bahawa dia telah melakukan kesilapan yang cukup besar
tetapi dia cukup berasa sangat sengsara jikalau dia melihat suaminya menanggung
derita kerana tidak dapat memiliki cintanya . Dia akhirnya membalas pelukan
suaminya . Dia mahu memberi peluang kepada suaminya . Jikalau dia jatuh cinta ,
dia mahu merasakan cinta itu meskipun dia akan terfikirkan soal perceraian ibu
dan ayahnya .
Engku
meleraikan pelukannya . Dia menghadap isterinya yang sedang menangis lalu
dikesat air mata isterinya . Dia tidak mahu melihat isterinya menangis mahupun
bersedih lagi . Dia begitu sayangkan isterinya sehingga tidak dapat melepaskan
isterinya . Erin mengangkat wajahnya lalu matanya bertemu dengan sepasang anak
mata milik suaminya .
“Erin ..Erin
akan bagi peluang yang terakhir . Erin akan cuba buka pintu hati Erin yang
tertutup rapat dan buka kembali pintu hati Erin . Erin akan cuba belajar
mencintai abang sama seperti abang mencintai Erin ...Erin janji” kali ini dia
tidak tipu . Dia mahu merasakan cinta itu untuk sekali lagi .
“Betul ni ?
Erin tak tipu ?”tanya suaminya .
Erin
tergelak kecil mendengarnya . Dia tahu suaminya pasti akan ragu-ragu dengan
kata-katanya tetapi percayalah dia tidak mahu melukakan hati suaminya lagi .
Dia memandang mata suaminya buat sekali lagi .
“Erin takkan
tipu abang ... sebab Erin tak nak abang terluka lagi...” Erin tersenyum .
Engku
tersenyum mendengarnya . Syukurlah ! Engku benar-benar bersyukur apabila
isterinya berkata sedemikian . Benarkah dia harus membuka pintu hatinya buat
suaminya ? Ya ! Apa salahnya kan ? Bukankah itu tanggungjawab dia sebagai
seorang isteri ? Dia akan cuba belajar mencintai suaminya sendiri .
Engku
menarik isterinya ke dalam dakapannya kembali . Dia berasa tenang seketika
apabila dia mendakap erat isterinya . Erin tahu sebagai seorang isteri dia
harus menceriakan dan juga membahagiakan suaminya . Dia mahu menjadi isteri
yang terbaik buat Engku Shahrizal ! Dia tidak mahu menghabiskan sisa-sisa
hidupnya dengan kedukaan hanya kerana teringatkan ibu dan ayahnya bercerai .
Dia mahu memulakan kehidupan baru !
PUAN MARIANA
berasa kasihan sekali apabila teringatkan anak sulungnya . Erin begitu tersiksa
dan terluka sekali . Dia tahu anak perempuannya tidak mampu mencintai Shah
hanya kerana kes perceraian di antara dia dengan suaminya . Dia harus bertemu
dengan bekas suaminya untuk menceritakan masalah anak mereka . Datuk Hisyam
bersetuju untuk bertemu dengan bekas isterinya gara-gara dia mahu hak penjagaan
ke atas Emy .
Datuk Hisyam
menunggu bekas isterinya di kafe seperti biasa . Puan Mariana berjalan menuju
ke arah kafe dan akhirnya bertemu dengan bekas suaminya . Dia mula duduk
berhadapan dengan suaminya .
“Saya nak
bincang sesuatu mengenai Erin ...” Puan Mariana memulakan kata-katanya .
“Saya
ingatkan pasal Emy . Hmm..apa kena dengan Erin ? Dia ada masalah apa pula kali
ni ? Dah bercerai dengan suami dia ?” Datuk Hisyam mula menduga . Puan Mariana
agar terkejut mendengar kata-kata suaminya .
“Saya datang
ke sini nak bincang baik-baik dengan awak ..bukannya nak bergaduh ! Erin ada
masalah dengan suami dia dan saya tahu ini berpunca daripada kita berdua yang
dah bercerai . Dia takut terluka sebab dia tengok kita bercerai dan tak
bersefahaman antara satu sama lain” jelas Puan Mariana .
“Habis tu ,
awak nak saya buat apa ? Rujuk dengan awak balik ? Itu tak mungkin !” Datuk Hisyam
menegaskan kata-katanya .
“Bukan itu
maksud saya ! Awak cubalah dekati dia dan beri dia nasihat agar dia tidak salah
faham dengan apa yang dah berlaku antara kita . Awak kan ayah dia ?”soal Puan Mariana .
Datuk Hisyam
tersenyum sinis . Anak ? Dia tidak pernah mengharapkan anak seperti Erin yang
suka membantah kata-katanya . Ayah ? Dia tahu sangat Erin tidak akan mendengar
kata-katanya sebagai seorang ayah . Dia lebih rela menasihati Emy berbanding
Erin . Kalau Erin , dia malas nak ambil tahu sebab Erin tidak pernha memberi
keuntungan dalam keluarganya . Kini , hanya Emy sahajalah harapannya .
Dia mahu
menggunakan cara kotor untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas Emy . Emy
sahajalah yang mampu mewarisi syarikatnya yang sudah 16 tahun membangun dengan
giat . Dia mahu menggunakan Emy menjadi pengurus syarikatnya .
“Boleh !
Asalkan awak beri hak penjagaan Emy kepada saya ...saya Cuma nak Emy dan lepas
tu saya boleh tolong awak !”Datuk Hisyam mula menawarkan perjanjian dengan
bekas isterinya .
“Apa ?!”
“Kenapa ?
Tak boleh tunaikan permintaan saya ke ?”soal Datuk Hisyam .
“Awak tahu
tak , awak tu masih ayah Erin ? Kenapa awak perlu ugut saya dengan menyerahkan
Emy semata-mata saya minta bantuan awak untuk memberi nasihat kepada Erin?”
Puan Mariana bersuara marah .
“Ikut suka
awaklah ! Kalau awak tak nak beri hak penjagaan tu , jangan harap saya akan
bantu ! Erin tu bukannya layak jadi anak saya ..dia tu tahu menjawab dan
melawan cakap saya!”Datuk Hisyam berkata dengan geram .
“Dia buat
semua tu sebab dia bela saya ! Dia tak sanggup dengar awak menghina saya dan
mencaci saya seolah-olah saya ni keji ! Kalau awak tak nak tolong pun , tak
payahlah nak cakap yang Erin tu bukan anak awak ! Sedarlah sikit !”
Puan Mariana
sudah tidak dapat menahan perasaan amarahnya . Dia segera bangkit dari tempat
duduknya lalu berjalan keluar dari kafe tersebut . Hatinya sakit mendengar
segala kata-kata bekas suaminya . Bekas suaminya benar-benar teruk dan keji !
Kalau lah dia tahu perangai suaminya sejak awal lagi , pasti dia tidak akan
menikah dengan Datuk Hisyam ! Hatinya bagai direntap kasar apabila suaminya
mengaku Erin bukan anak mereka .
Dia masuk ke
dalam keretanya lalu menghentak steringnya dengan kuat . Dia cuba tabahkan hati
dan sabarkan jiwa . Pelbagai dugaan yang dia harus terima setelah bercerai
dengan suaminya sendiri .
EMY
mengejutkan ibunya dari lamunan . Dia tahu bahawa ibunya sedang memikirkan
masalah yang dia sendiri tidak tahu . Namun , dia berharap benar agar masalah
itu tidak berkaitan dengan ayahnya . Dia tidak mahu mendengar apa-apa dari
mulut ibunya mengenai ayahnya yang kejam . Dia lebih rela tinggal dengan ibunya
daripada tinggal dengan ayahnya . Dia tahu bahawa ayahnya akan mempergunakan
dia untuk syarikat dan juga kepentingannya sendiri . Hatinya tersiksa !
Dia juga
sudah cukup tersiksa melihat ibunya disakiti oleh ayahnya sendiri . Mana taknya
? Ayahnya selalu mencaci dan menghina ibunya di depan matanya sendiri . Dia
masih tidak dapat melupakan peristiwa pahit tersebut . Mujurlah ada kakaknya
yang selalu melindungi ibunya . Dia sudah cukup kenal dengan sifat ayahnya .
Puan Mariana
memandang ke arah Emy yang telah melabuhkan punggung bersebelahan dengannya .
Dia mengenggam erat tangan Emy . Tak mungkin dia akan melepaskan Erin kepada
suaminya kerana dia sendiri tidak mahu melihat Emy tersiksa . Cukuplah dia yang
tersiksa , dia tidka mahu anaknya menanggung beban yang sama dengannya .
“Ibu macam
ada masalah aja ? Ceritalah ..Emy nak dengar ...”
“Tak ada
apalah sayang ...ibu okay” bohong ibunya .
“Oh ya ,
tadi Nek Jah bagitahu Emy yang ibu pergi
KL tadi ? Ibu tengok kedai ibu ke atau ibu jumpa kak Erin ?”tanya Emy yang
ingin tahu .
“Ibu jumpa
ayah ...”akhirnya Puan Mariana berlaku jujur .
Emy terkejut
mendengarnya . Patutlah ibunya berfikir dan mengelamun aja sepanjang hari dan
ternyata semua ini kerana ayahnya ? Wajahnya mula berubah menjadi serius . Dia
benar-benar skait hati . Setiap kali dia mendengar nama ayahnya , pasti dia
akan teringat bagaimana ibunya telah disakiti .
“Jangan
benci ayah , Emy ..dia masih ayah kamu . Walau macam mana teruk sekali pun ayah
menyakiti ibu , dia masih kekal ayah kamu” ibunya memberi nasihat buat anaknya
.
“Apa yang
ibu bincangkan dengan ayah ?”Emy mula menukar topik perbualan mereka .
“Bukannya
hal penting pun Emy ....”Puan Mariana tidak mahu memperbesarkan masalah .
“Ibu ...
“Emy , tak
boleh ke Emy berbaik dengan ayah ? Dia ayah Emy dan juga ayah yang selalu ada
untuk Emy di saat Emy terluka ketika Emy remaja . Emy masih tak ingat ? Ayah
sangat sayangkan Emy” ujar ibunya .
“Emy memang
sayangkan ayah tapi Emy takut kalau ayah nak pergunakan Emy jadi tolong jangan
lepaskan Emy ya ibu ? Tolonglah , Emy merayu sangat ...demi kebahagiaan Emy”
Emy bersuara lemah .
Puan Mariana
mengangguk . Dia yakin bahawa anaknya menyayangi bekas suaminya sendiri .
Syukurlah ! Emy tidak perlu membenci Datuk Hisyam lagi dan dia juga bersyukur
kerana Emy memahami isi hatinya . Dia menarik Emy ke dalam dakapannya bagi
menenangkan gadis itu . Dia tahu bahawa Emy takut jikalau bekas suaminya
mempergunakan anak mereka tetapi dia nekad , walauapapun terjadi dia tidak akan
membiarkan Emy pergi . Dia sayangkan anaknya !
Bab 17
Erin
menyediakan pakaian suaminya di tempat biasa . Setelah itu , dia berjalan ke
arah dapur untuk menyediakan sarapan pagi di meja makan . Dia masih lagi
memikirkan soal pertanyaan suaminya mengenai peluang kedua atau terakhir yang
diberikan kepada suaminya . Dalam sibuk memasak di dapur , tiba-tiba dia
seolah-olah ditarik dari arah belakang . Engku Shahrizal sempat memeluk
isterinya dengan rasa senang hati .
Dia mula
menyembunyikan mukanya dengan penuh rasa malu . Indahnya jikalau suaminya dapat
bersama dengannya setiap hari . Dia dapat merasakan perasaan cinta itu sedikit
demi sedikit mengetuk pintu hatinya tetapi hatinya masih belum terbuka . Engku
mengucup pipi kanan isterinya tanda dia benar-benar sayang akan isterinya
sendiri .
Pipi Erin
merona merah sebaik sahaja Engku bertindak berani sebegitu . Dia tidak selesa
apabila diperlakukan sebegitu tetapi dia berasa senang hati melihat suaminya
yang begitu sayang dan cinta padanya .
“Boleh abang
lepaskan Erin ? Erin nak masak ni ..nanti tak sempat pergi kerja pula” Erin
mengusik suaminya .
“Yalah
sayang ...”
Engku
meleraikan pelukannya . Dia menuju ke arah meja makan sambil menunggu sarapan
pagi untuk disiapkan . Erin mula menyediakan sarapan pagi lalu dihidangkan di
atas meja . Kemudian , dia menyiapkan teh panas tetapi malangnya di saat dia
hendak mengambil cerek panas , tangannya terkena pada luaran cerek tersebut .
Panas ! Erin hanya mampu menahan kesakitan .
Engku segera
ke dapur untuk melihat apa yang berlaku . Tangan kanan Erin semakin merah akibat
terkenan luaran cerek air tersebut .
“Kenapa
boleh terkena cerek ni ? Nasib baik tak terkenan air panas ....mari abang
letakkan ubat” Engku menarik lembut tangan isterinya . Erin terdorong ke arah
sofa .
“Abang ..tak
apalah . Lagipun , nanti kita lambat pergi kerja ...” ujar isterinya .
“Mana boleh
! Abang tak nak isteri abang terluka sedikit pun” Engku berkata dengan nada
tegas .
Dia menyapu
ubat di lengan kanan di mana tangan isterinya terkenan pada cerek panas . Erin
tersenyum melihat keprihatinan suaminya . Meskipun sedikit sahaja luka tercalar
di badannya , Engku yang mengubatnya . Dia kagum melihat suaminya . Engku
meletakkan ubat di tempat asal . Dia mula berasa aneh melihat isterinya yang
sedang memandang ke arahnya . Ada apa-apa ke ni ?
“Sayang
..kenapa pandang abang macam tu ? Ada yang tak kena ke dekat muka abang ?”Engku
mula memeriksa mukanya . Dia tak hensem ke ? Dia tak macho ke ? Erin tergelak
kecil melihat gelagat suaminya .
“Terima
kasih abang ..abang prihatin sangat terhadap Erin” Erin tersenyum bahagia .
Patutlah !
Dia ingatkan isterinya akan memuji dia pada hari tersebut tetapi sayang
isterinya mengatakan perkara lain pula . Namun , Engku masih kekal tersenyum
apabila mendengar ucapan tersebut dari mulut isterinya .
“Dahlah
...kita ni dah jadi pelakon drama pulak kan ? Jom sarapan ...abang dah lapar
dah ni ..tapi biar kali ni abang yang sediakan minuman okay ?”Engku mengusap
lembut pipi isterinya lalu menuju ke arah dapur . Dia mahu menolong isterinya
meskipun luka Cuma sedikit .
Erin kembali
duduk di kerusi yang terletak di meja makan . Engku mula menyuapkan ‘sandwich’
ke dalam mulut isterinya . Begitu baik layanan suaminya terhadap dirinya
sehingga dia berasa sedang jatuh cinta . Alahai , hati ! Mengapa begitu mudah
dia jatuh hati ? Erin pula menyuapkan suaminya beberapa kuih yang telah dibeli
semalam . Engku tersenyum lebar melihat isterinya .
Engku
Shahrizal mula menghantar isterinya ke tempat kerja seperti biasa . Erin mahu
melangkah keluar dari perut kereta tetapi malangnya dia dihalang oleh suaminya
. Engku menarik lembut tangan Erin lalu dipeluk isterinya . Dia mahu melepaskan
rindunya sebelum dia berangkat ke tampat kerjanya . Erin mula berasa aneh ! Ni
nak ambil kesempatan ke atau gatal ?!
“Abang suka
sangat peluk sayang ....”bisik suaminya .
“Kenapa
?”tanya Erin yang ingin tahu .
“Abang nak
lepaskan rindu abang ...tak salahkan ?”usik suaminya .
“Issh !
Abang ni , nanti orang tengoklah ..malu Erin . Dahlah , Erin pergi dulu ya
?”Erin berkata lagi .
Erin
meleraikan pelukannya dari suaminya sendiri . Dia segera bersalam dengan
suaminya sebelum dia melangkah pergi . Engku pula mengucup dahi isterinya
dengan lembut sebelum dia melangkah pergi . Alahai bahagianya ! Dia seolah-olah
tengah dilamun cinta . Engku tersenyum melihat isterinya yang tersenyum ke
arahnya sebelum dia memandu kereta pergi .
Erin masuk
ke dalam bilik kerjanya dengan perasaan bahagia . Dia memegang kedua-dua belah
pipinya sambil tersenyum . Amira yang baru sahaja masuk agak terkejut melihat
keadaan Erin . Aik ? Gila ke bos aku ni ? Ke sewel ? Erin masih tidak berhenti
tersenyum kerana dia sama sekali tidak menyedari kehadiran pembantunya . Errkkk
! Amira tidak tahu apa yang patut dia lakukan . Nak tegur ke ?
Erin terus
berhenti tersenyum lalu mengambil fail kerjanya seolah-olah dia sedang membuat
kerja . Padahal tak pun ! Amira tergelak kecil melihat gelagat Erin . Erin
berdehem sambil memandang serius ke arah Amira . Senyuman Amira mati sebaik
sahaja melihat muka Erin yang begitu serius .
“Err..bos
....Datin Maimunah suruh hantar baju pengantin anaknya pada hari Jumaat ni
sebab hari Ahad ni wedding anak dia” jelas Amira .
“Baiklah
..tu aja ke ?”tanya Erin .
“Err... awak
dah tak ada masalah ke ?”tanya Amira yang ingin tahu .
“Alhamdulilah
, masalah saya dah selesai . Terima kasih , Mira...”
Amira
tersenyum . Dia meminta diri untuk keluar setelah mendengar berita baik
daripada Erin sendiri . Erin mula menyiapkan rekaan baju pengantin bagi
memasuki pertandingan yang dianjurkan oleh majalah Pengantin . Erin cuba
menyiapkan juga pada hari tersebut kerana dia tidak mahu menangguhkan kerja .
ERIN berasa
aneh melihat suaminya yang berada di sebelahnya . Ke mana suaminya hendak
membawa dia pergi ? Ini bukan jalan
balik ke rumah mereka . Erin tertanya-tanya , agaknya apa lagi kejutan yang
mahu diberikan oleh suaminya ? Erin memandah aneh ke arah suaminya yang sedang
masih fokus memandu tetapi tetap tersenyum . Dah macam gila bayang adalah !
Namun , dia juga tetap sama seperti suaminya . Angau !
Dulu , waktu
dia bercinta pada zaman persekolahan , dia tidak pula mengalami masalah angau
ketika bercinta tetapi apabila dia berkahwin dengan Engku , angau tu datang
balik ! Erin , Erin , Erin ...itulah yang dinamakan cinta ! Cinta yang datang
dari hati dan cinta yang sedang mengetuk pintu hati kau .
Engku
Shahrizal memberhentikan keretanya sebaik sahaja tiba di sebuah taman . Erin
tersentak dari lamunan sebaik sahaja Engku menekan brek . Dia melangkah keluar
dari perut kereta suaminya lalu memandang ke arah taman yang cukup indah
diserikan lagi dengan tasik yang bersih .
Engku
menyentuh lembut tangan isterinya lalu dipaut . Dia mahu berjalan beriringan
dengan isterinya ke sebuah bangku yang berhampiran dengan tasik tersebut . Erin
berasa sedikit tenang dan selesa ketika berada di situ . Engku memandang ke
arah isterinya yang masih termenung dan tersenyum keseorangan .
“Orang kata
kalau kita tersenyum sepanjang masa .... boleh jadi gila tahu tak ?”Engku mula
mengusik isterinya .
“Eleh
..padahal dia pun sama ! Tersengih 24 jam sambil memandu kereta ...Erin ingat
abang dah kena penyakit angau tadi” ejek Erin .
Engku
mencubit lembut pipi isterinya yang sedikit gebu . Comel sungguh isterinya !
Erin mula terpaksa menahan sakit akibat cubitan pipinya . Engku memegang tangan
isterinya kembali .
“Abang
tersenyum pun sebab abang dah gilakan sayang . Abang dah rasa macam abang ni
dah gila bayang . Bila abang dekat tempat kerja pun , abang teringatkan sayang
. Bila abang dekat luar pun , abang teringatkan sayang . Agaknya macam mana
abang boleh jadi macam ni ya ? Erin santau abang ke ? Tu yang abang dah jadi
gila dengan sayang ?”Engku sengaja mengenakan isterinya .
“Abang ! Tak
baik tau ..benda tu berdosa ! Santau ? Apa tak ada kerja lain ke selain
daripada Erin nak santau abang ? Tak ada maknannya ! Lagipun , abang sebenarnya
gatal ! Yalah , lelaki kaki perempuan ni biasanya gatal dengan perempuan yang
dia betul-betul suka ...”perli isterinya .
“Sayang
..dahlah jangan cakap pasal tu lagi ya ? Itu kan masa lalu abang ? Lagipun ,
abang dah lupakan sejarah hitam tu dan setiap malam abang nak berada dengan
sayang aja dekat dalam bilik” Engku mengenyitkan matanya sambil mendekatkan
dirinya dengan Erin .
Sudah !
Penyakit angau dah datang balik ! Habislah , kau Erin ! Erin mengangkat
keningnya lalu mencebik . Miang ! Gatal ! Itu sahajalah perkara yang mampu dia
kata pada ketika itu dan dia segera mencubit lengan kanan suaminya .
“Gatal !”
“Sakitlah
sayang ! Habis merah lengan abang , sayang cubit” Engku mula mengusap
lengannnya yang baru sahaja dicubit oleh isterinya .
“Padan muka
! Siapa suruh gatal sangat ?”
“Ala ..abang
gatal pun dengan sayang aja ...”balas suaminya dengan senyuman nakal .
Erin memberi
jelingan yang cukup tajam . Engku Shahrizal tersenyum melihat gelagat isterinya
. Nakal juga Erin ! Jikalau dia mengusik isterinya , pasti ada sahaja balasan
yang dia akan dapat . Dia segera memeluk bahu isterinya sambil tersenyum . Erin
membalas senyuman suaminya . Dia tahu bahawa suaminya sudah berubah dan dia
juga cukup bersyukur . Mereka memandang ke arah tasik yang cukup indah .
Engku
Shahrizal sempat pula menunjuk ke arah beberapa itik-itik yang berada di tasik
tersebut . Ternyata tasik tersebut dijaga dan penjaga tersebut juga memberi
makanan kepada itik di situ . Erin tersenyum bahagia . Cukup bahagia ! Mereka
berdua berjalan di sekeliling tasik .
Terdapat
beberapa buah pokok yang rendang menghiasi kawasan taman tersebut . Dapat
dilihat kanak-kanak bermain di tempat permainan . Engku dapat melihat reaksi
wajah isterinya yang betul-betul sukakan budak –budak . Dia juga sukakan
budak-budak tetapi dia tahu bahawa isterinya masih belum bersedia .
“Erin tak
teringin ke nak ada anak ? Mesti comel anak kita kan ?”Engku Shahrizal sengaja
mengusik isterinya .
Erin
tersenyum .
“Ya ...Erin
teringin sangat tapi sekarang bukan masa yang sesuai” Erin menjawab dengan nada
lemah .
“Abang tahu
....”
“Terima
kasih sebab faham dengan situasi Erin , abang ...”
Erin
memandang ke arah suaminya sambil tersenyum . Engku Shahrizal memeluk bahu
isterinya dengan lembut . Dia mahu Erin tahu bahawa dia begitu menyayangi
isterinya dan dia sanggup menunggu beribu tahu asalkan Erin tidak tinggalkannya
. Itu saja ! Engku percaya bahawa Erin lah jodoh yang tepat buatnya . Dia tidak
mahu sesiapa pun yang menggantikan Erin dalam hidupnya .
Erin berasa
bahagia sekali apabila mendengar jawapan suaminya . Ternyata Engku lebih
mengerti apa yang dia rasa . Sedikit demi sedikit dia mampu menerima Engku
Shahrizal meskipun dia tahu sebelum ini suaminya pernah menipunya tetapi
sekarang dia betul-betul percayakan suaminya . Dia yakin bahawa suaminya tidak
akan menipunya ! Namun , jauh di sudut hatinya dia masih terfikir , adakah
Engku adalah jodohnya yang sebenar ?
EMY segera
menghubungi kakaknya iaitu Erin . Dia tidak tahu apa yang patut dia buat jadi
hanya kakaknya sahaja yang mampu membantunya ketika itu . Antara kecewa dan
juga sengsara semuanya sama sahaja baginya ! Dia begitu sayangkan ibunya
sehingga dia tidak mampu melepaskan ibunya . Dia ingin menanyakan pendapat
kakaknya soal masa hadapannya .
Erin
menjawab panggilan daripada Emy . Syukurlah ! Hilang sedikit rasa rindunya
terhadap adiknya yang sudah lama dia tidak hubungi . Dia dapat mengagak bahawa
Emy pasti ada sesuatu yang mahu diminta .
“Assalamualaikum
, kak ...”
“Waalaikumussalam
...ya dik ? Ada apa ?”
“Sebenarnya
, adik nak tanya sesuatu dekat akak ..boleh ke ?”tanya Emy dengan sopan .
“Apa dia ?
Tanyalah ...
“Ibu ...baru
jumpa dengan ayah tadi dan Emy rasa ayah nak rampas hak penjagaan Emy daripada
ibu . Emy nak minta tolong daripada akak untuk jumpa dengan ayah dan pujuk ayah
agar tak berbuat demikian . Kakak tahu kan yang ibu akan menderita kalau dia
hidup berseorangan ? Jadi , Emy minta tolong daripada akak ..boleh kan ?” Emy
bersuara lemah .
Erin
terkejut mendengarnya . Air matanya gugur akibat mendengar semua itu daripada
mulut adiknya sendiri . Sanggup ayahnya berbuat sedemikian kepada ibunya
sendiri . Dia menekup mulut menahan tangisan . Emy dapat mendengar suara
tangisan kakaknya melalui corong telefon . Dia juga sedih kerana dia yang
menjadi mangsa ! Dia tidak mahu menjadi barang permainan ayahnya !
Erin
mengesat tangisannya kembali . Dia mahu tabah dan dia tetap akan cuba kuatkan
semangat untuk menyelesaikan masalah keluarganya . Satu persatu ujian yang
diberikan tetapi dia masih tidak mampu bertahan sehingga kini dia berasa
sengsara kerana ayahnya sendiri tetapi dia tidak menyalahkan ayahnya . Ini
semua kerana takdir ! Dia harus menerimanya dengan redha . Meskipun begitu
berat ujian yang harus dia tempuh , dia tetap akan bersabar dan tabah .
“Allah
tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” surah Al
–Baqarah ayat 286
“Baiklah
...akak akan jumpa dengan ayah , Emy jangan risau ya ? Kakak yang akan
selesaikan masalah ni dengan ayah ...” Erin tidak mahu merisaukan adiknya
sendiri . Namun ,dia terfikir mengapa agaknya ibunya langsung tidak memberitahu
perkara ini ? Adakah tidak mahu menyusahkannya ?
“Maafkan Emy
kerana banyak menyusahkan akak ...”Emy bersuara sebak .
“Tak mengapa
. Apapun , jangan bagitahu ibu soal ni ya ? Biar akak yang uruskan . Emy dan
ibu Cuma perlu bersabar dan tunggu keputusannya” Erin berkata lagi .
“Baiklah
...terima kasih , kak”
Talian
dimatikan . Dia melepaskan keluhan berat . Hatinya berasa tersiksa mendengar
segala masalah yang dikatakan oleh adiknya sendiri . Ya Allah ! Berikanlah dia
kekuatan untuk menempuh segala ujian ini . Mengapa ayahnya tidak pernah berubah
? Mengapa ayahnya selalu mempergunakan dia dan juga Emy ? Erin Cuma mampu
berdoa dan berserah diri kepada Allah . Tawakal sahajalah salah satu cara untuk
dia bersabar .
Jikalau
inilah takdirnya , dia harus menerima dengan redha . Engku telah pun mendengar
segala perbualan di antara isterinya dan juga adik iparnya . Ya Allah ! Sungguh
tabah hati si isteri menyelesaikan segala masalah . Teguhnya hati Erin sehingga
tidak mahu menyusahkan orang lain . Dia tahu bahawa Erin akan merahsiakan hal
tersebut daripadanya tetapi dia tidak akan membiarkan Erin rasa kesunyian .
Dia
mendekati isterinya yang sedang termenung di balkoni . Erin segera mengesat air
matanya dan menyembunyikan perasaan sedihnya . Dia tersenyum melihat suaminya
kini berdiri bersebelahan dengannya . Engku tahu bahawa Erin bersedih . Dia
mahu menceriakan isterinya .
“Erin nak
tahu ...kalau kita menangis , nampak sangat kita ni lemah” Engku sengaja
mengusik.
Alamak ! Dia
nampak aku menangis ke ? Kantoi ! Tapi jangan haraplah dia nak beritahu perkara
sebenar kepada suaminya . Erin a.k.a Mrs. Secret ! Itulah yang selalu
digelarkan buat dirinya . Dia tidak mahu menyusahkan orang lain termasuk
suaminya sendiri .
“Bila masa
pula Erin menangis ? Lagipun , Erin lebih kuat daripada apa yang abang jangka”
Erin berkata lagi .
“Eleh ,
berlagak lebih lah isteri abang ni” Engku mengejek .
“Berlagak ?
Mana ada ! Erin Cuma nak buktikan yang Erin bukan lemah tapi Erin kuat macam
..macam ...
“Macam siapa
?”tanya suaminya .
“Macam abang
!” Erin mengenyitkan matanya sebelah ke arah suaminya .
Aik ! Ni nak
menggoda ke atau nak puji ? Erin tersenyum lebar . Kegelisahan mahupun
kerisauannya semuanya hilang dengan sekelip mata . Dia bersyukur kerana Engku
sentiasa ada buatnya . Lelaki itu selalu membuatkan dia ketawa dan bahagia .
Dia tidak pernah menyesal memiliki lelaki sebaik Engku .
Engku
tersenyum melihat keceriaan di wajah isterinya . Dia menarik lembut bahu
isterinya agar mendekatinya . Erin berasa sedikit tenang apabila Engku ada di
sisinya . Mereka berdua memandang antara satu sama lain . Engku mengusap lembut
pipi isterinya tanda dia benar-benar cinta dan sayang kepada isterinya .
USAI
mengerjakan solat isyak , Erin bersalaman dengan suaminya manakala Engku
mengucup lembut dahi isterinya . Dia menyentuh lembut kepala isterinya sambil
berdoa agar isterinya menjadi seorang isteri yang solehah dan kekal menjadi
miliknya . Erin tersenyum memandang wajah suaminya . Terasa syahdu sekali di
saat Engku memandang kedua-dua anak matanya .
Engku
membaringkan kepalanya di atas riba isterinya . Erin pula mengusap lembut dahi
isterinya yang sedikit luas . Engku mengenggam erat tangan isterinya yang masih
bertelekung dan di saat itu terbatal lah air sembahyang di antara mereka berdua
. Mata Erin yang cantik dan juga kesempurnaan akhlak isterinya membuatkan dia
berasa tenang dan selesa ketika bersama isterinya .
“Sayang ...
“Ya ?”tanya
Erin dengan lembut .
“Agaknya ,
Allah maafkan abang tak ? Yalah , abang dah banyak lakukan dosa besar dengan
minum arak , berfoya-foya dan juga membuang masa ...” Engku menjelaskan perkara
yang sudah menjadi sejarah silamnya .
“Allah itu
maha pengampun , abang . Dia akan memaafkan hambanya yang telah melakukan dosa
besar sekiranya hambanya bertaubat iaitu taubat nasuha . Insya Allah ...Allah
akan mengampunkan dosa abang ....” jawab isterinya .
Engku
tersenyum mendengarnya . Dia kembali bangun sambil menghadap wajah isterinya
yang ayu . Dia agaknya sudah gila ! Gilakan isterinya sehingga matanya tidak
lepas memandang wajah isterinya pada ketika itu . Syukurlah ! Sedikit demi
sedikit Erin boleh menerima dirinya . Dia masih setia mengenggam tangan
isterinya dengan lembut dan berharap agar Erin memandangnya .
Engku
menarik isterinya ke dalam dakapan . Erin tersenyum . Dapat dirasakan wajahnya
sudah merona merah apabila Engku menariknya ke dalam dakapan dengan erat .
Jantungnya berdegup kencang sehingga tidak dapat mengawal perasaannya .
“Maafkan
abang ya sayang ? Dulu , abang permainkan hati sayang sebab abang ingat sayang
sama macam perempuan yang abang kenal dulu tapi ...tak sangka Erin gadis yang
berlainan daripada gadis yang lain . Erin mengajar abang tentang kehidupan ,
agama dan juga percintaan . Abang berasa senang hati sebab memiliki isteri yang
selalu prihatin macam sayang ..maafkan abang kerana pernah mempermainkan hati
Erin ..maaf” ucapan maaf diucap berulang kali tanda dia benar-benar bersalah .
Bisikan
suaminya yang begitu menyentuh hatinya membuatkan dia berasa sebak mendengarnya
. Begitu tulus suaminya meminta maaf daripadanya . Dia tahu bahawa semua
manusia di dalam dunia ini tidak pernah sempurnan tetapi dia tahu bahawa
suaminya cuba menjadi yang terbaik . Dia bersyukur kerana suaminya sudah
kembali ke jalan Allah !
Engku
meleraikan pelukannya lalu berhadapan dengan isterinya . Erin masih lagi
menunduk malu . Engku tersenyum . Dia mula mengangkat dagu isterinya dengan
lembut agar mata isterinya memandang ke arahnya . Erin kembali memandang anak
mata suaminya dengan berani .
Engku
Shahrizal cuba mendekati bibirnya dengan bibir isterinya tetapi Erin pantas
menolak lembut dada suaminya . Dia
segera mengelak . Dia masih tidak bersedia dengan apa yang hendak suaminya
lakukan . Engku menarik lembut tangan isterinya yang berjaya menghalang
perbuatannya . Akhirnya , bibir Erin berjaya dikucup oleh suaminya . Erin
terpanar . Jantungnya berdegup kencang . Ya Allah ! Adakah dia sedang jatuh
cinta ?

No comments:
Post a Comment