Bab 14
Erin tidak
dapat melakukan kerjanya dengan fokus sebaik sahaja teringatkan suaminya . Apa
yang sepatutnya dia lakukan ? Dia benar-benar takut jikalau suaminya tidak
dapat menerima bahawa dia masih belum dapat mencintai suaminya sepenuhnya . Dia
memandang ke arah cincin perkahwinan yang tersarung di jari manis miliknya .
Dia melepaskan keluhan berat apabila mula berasa ada yang tak kena .
Amira iaitu
pembantu peribadinya masuk ke dalam bilik kerjanya sebaik sahaja dia dipanggil
masuk . Amira mula memberi laporan kerja mengenai rekaan fesyen yang terbaru .
Dia agak terkejut melihat Erin tidak dapat kekal fokus dengan kerja . Kenapa
dengan Erin ? Patutkah dia tanya ?
“Err...Erin
...kau ni dah kenapa ? Macam ada masalah aja ?”tanya Amira dengan penuh
prihatin .
Erin
melepaskan keluhan berat . Patutkah dia ceritakan masalah rumah tangganya
kepada orang lain ? Patutkah dia melepaskan rasa bebannya kepada orang lain ?
Dia tidak tahu dan dia juga buntu . Amira mula mengambil tempat duduk
berhadapan dengan Erin setelah melihat keadaan Erin yang tidak tentu arah .
“Aku akan
bantu kau selagi aku termampu , Erin . Ceritakanlah masalah kau dan aku janji
yang aku takkan ceritakan dekat sesiapa pun . Kita kan kawan ? Kawan sepatutnya
membantu kawan yang berada dalam keadaan susah ...ceritalah Erin” Amira
mengenggam erat tangan Erin untuk disalurkan kekuatan buat gadis itu .
“Aku nak
tanya kau lah kan ? Apa yang kau rasa jikalau kau ditipu oleh seorang lelaki .
Lelaki tu cakap yang dia cintakan kau tapi dia tak dapat cintakan kau
disebabkan masalah lalunya atau masalah lain . Apa pendapat kau ?”soal Erin
yang ingin tahu .
“Hmmm..bagi
aku , aku akan rasa kecewa sangat . Yalah , mati-mati aku ingat dia cintakan
aku tetapi tak ! Sakitlah hati aku ..”balas Amira .
Kini Erin
sendiri terasa dengan apa yang dia cakap . Amira mula berasa aneh apabila
melihat kerutan muka Erin . Dia tahu bahawa Erin mempunyai masalah tetapi ada
kaitan ke dengan apa yang dia ceritakan ? Ada kaitan ke dengan pendapatnya
sebentar tadi ? Erin memandnag semula ke arah Amira .
Dia membalas
genggaman tangan Amira . Dia berasa bersyukur kerana masih lagi ada ornag yang
mahu mendengar masalahnya . Amira sahajalah yang boleh dipercayai ! Dia
berharpa benar agar Amira dapat menolongnya jikalau dia ada masalah .
“Thanks
Amira ...” Erin tersenyum .
“You’re
welcome ...dahlah , aku nak masuk kerja dulu” Amira berkata .
Erin
mengangguk . Amira berlalu pergi meninggalkan Erin di dalam bilik tersebut .
Dia tahu bahawa Erin tidak akan menceritakan segala-galanya tetapi dia sudah
cukup senang hati kerana dapat membantu Erin serba sedikit .
Erin pula
masih tidak dapat melupakan masalahnya sendiri . Dia berasa sedikit lega kerana
dapat melepaskan sedikit bebannya kepada orang lain . Dia melepaskan keluhan
berat sambil memikirkan suaminya . Adakah dia patut berterus terang ?
ENGKU
SHAHRIZAL masuk ke dalam kamarnya sebaik sahaja tiba di rumah . Isterinya pula
berehat di sofa yang terletak di dalam bilik mereka . Engku mula melabuhkan
punggungnya bersebelahan dengan isterinya . Erin memandang suaminya dengan
penuh tanda tanya . Apa yang suaminya inginkan ? Tiba-tiba Engku mengeluarkan
sekotak cincin lalu diberikan kepada Erin . Erin terkejut !
Sekali lagi
dia rasa bersalah dan tidak dapatut menerima semua itu . Dia telah berbohong
kepada suaminya . Dia telah menjadi penipu dan menjadi seornag isteri yang
zalim kerana telah menyakiti hati suaminya sendiri . Dia memandang dalam
sepasang mata milik suaminya dengan penuh harapan agar suaminya tidak
mengharapkan cintanya yang masih belum pasti.
“Abang ...
“Abang nak
Erin pakai cincin ni ..cincin sebagai tanda percintaan kita bermula” Engku
tersenyum sambil mengeluarkan cincin tersebut .
Engku cuba
memakai cincin ke jari manis isterinya tetapi Erin menarik tangannya kembali .
Sepatutnya dia berterus terang daripada awal lagi ! Dia benar-benar menyesal .
Engku memandang aneh ke arah isterinya . Mengapa isterinya menolak ? Apa yang
sudah berlaku sebenarnya ?
“Erin tipu
abang ...”jujur Erin mengatakannya .
“Apa ni Erin
? A..abang tak faham”Engku berkata lagi .
“Erin
...Erin masih belum cintakan abang . Perasaan Erin terhadap abang hanya sekadar
sayang sebagai seorang kawan . Erin tak mampu mencintai abang sama seperti
abang mencintai Erin tapi dalam masa yang sam Erin juga tak nak kehilangan
abang ...maafkan Erin kerana tipu abang” air mata Erin mengalir jua .
Engku
bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia dengar . Jadi semuanya adalah
penipuan ? Jadi selama ini isterinya hanya mampu sayang kepadanya ? Dia begitu
hampa sekali mendengar jawapan isterinya . Cincin yang dipegang sebentar tadi
terjatuh serta-merta ibarat gugurnya hati sang suami mendengar semua itu . Dia
begitu kecewa ! Mengapa Erin sanggup menipunya ? Mengapa Erin sanggup melukakan
hatinya ?
Erin
menyentuh lembut tangan suaminya tetapi Engku segera bangkit tanda dia
benar-benar marah . Dia melepaskan tangan Erin dari pegangannya . Dia tidak
mampu melihat isterinya sendiri pada ketika itu . Hatinya terluka !Engku
melangkah ke arah pintu bilik mereka tetapi dihalang oleh Erin . Erin segera
menangkap tangan kanan suaminya lalu dia melutut seakan-akan meminta maaf
dengan apa yang telah dia lakukan . Air matanya masih setia mengalir .
“Abang
..ampunkan Erin . Erin tahu Erin dah berdosa tetapi Erin tak mampu abang
....ampunkan Erin sebab dah menipu abang . Abang ..Erin ...
“Kalau nak
jaga hati abang sekalipun ...tak perlulah sampai menipu ! Abang terluka sebab
Erin sanggup menipu abang ! Abang tahu abang tak sempurna ! Abang kaki botol ,
kaki perempuan dan suka permainkan wanita kan ?! Atau sebab Erin sangkakan yang
abang pernah sentuh wanita lain ?! Sebab tu Erin tak mampu cintakan abang
?!”Engku membuat andai sebegitu sehingga Erin juga terasa mendengarnya .
“Abang !
Erin tak pernah pun anggap abang macam tu ..Erin ..Erin Cuma ...
“Untuk
pengetahuan Erin , abang tak pernah sentuh mana-mana perempuan dalam dunia ni
dan untuk pengetahuan Erin , Erin sahajalah wanita yang abang percaya dan Erin
sahajalah yang abang cinta . Tapi tak sangka Erin dah hancurkan cinta abang
...abang kecewa sangat Erin ...” Engku berlalu pergi meninggalkan isterinya .
Dia perlukan
masa untuk menenangkan dirinya . Erin hanya mampu melihat suaminya pergi
meninggalkannya dan apa yang menyedihkannya ialah suaminya tidak dapat menerima
semua itu . Bukankah suaminya berjanji bahawa akan menunggunya ? Mengapa Engku
sama sekali tidak menunaikannya janji ?
Terlukanya
hati sang suami sehingga menusuk ke dalam hatinya . Engku tidak tahu apa yang
patut dia lakukan lagi . Semua yang dilakukan tidak berhasil dan isterinya
langsung tidak jatuh cinta padanya . Dia kecewa ! Dulu , sekali dia petik jari
, berduyun yang berbaris untuk memikatnya tetapi Erin benar-benar lain daripada
gadis yang lain . Adakah memang benar Erin isterinya ?
ERIN nekad
untuk mencari suaminya tetapi malangnya kereta pula tiada . Dia mula melangkah
keluar dari rumah untuk mencari suaminya sendiri . Dia yakin bahawa suaminya
takkan pergi jauh dan dia juga yakin bahawa Engku tidak akan meninggalkannya
sebegitu . Di saat dia berjalan ke arah sesuatu tempat , dia terkejut mendengar
bunyi guruh dari langit menandakan bahawa hari akan hujan . Erin sama sekali
tidak takut ! Dia harus juga mencari suaminya tak kira walau apa cara sekalipun
!
Hujan mula
turun membasahi bumi Malaysia . Erin pula terlupa hendak membawa payung ketika
dia keluar dari rumah . Dia Cuma memikirkan suaminya . Dia mahu menjelaskan
semuanya kepada Engku . Hatinya tidak akan tenang jikalau dia memikirkan segala
penipuannya terhadap suaminya .
Erin
akhirnya dibasahi hujan yang lebat . Dia benar-benar kesejukan lalu dia mencari
tempat untuk berteduh . Tangannya mengigil kesejukan hanya dia sahaja yang tahu
. Dia mula duduk di perhentian bas sambil memeluk tubuhnya . Sejuknya dapat
dirasa sehingga kakinya berasa kebas sekali .
“Abang
...mana abang ?”Erin bersuara lemah .
Engku
Shahrizal yang baru sahaja pulang dari tasik agak terkejut melihat pagar dan
pintu rumah dikunci . Ke mana isterinya pergi ? Takkan larikan diri kut ? Hujan
semakin lebat . Engku segera masuk ke dalam perut kereta dan dia berniat untuk
mencari isterinya di sekitar kawasan perumahan mereka .
Keretanya
mula berhenti apabila Engku sendiri melihat seornag gadis sudah terbaring di
tempat duduk yang terletak di perhentian bas . Gadis itu menggigil kesejukan .
Dia tahu bahawa gadis itu merupakan isterinya . Dia segera keluar mendapatkan
isterinya yang sudah terketar-ketar . Sejuk tangannya kian terasa .
“Erin
..pandang abang ! Pandang abang , Erin !”
Engku
menampar lembut pipi isterinya agar Erin sedar tetapi malangnya mati isterinya
hanya mampu terbuka separuh . Erin hanya mampu melihat wajah seseorang di
hadapannya buat sementara . Dia sudah tidak mampu berjalan lagi dengan keadaan
menggigil mahupun kesejukan yang menimpa buat dirinya .
Tanpa
melengahkan masa , Engku segera mencempung badan isterinya masuk ke dalam
keretanya . Dia segera membawa isterinya ke rumah mereka kembali . Dia
mencempung badan isterinya ke dalam bilik mereka . Pada saat itu , Erin Cuma
mampu berdoa agar kesejukan dirinya tidak melampau . Erin agak terkejut apabila
suaminya cuba melakukan sesuatu .
“Tolong
..jangan apa-apa kan Erin ..abang ...Erin belum bersedia” Erin berkata dengan
nada sebak .
“Abang tak
buat apa yang Erin tak suka . Abang Cuma tak nak Erin sejuk dan Erin mesti kena
tukar pakaian ..pakaian Erin dah basah . Abang tak nak suhu badan Erin
meningkat” Engku memberi alasan yang kukuh .
“Tak ! Abang
tak boleh ! Biar Erin aja yang uruskan ..biar Erin ...
Engku segera
menarik isterinya ke dalam dakapannya . Dia takut jikalau isterinya sakit dan
dia juga risau akan kesihatan isterinya . Erin tidak mampu menolak pelukan
suaminya dalam keadaannya sebegitu . Bibirnya diketap perlahan . Engku segera
meleraikan pelukan lalu memandang wajah isterinya yang kian pucat .
“Abang tak
nak Erin terus sakit macam ni ! Abang takkan biarkan Erin tinggalkan abang !
Izinkan abang , Erin” Engku berbisik perlahan di telinga isterinya . Erin
kembali memandang anak mata suaminya . Dia takut ! Engku mengenggam erat tangan
isterinya dan berharap agar isterinya percaya padanya untuk kali ini sahaja .
Dia lakukan semua ini demi menyelamatkan nyawa isterinya . Dia tiada niat lain
!
Erin hanya
mampu mengangguk . Dia mengizinkan suaminya menukar pakaian yang basah dengan
pakaian yang kering buatnya . Engku mula mengambil kain yang bersaiz kecil lalu
dibasahkan untuk diletakkan di dahi isterinya yang semakin panas . Dia mula
bergerak ke dapur untuk menyediakan bubur . Mujurlah Puan Latifah pernah
mengajarnya cara-cara memasak bubur . Itu pun disebabkan Azman yang sedang
sakit !
Setelah dia
memasak bubur , dia bergegas kembali ke bilik mereka . Dia membawa bubur lalu
diletakkan di atas meja kecil yang bersebelahan dengan katil mereka . Engku
membantu Erin bangun untuk diberikan ubat agar isterinya menelan ubat tersebut
dan memakan bubur . Kemudian , Engku membaringkan isterinya kembali lalu diselmutkan
isterinya dengan comforter .
Erin
melelapkan matanya . Dia benar-benar letih dan penat untuk bergerak . Engku
dapat melihat wajah isterinya yang semakin pucat . Dia mula menghubungi
pembantunya yang masih berada di pejabat .
“Ida ...saya
ambil cuti esok , saya ada hal”
“Baiklah ,
Encik Shah”
Talian
dimatikan sebaik sahaja dia memberitahu pekerjanya mengenai surat cuti untuk
esok . Dia kembali melihat wajah isterinya yang pucat lesu . Dia berasa kasihan
dan juga serba salah dengan apa yang telah berlaku kepada isterinya . Pasti
Erin hendak menjelaskan apa yang telah berlaku dan pasti Erin hendak memujuknya
. Dia tahu bahawa Erin tidak bersedia mencintainya tetapi kenapa dia berasa
tersiksa sekali ?
Dia mula
mengusap lembut wajah isterinya dengan penuh kasih sayang . Kemudian , dikucup
dahi isterinya dan berdoa agar Erin membuka pintu hati untuknya . Dia tidak
mahu Erin melepaskannya dan dia tidak mahu Erin meninggalkannya . Dia perlukan
Erin dalam hidupnya . Isterinya itu umpama nafas dalam hidupnya . Engku
berbaring bersebelahan dengan isterinya lalu didakap erat agar dapat
menghilangkan penyakit demam isterinya .
MATANYA
dibuka perlahan . Dia segera bangun daripada pembaringannya apabila berasa loya
. Erin bergegas ke tandas lalu dia muntah secara tiba-tiba . Sakit sekali !
Tekaknya benar-benar sakit begitu juga dengan kepalanya . Dia mula menyentuh
dahinya dengan lembut dan ternyata dahinya begitu panas sekali . Apa yang patut
dia buat ? Sekali lagi dia muntah dan kali ini muntahnya semakin teruk dan
menjadi-jadi . Erin seakan-akan mahu menangiskerana tekakknya bertambah sakit .
Ya Allah ! Erin mengucap di dalam hati .
Engku agak
terkejut melihat isterinya tiada di sebelahnya . Dia mencari kelibat isterinya
dan ternyata Erin berada di dalam tandas . Sekali lagi dia mendengar bunyi
suara isterinya yang sedang muntah ! Engku segera mengetuk kamar mandi kerana
mula berasa aneh mendengar suara isterinya yang seperti hendak menangis .
Erin keluar
sebaik sahaja membersihkan mulutnya dan juga muntah darahnya .Engku dapat
melihat wajah isterinya semakin teruk dan pucat . Engku membantu isterinya
berjalan tetapi sekali lagi Erin masuk ke dalam tandas .
Engku
terkejut melihat isterinya muntah dengan teruk sehingga terdapat beberapa
titisan darah yang terkeluar dari mulut isterinya . Engku segera membantu isterinya berjalan dan
dia juga mengusap lembut bibir isterinya . Keadaan isterinya sudah semakin
teruk ! Dia perlu menghantar Erin ke hospital dengan segera .
“Mari abang
hantar Erin ke hospital ..keadaan Erin betul-betul teruk” Engku berkata lagi
sambil memapah isterinya .
“Tak perlu !
Erin okay ..abang pergilah kerja . Erin tak nak susahkan abang ...” Erin
berkata lagi .
“Erin
..abang ambil cuti hari ni jadi Erin tak perlulah risau . Sekarang ni , kita pergi
hospital sekarang juga !” Engku berkata dengan nada tegas .
Engku segera
mencempung badan isterinya apabila melihat keadaan isterinya yang lemah
berjalan . Erin tidak mampu bersuara lagi . Tekaknya sudah sakit untuk
melepaskan suara yang masih ada . Engku mula memandu kereta dengan laju . Dia
sudah tidak pedulikan keselamatannya tetapi dia benar-benar khuatir dengan
kesihatan isterinya .
Sesampai
sahaja di hospital , Erin dibawa masuk ke dalam wad . Engku hanya mampu
menunggu di ruang menunggu . Dia benar-benar takut jikalau ada apa-apa yang
terjadi kepada isterinya . Dia Cuma mampu berdoa agar isterinya selamat dirawat
. Dia mula menghubungi ibu mertuanya dan khabarkan berita tersebut kepada ibu
mertuanya .
Setelah
doktor keluar , Engku terkejut ! Ternyata Doktor Amir yang merawat isterinya
dan baru dia teringat bahawa hospital tersebut merupakan hospital di mana Amir
bekerja . Kalau boleh dia tidak mahu melihat wajah lelaki itu tetapi dalam
keadaan terpaksa dia harus juga bertemu dengan lelaki itu .
“Macam mana
dengan keadaan Erin ?”soal Engku yang bernada serius .
“Kau tak
perlu risau ..Erin Cuma kekurangan air di dalam badan . Tekaknya juga akan
membaik setelah diberi ubat . Apapun Erin perlukan rehat yang cukup untuk
sembuh”Amir berkata lagi .
“Ermm..terima
kasih” Engku bersuara .
“Sama-sama”
Engku segera
masuk ke dalam bilik rawatan isterinya . Doktor Amir hanya mampu melihat Engku
masuk ke dalam bilik rawatan Erin . Dia tahu bahawa Erin mencintai Engku tetapi
Erin sahaja yang tidak sedar .Patutkah dia melepaskan Erin ? Patutkah dia
berputus asa sedangakan dia sudah lama menunggu Erin ? Dia melepaskan keluhan
berat .
Engku
mengenggam erat tangan isterinya . Dia mahu berada di sisi Erin tidak kira
susah mahupun senang . Dia tidak tahu mengapa begitu sukar Erin hendak menerima
cintanya sedangkan dia setia .
“ABANG ...”
Erin bersuara perlahan sebaik sahaja sedarkan diri . Erin berasa sedikit
terharu apabila suaminya menjaga dia sepanjang hari . Engku bangkit daripada
tidur tetapi dia masih kekal mengenggam erat tangan isterinya . Dia mula
membantu isterinya bangun lalu disandarkan di kepala katil .
Erin tidak
mampu bersuara . Tekaknya berasa sakit dan dia Cuma mampu berkata sedikit demi
sedikit . Tiba-tiba sahaja dia berasa sebak . Air matanya mengalir di saat dia
teringat bagaimana suaminya begitu prihatin terhadapnya sedankan dia ? Dia
hanya tahu menyakitkan hati suaminya dan menyusahkan Engku Shahrizal sendiri .
Engku sama
sekali tidak mengerti mengapa isterinya menangis tetapi dia mahu berada di sisi
isterinya di saat gadis itu terluka . Dia mula duduk di birai katil
bersebelahan dengan isterinya . Air mata isterinya dikesat perlahan .
“M..aafk..kan
Erin...”ucap isterinya .
Engku masih
tidak dapat memaafkan Erin soal cinta mereka tetapi dia juga berasa kasihan
apabila melihat keadaan isterinya . Dia hanya mampu tersenyum pahit . Dia tidak
mampu memberi sebarang jawapan pada ketika itu .
“Erin makan
dulu ya ? Abang suapkan ...”
Erin tahu
bahawa suaminya tidak akan memaafkannya dengan mudah . Dia hanya mampu
membiarkan suaminya menyuapkannya makanan ke dalam mulutnya . Setelah itu dia
membiarkan isterinya rehat seketika . Di saat Engku hendak keluar , tangannya
dicengkam lembut oleh isterinya .
Engku
tersenyum pahit . Dia melepaskan tangan isterinya dari pegangannya . Erin
terluka apabila melihat suaminya sudah semakin jauh daripadanya . Dia memandang
ke arah luar tingkap pada ketika itu . Engku berjalan ke arah kafe yang
berdekatan untuk membeli makanan buat isteri dan dia sendiri .
Erin
terkejut apabila melihat Doktor Amir masuk ke dalam bilik rawatannya . Ketika
itu pemuda tersebut duduk bersebelahan dengannya . Erin tersenyum . Ternyata
Doktor Amir yang merawatnya .
“Awak okay
?”soal Amir .
“Si..sikit”ucap
Erin .
“Awak kena
banyak berehat ...dalam keadaan awak macam ni , macam-macam boleh jadi .Awak
kena selalu makan ubat dan selalu jaga kesihatan awak ..saya tak nak awak sakit
. Kecantikan awak pun dah berkurang disebabkan awak sakit” Doktor Amir mula
mengusik Erin . Erin tersenyum kecil .
“Baik..baiklah
..saya.saya akan dengar..cakap awak” Erin bersuara lemah .
“Apapun ,
saya berharap sangat awak cepat sembuh . Saya tak sanggup tengok awak terluka
dalam keadaan macam ni . Tapi kan ....awak
nak tahu tak , kalau awak sakit pun ..awak masih lagi cantik” Doktor Amir
memuji gadis itu lagi .
“Me..repek
lah !”Erin menyangkal .
“Eh !
Betullah ! Sebab tu saya sayangkan awak ...awak ..sayangkan saya tak ?”soal
Amir dengan serius .
“Am..amir
..janganlah buat lawak . Ta..tak ke..kelakar pun” Erin berharap agar apa yang
dikatakan oleh Amir hanyalah sekadar gurauan .
“Betul ,
Erin ! Saya betul-betul sayangkan awak ...awak sayangkan saya tak ? Saya nak
dengar jawapan dari mulut awak dan kalau jawapan awak ‘ya’ saya akan selalu ada
untuk awak dan saya berjanji akan buat apa sahaja yang awak inginkan..jadi awak
sayangkan saya tak , Erin ?”Doktor Amir berkata sekali lagi .
Erin
tergamam mendengarnya . Apa yang patut dia katakan ? Amir benar-benar menaruh
harapan buatnya tetapi dia juga tidak mahu mengecewakan Amir . Matanya
memandang ke arah anak mata milik Amir . Kelihatan lelaki itu benar-benar
memaksudkannya ! Engku yang baru sahaja hendak masuk ke dalam bilik rawatan
isterinya , berhenti melangkah .
Dia dapat
mendengar suara isterinya dan juga Amir . Apa yang menyakitkan hatinya ialah
Amir mula bersoal mengenai perasaan Erin terhadap Amir ! Di saat Amir hendak
menyentuh lembut wajah Erin , tiba-tiba pintu bilik rawatan Erin terbuka luas .
Erin dan Amir memandang ke arah muka pintu dan ternyata Engku Shahrizal yang
muncul !
No comments:
Post a Comment