Bab 12
Erin
menunggu kepulangan suaminya di rumah . Dia melihat jam dinding yang sudah
menunjukkan tepat jam 10 malam tetapi suaminya masih belum pulang . Dia mula
risau kerana takut jikalau ada apa-apa terjadi . Dia takut juga kalau suaminya
bertemu dengan Amir dan mereka berdua akan bergaduh . Erin tidak senang duduk .
Sejak dari tadi dia mundar-mandir di ruang tamu sambil mengenggam telefon
bimbitnya . Hatinya benar-benar tidak tenang ketika itu .
Erin takut
jikalau suaminya menganggap dia masih di tempat kerja kerana dia sudah pun
memberitahu suaminya bahawa dia tumpang kereta rakan sekerjanya untuk pulang ke
rumah kerana tidak mahu membebankan suaminya . Dia tersentak apabila mendengar
hon kereta dari arah luar rumah .
Segera dia
membuka pintu utama buat suaminya . Kelihatan Engku benar-benar letih dan dia
yakin bahawa suaminya sedang tertekan . Maklumlah , baru masuk kerja selepas
sahaja menikah . Erin segera mengucup telapak tangan suaminya sebagai tanda dia
hormat akan suaminya . Engku masih marah tetapi dia sukakan dengan perbuatan
isterinya . Erin menolong suaminya membawa beg kerja suaminya ke dalam kamar
mereka .
“Awak nak
minum ?”soal Erin dengan penuh prihatin .
Engku tidak
menjawab sebaliknya dia masuk ke dalam tandas untuk membersihkan dirinya . Erin
melepaskan keluhan berat . Dia pula menyediakan pakaian buat suaminya lalu
diletakkan di atas katil . Erin mula keluar dari bilik mereka dan singgah ke
bilik kerjanya bersebelahan dengan bilik mereka .
Erin berasa
sedikit tertekan dan rasa bersalah . Patutkah dia menjauhi Amir semata-mata
suaminya ? Kalau itulah yang dimahukan oleh suaminya , dia akan tunaikan ! Erin
keluar dari bilik tersebut sebaik sahaja memikirkan beberapa idea untuk baju
pengantin yang seterusnya . Engku dan Erin terserempak sesama mereka . Erin
memandang ke arah suaminya yang mahu menuruni tangga tetapi dia segera
menghalang suaminya . Dia menarik lembut tangan suaminya untuk menghalang Engku
berjalan dan pergi daripadanya .
“Saya nak
minta maaf ..saya tahu saya salah tapi awak masih marah ke dengan saya ?”soal
Erin dengan lembut .
Engku
memandang wajah isterinya dengan penuh serius . Kemudian dia melihat tangannya
dipegang oleh isterinya sendiri . Erin segera melepaskan tangan suaminya kerana
dia tahu bahawa suaminya berasa kekok dengan situasi mereka ketika itu .
“Saya tak
marah ...tapi saya sakit hati dan cemburu dengan apa yang berlaku di depan mata
saya tadi . Saya nak tanya awaklah , awak cintakan Amir ke saya ?”soal Engku
dengan penuh serius dan tegas .
Erin
terdiam . Satu soalan yang sama sekali tiada jawapannya . Dia tidak mencintai
kedua-dua lelaki yang disoal oleh suaminya . Dia juga masih belum membuka pintu
hatinya buat suaminya mahupun mana-mana lelaki lain .
“Saya tak
cintakan sesiapa pun setakat ni ...
Engku
terkejut mendengarnya . Dia menyangkakan bahawa isterinya akan menjawab ‘saya
cintakan suami saya’ tetapi ternyata tidak . Hatinya diruntun kecewa . Erin
pula berasa bersalah kerana memberi harapan cinta kepada suaminya dan mungkin
termasuk Amir sekali . Dia menyesal !
“Tapi
...kalau nak dipilih antara awak berdua ...saya akan pilih awak , Engku . Awak
nak tahu sebab apa ? Sebab awak suami saya dan saya takkan mungkin meninggalkan
suami saya kerana syurga saya terletak di bawah telapak kaki suami saya
....”Erin akhirnya menjawab dengan jawapan yang berpihak kepada suaminya .
Engku
menarik Erin ke dalam dakapannya . Dia tersentuh mendengar setiap kata-kata
isterinya meskipun dia tahu isterinya tidak dapat mencintainya lagi . Erin pula
rasa bersalah dengan suaminya . Adakah dia mampu menjadi isteri yang baik
sedangkan dia telah melukakan hati sang suami ? Apa yang patut dia lakukan bagi
menenangkan hati suaminya selain daripada mencintai suaminya sendiri ?
Engku dapat
merasakan bahawa Erin merupakan isteri yang sempurna buatnya . Erin selalu taat
apa yang dia suruh , Erin juga selalu menghiburkannya di saat dia sedang
berduka dan Erin juga selalu menjaga adabnya ketika bersama dengan suaminya .
Itulah isteri yang Engku sendiri cari .
Rasulullah bersabda,, “Dan
sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu
melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara
maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi,
Ahmad dan al-Hakim )
RAMBUT Erin yang panjang
mengurai disentuh lembut oleh suaminya . Dia dapat melihat isterinya masih
belum sedarkan diri meskipun azan subuh sedang berkumandang dari masjid yang
berdekatan dengan rumah mereka . Engku tersenyum melihat wajah isterinya yang ayu
dan cantik . Patutlah ramai lelaki yang sukakan isterinya sampai dia sendiri
dah naik meluat melihat mana-mana lelaki mendekati isterinya .
Mengapa agaknya Erin
benar-benar cantik sehingga dia juga tidak mampu tidur malam kerana termimpikan
isterinya ? Agaknya dia sudah angau ! Angau kerana bercinta dengan isterinya
sendiri . Dia cuba mendekatkan mukanya dengan muka isterinya . Dapat dirasakan
dahinya bersentuh dengan dahi milik isterinya .
Erin yang mula rasa
sesuatu di mukanya segera membuka kelopak matanya . Dia terkejut melihat
wajahnya begitu hampir dengan wajah suaminya sendiri . Apa yang mengejutkannya
lagi ialah suaminya juga sedar dengan apa yang telah berlaku sebentar tadi .
Dia segera bangkit dari pembaringannya .
“Err..saya nak mandi ..”
Erin bergegas masuk ke dalam kamar mandi .
Engku tersenyum . Erin
selalu sahaja mencari alasan untuk mengelakkan diri daripadanya . Namun , dia
tetap berasa senang kerana sebentar tadi dia benar-benar dekat dengan isterinya
. Kalau boleh dia mahu mendekati isterinya dengan cara sebegitu . Erin yang
baru sahaja masuk ke dalam kamar mandi mula berasa jantungnya berdegup kencang
.
‘Apa yang suami aku cuba
buat tadi ? Isshhh ..dahlah lupakan! Tapi kan ..malunya aku ! Lain kali aku
kena berhati-hati ..ya , awas bersama suami !’ Erin memberi amaran buat dirinya
agar tidak berjangkit dengan penyakit angau suaminya .
Pagi itu juga , Erin
dihantar oleh suaminya pergi ke kerja . Erin masuk ke dalam bilik kerjanya
sambil melepaskan keluhan lega . Mujurlah Doktor Amir tu tidka menghantar bunga
mahupun coklat buatnya . Kalau tidak , ada sahaja ‘mood’ tak baik suaminya akan
muncul secara tiba-tiba .
Ketukan pintu dari luar
bilik kerjanya membuatkan dia tersentak . “Masuk !” jeritnya dari dalam bilik .
Kelihatan Amira masuk ke dalam bilik kerjanya sambil memberi sejambak bunga ros
buatnya . Sudah ! Erin mula naik pening dengan penghantaran bunga buatnya dan
dia yakin semuanya daripada Amir !
“Siapa bagi ni ?”Erin
mula bertanya .
“Errmm..rasanya suami
puan sebab tadi dia patah balik dan beli bunga dekat kedai berhampiran dengan
butik kita” Amira menjelaskan semuanya .
Erin terkejut ! Benarkah
suaminya membeli bunga buatnya ? Dia segera mengambil bunga tersebut lalu
tersenyum melihat nama suaminya tertera di kad tersebut . Senyumannya sampai ke
telinga sehingga dia tidak mampu berkata apa-apa .
“Ehem-ehem ..macam baru
jatuh cinta je kak Erin ?”tanya Amira sambil tersenyum nakal.
“Dah jangan nak mengarut
..pergi buat kerja”Erin berkata lagi .
Amira terpaksa keluar
apabila mendengar arahan daripada bosnya . Erin tersenyum lalu duduk di kerusi
sambil meneliti bunga-bunga ros tersebut . Entah mengapa perasaannya semakin
berbunga-bunga apabila melihat kata-kata indah yang tertulis di kad tersebut .
Adakah dia sudah jatuh cinta dengan suaminya ?
‘Sayangku ....terima
kasih menjadi yang halal buatku , terima kasih kerana sudi menerima diriku
sebagai suamimu , terima kasih kerana selalu ada untukku dan terima kasih
kerana memilihku menjadi pasangan hidupmu . Akan aku terus meraih cintamu
sayang ...kerana itulah janjiku-darisuamimu-‘
Erin sekali lagi
tersenyum . Begitu indah kata-kata yang ditulis oleh suaminya . Hatinya
benar-benar cair apabila membaca kata-kata tersebut . Adakah dia patut membuka
hatinya buat suaminya ? Patutkah dia menolak sebarang kemungkinan buruk jikalau
dia mula mencintai suaminya ?
Petang itu , Erin
menunggu suaminya di butik . Maklumulah keretanya masih rosak akibat kemalangan
yang berlaku sebulan yang lalu . Jikalau dia tinggal dengan ayahnya , pasti
ayahnya akan membeli sebuah kereta yang lebih bagus daripada itu tetapi
sayangnya ayahnya telah membuang dia jauh daripada hidupnya hanya kerana ingin
mengejar kemewahan .
Apabila melihat kereta
milik suaminya berhenti di hadapannya , dia segera masuk ke dalam perut kereta
bersama-sama sejambak bunga ros yang diberi oleh suaminya . Engku tersenyum
melihat isterinya benar-benar sukakan bunga pemberiannya .
“Terima kasih sebab beri
saya bunga ni ...awak memang baik”ucap Erin sambil memandang tepat ke arah anak
mata milik suaminya .
“Untuk isteri saya , saya
sanggup buat apa sahaja .....asalkan isteri saya sendiri bahagia” Engku berkata
dengan nada yang cukup romantis .
“Awak dah banyak kali
buat saya ceria selalu . Saya rasa bersyukur dan dihargai sekali memiliki suami
seperti awak , Engku . Saya doakan awak juga bahagia sama seperti saya” Erin
berkata lagi .
Engku tersenyum
mendengarnya . Dia Cuma mahu isterinya ada di sisinya dan ada dalam hidupnya .
Dia tidak mahu Erin melepaskannya meskipun sekali dan dia tidak mahu Erin
memilih mana-mana lelaki selain daripada dia . Sungguh dia mencintai isterinya
dan tiada satu perkataan pun yang dapat menggambarkan perasaannya ketika itu
kecuali cinta . Dia mahu memberi rasa cinta kepada isterinya dan dia juga mahu
memberikan kasih sayang yang tidak pernah diberi .
“Sepatutnya saya cakap
macam tu Erin sebab awak dah banyak menghiburkan saya dan selalu ada untuk saya
. Saya kehilangan keluarga saya sejak kecil lagi dan saya tak nak kehilangan
awak iaitu orang yang saya sayang” jujur Engku mengatakannya .
“Insya Allah ..selagi
saya masih hidup , saya akan terus ada di sisi awak tapi saya tak berjanji yang
saya akan mencintai awak ataupun tidak” Erin berkata dengan nada lemah dan perasaannya masih tetap sama .
“Saya tahu ...cinta tak
boleh dipaksa dan saya akan beri awak masa sebanyak mana yang awak nak sebab
saya akan tunggu...saya akan tunggu sehingga nafas saya yang terakhir” Engku
berkata lagi .
Erin benar-benar
menghargai kata-kata yang diucapkan oleh suaminya . Memang benar ! Cinta itu
sukar untuk diterima masuk di dalam hati Erin . Hatinya begitu keras sejak
ayahnya menceraikan ibunya sendiri . Dia tidak mahu suatu hari nanti anaknya
akan menerima nasib yang sama sepertinya . Dia takut !
Kesetiaan suaminya
benar-benar ikhlas . Dia tidak menafikan bahawa suaminya sudah jatuh cinta
dengan dia dan dia juga bersyukur kerana melihat perubahan sikap dan juga hidup
suaminya yang beralih ke arah kebaikan . Alhamdulilah !
MALAM menjelang tiba .
Erin mengekori langkah suaminya yang menuju ke arah sebuah restoran yang
berdekatan dengan rumah mereka . Engku menarik lembut tangan isterinya agar
berjalan bersama dengannya . Dia takut jikalau isterinya berjalan di
belakangnya dan dia juga risau jikalau ada seseorang yang mahu mencederakan
isterinya . Sejak kebelakangan ini , dia sering mengambil berat tentang
isterinya .
Erin memandang suaminya
yang sedang mengenggam tangannya dengan erat . Dia cuba melepaskannya tetapi
tidak boleh . Dia berasa malu kerana tangannya dipegang oleh suaminya di depan
beberapa pelanggan restoran . Ada juga yang sempat tersenyum melihat mereka
berdua .
“Awak ..lepaskanlah
tangan saya ..saya malulah...”Erin bersuara perlahan .
“Ala ..sekejap aja . Saya
nak awak berjalan dengan saya ..saya takut kalau ada orang nak culik awak ke
atau apa-apa kan awak kalau awak jalan belakang” Engku membuat andaian
sebegitu.
“Ermm..yalah ..ikut suka
awaklah” Erin mengalah .
Engku menarik kerusi buat
isterinya . Erin berasa dihargai sekali apabila suaminya sanggup berbuat
sedemikian buatnya . Erin masih tidak selesa duduk di hadapan suaminya kerana
dia dapat melihat beberapa pasang mata pelanggan yang memandang ke arah mereka
. Apasal mereka nak pandang mereka berdua ? Mereka berdua dah kahwin lah !
Erin masih berasa segan .
Sebaik sahaja pelayan mengambil order , Erin memandang ke arah lain bagi
menghilangkan rasa segannya . Engku menarik lembut tangan isterinya lalu
digenggam erat . Dia dapat merasakan tangan isterinya kesejukan . Erin
memandang ke arah suaminya yang sedang tersenyum sambil menyentuh lembut
tangannya .
“Engku ..saya ...
“Mesti mereka anggap kita
ni belasan tahun kan ? Sebab tu mereka pandang kita ...macam kita ni tengah
bercinta pula kan ? Maklumlah , kita kan kahwin pada usia yang muda ?” Engku
berkata lagi .
“Muda apanya ? Dah 25
tahun dah pun ...”perli Erin .
Engku melepaskan tangan
Erin kerana dia dapat merasakan Erin tidak selesa . Dia tersenyum mendengar
jenaka yang dibuat-buat oleh isterinya . Engku baru teringat bahawa dia harus
berbincang dengan isterinya mengenai hubungan mereka .
“Ermm..Erin , apa kata
kita bercinta ? Kita jadi pasangan bercinta ?”soal Engku .
Dia mahu memulakan
semuanya daripada mula lagi . Erin agak terkejut mendengarnya . Benarkah apa
yang dia baru dengar ? Biar betul ? Daripada berkawan terus bercinta ? Dia mula
memikirkannya .
“Tetapi untuk apa ?”soal
Erin yang ingin tahu .
“Kita kena mulakan
semuanya daripada awal lagi , Erin . Saya nak panggilan kita diubah dan saya
nak juga hubungan kita menjadi erat dan tiada jurang di antara kita mahupun
rahsia. Boleh ?”soal Engku yang bersungguh-sungguh mengatakannya .
“Ermmm..boleh awak beri
masa untuk saya fikirkannya ?”soal Erin sekali lagi .
“Baiklah ...kalau itu
yang awak mahukan”
Engku tahu Erin perlukan
masa untuk berfikir tetapi buat masa ni dia berharap benar agar isterinya dapat
menerima kesemua cadangannya . Bukan apa , jikalau hubungan sebagai kawan
berterusan itu bermakna tiada peningkatan . Dia mahu mendekati isterinya dan
mendalami apa jua perasaan isterinya ketika itu .
KEESOKAN paginya , Erin
menyediakan sarapan buat suaminya . Ketika itu , Engku sedang berjalan menuruni
tangga lalu menuju ke arah meja makan . Dia tersenyum melihat isterinya yang
sedang sibuk menghidangkan sarapan pagi pada ketika itu . Dia mula mendapat
idea untuk mencuri hati si isteri .
Apabila Erin duduk
berhadapan dengan suaminya , Engku mula berdiri dari tempat duduknya . Erin
memandang ke arah suaminya yang sednag berjalan ke arahnya . Dia terkejut ! Dia
juga terpanar dengan apa yang suaminya sedang lakukan pada ketika itu .
“Love you sayang !”
itulah ucapan yang diberikan oleh Engku sambil mengucup pipi kanan isterinya .
“Boleh tak jangan buat
macam tu lagi ? Geli tahu tak !”
“Eleh geli padahal suka
kan ?”Engku mengusik isterinya .
Mulalah perangai pelik si
suami yang suka menyakat si isterinya sejak dari tadi . Sejak dari semalam ,
perangai suaminya sudah mula berubah . Lelaki itu sering mendekatinya dan
sering menganggu dirinya tidak kira pagi , petang mahupun malam .
“Engku ..awak ni sihat ke tak ?”soal
Erin bernada aneh .
Dia mula melekapkan tangannya di dahi
suaminya . Nak kata demam tak , nak kata kena sawan pun tak tetapi apa ? Kejap
! Entah-entah penyakit angau cinta dah datang balik ? Sudah , masaklah kau Erin
! Kali ini kau kena layan juga perasaan jiwang suami kau , kalau tidak ada
jugak yang merajuk nanti . Erin memberi nasihat buat dirinya sendiri . Namun ,
dia masih teringat bagaimana suaminya mengucup pipinya sebentar tadi .
Jantungnya berdegup kencang buat sekali lagi .
“Abang sihat ..sayang . Jadi sayang dah
buat keputusan ?”soal suaminya mengenai perbincangan mereka semalam .
Erin mula pelik . Sayang ? Abang ? Apa
semua ni ? Kenapa tiba-tiba aja suaminya menggunakan gelaran suami isteri yang
sebenar ? Kejap ! Hal semalam ? Barulah dia teringat mengapa suaminya
berpenyakit sebegini . Penyakit cinta lah katakan . Erin tidak mampu berkata
apa-apa . Dia hanya mampu tersenyum pahit .
“Oh ..pasal semalam tu ke awak dah
berubah panggilan ni ? Kalau macam tu , saya setuju lah sebab saya juga akan
cuba belajar mencintai awak meskipun hati saya masih belum terbuka” Erin
memberi kata putus .
“Baguslah macam tu ! Jadi sayang ,
balik nanti kita nak dating dekat mana ? Abang akan tempah mana-mana tempat
yang sayang suka ?”tanya suaminya . Nampaknya , Engku benar-benar serius untuk
mengeratkan lagi hubungannya dengan isterinya .
“Saya ...eerrr maksud Erin ...Erin ikut
abang ajalah tapi jangan bawa Erin dekat tempat mengarut sudahlah” Erin
membalas .
“Bagusnya dapat isteri macam sayang kan
? Bahagia betul abang dapat memilki isteri seperti Erin ..sebab tu lah abang
sayangkan isteri abang yang comel ni” Engku mencubit lembut kedua-dua belah
pipi isterinya .
Erin terpaksa menahan sakit . Aduhai !
Kalau ya pun , janganlah cubit sampai nak pecah pipi Erin . Engku Shahrizal
berasa bahagia sekali pada saat itu . Serba sedikit isterinya dapat menerima
perubahan keadaan mereka sekarang . Erin pula masih berasa janggal dengan
situasi mereka tetapi dia cuba untuk memasuki alam percintaan yang dibawa oleh
suaminya .
Erin mengusap pipinya kembali setelah
suaminya mencubit pipi isterinya . Setelah mereka selesai sarapan , Erin mula
mengunci pintu rumah sebaik sahaja mereka berdua keluar . Engku menarik lembut
tangan isterinya agar Erin mengekori langkahnya masuk ke dalam perut kereta .
Engku membuka pintu kereta buat isterinya seolah-olah isterinya dilayan seperti
permaisuri .
Erin mengucap terima kasih sebelum dia masuk
ke dalam perut kereta . Engku berasa dia sedang dilamun cinta dengan isterinya
. Maklumlah , baru sahaja hendak memulakan hubungan cinta yang sebenar .
Dia sudah mula merancang untuk memberi
kejutan buat isterinya dan kejutan itu haruslah dibuat dengan sempurna . Dia
tidak sabar untuk menanti pada malam itu juga . Kisah cinta mereka baru sahaja
bermula dan dia masih menantikan saat-saat cinta bersama isterinya .
EMY terkejut melihat ayahnya sudah
berada di depan rumah nenek . Mujurlah ibu dan nenek tiada di rumah kerana
pergi ke pasar untuk membeli barangan dapur . Datuk Hisyam melangkah masuk ke
dalam rumah sebaik sahaja diizinkan oleh anaknya sendiri . Kalau boleh Emy
tidak mahu melihat wajah ayahnya bahkan melihat ayahnya jejak masuk ke dalam
rumah neneknya .
Datuk Hisyam duduk di sofa sambil
menunggu anaknya yang sedang menyediakan minuman buatnya . Emy menyediakan
secawan teh lalu diberikan kepada ayahnya . Dia masih tidak bersuara kerana
masih berasa sakit hati dengan sikap ayahnya .
“Kenapa ayah datang ke sini ?”soal Emy
tanpa memandang wajah ayahnya langsung .
“Ayah datang nak bawa Emy balik . Ayah
yang akan mendapat hak penjagaan untuk Emy dan ayah berjanji akan menjaga Emy
dengan baik” Datuk Hisyam cuba memujuk anaknya kembali ke pangkuannya .
Emy memandang ayahnya dengan pandangan
yang cukup tajam . Tidak cukup dengan apa yang ayahnya telah lakukan kepada
ibunya , sekarang ayahnya mahu mendera dia juga ? Dosa apa yang telah dia buat
sampai ayahnya sanggup menyakiti hati ibunya lagi . Tangannya seakan-akan
menggigil dan apa yang membuatkan dia marah ialah ayahnya sama sekali tidak
rasa bersalah dengan apa yang berlaku .
“Kembali kepada lelaki yang dah
menyakiti hati seorang wanita ? Kembali kepada lelaki yang telah menyakiti hati
ibu saya ? Dengar sini , baik-baik ya Datuk Hisyam ! Sampai mati pun saya
takkan kembali kepada datuk ...dan saya lebih rela mati daripada tinggal dengan
datuk !” Emy memberi jawapan yang cukup pedas .
“Emy ...
“Cukuplah ! Dulu ayah selalu sakitkan
hati ibu dan sekarang Emy takkan biarkan diri Emy terseksa hanya kerana seorang
ayah yang melepaskan tanggungjawab . Dulu , ayah hina ibu dan itu bermaknan
ayah hina Emy sekali ! Apa ? Golongan bawahan ? Bukankah saya ni golongan
bawahan ? Saya tidak sepatutnya berada di dalam golongan atasan seperti ayah !”
air mata Emy tumpah sebaik sahaja teringatkan pengorbanan ibunya . Cukup
menderita hati si isteri dituduh golongan bawahan sehingga naluri seorang anak juga
kian terasa .
“Emy ..ayah minta maaf . Bukankah
perkara tu dah lama berlalu ? Lupakanlah ya ? Emy nak tinggal dengan ayah kan
?”pujuk ayahnya lagi .
“Macam ni lah ayah , Emy dah cakap
baik-baik dengan ayah tapi ayah tak nak dengar juga kan ? Lebih baik ayah
keluar dari rumah ni ...tolong keluar !”Emy bersuara keras .
“Emy ...ayah ...
Datuk Hisyam tidak sempat berkata
apa-apa setelah melihat bekas isterinya dan juga bekas mak mertuanya melangkah
masuk ke dalam rumah . Emy terkejut . Puan Mariana memnadnag ke arah suaminya
yang sedang duduk bersama anaknya . Apa yang suaminya buat di dalam rumah
mereka ? Matanya kian membulat melihat suaminya yang sama sekali tidak rasa
bersalah datang ke rumah ibunya sendiri .
“Apa awak buat dekat sini ?!”Puan
Mariana sudah tidak dapat menahan perasaan amarahnya .
Datuk Hisyam kembali berdiri sambil
memandang wajah bekas isterinya . Mereka sesama berbalas pandangan tetapi
pandangan yang cukup tajam dan cukup mengesankan hati mereka sendiri . Nek Jah
juga berasa kecewa melihat bekas menantunya tiba-tiba muncul di dalam rumahnya
.
Emy memandang wajah ibunya yang semakin
merah yang menandakan kemarahan membuak-buak . Dia berjalan mendekati ibunya
tetapi dihalang oleh ayahnya sendiri . Emy memandang ayahnya yang sedang memegang
tangannya .
“Saya datang ke sini sebab nak tuntut
hak penjagaan Emy” Datuk Hisyam berani bersuara .
“Apa ?!”Puan Mariana bagaikan tidak
percaya dengan apa yang baru dia dengar .
Puan Mariana memandang wajah anaknya
iaitu Emy begitu juga dengan bekas suaminya . Emy memandang geram ke arah
ayahnya . Begitu yakin ayahnya ingin mengambilnya setelah apa yang dia telah
lakukan kepada ibunya ? Tidak ! Dia tidak akan sesekali kembali kepada ayahnya
kerana dia lebih rela mati daripada disakiti dan dilukai oleh ayahnya sendiri .
Hati seorang anak sudah cukup menderita ! Jangan ditambah lagi penderitaannya
dengan kehidupannya sendiri !
Bab 13
Emy menarik kasar tangannya daripada pegangan
ayahnya . Dia memandang tajam ke arah ayahnya sambil tersenyum sinis . Kali ini
dia tidak akan sesekali mengalah dengan ayahnya sendiri mahupun ibunya !
Jikalau inilah caranya , dia terpaksa membuat satu keputusan yang bakal
menyakitkan hati ibu dan ayahnya sendiri . Datuk Hisyam agak terkejut apabila
melihat anaknya sudah semakin jauh daripadanya .
Namun dia berasa aneh . Mengapa Emy
tidak pergi ke arah ibunya ? Mengapa Emy kekal di antara mereka ? Apa maksud
semua ini ? Nek Jah sama sekali tidak mengerti dengan kehendak Emy .
“Emy takkan ikut sesiapa tetapi Emy
akan ikut kehendak hati Emy sendiri . Apa ? Hak penjagaan ? Emy dah matang
..ayah ..ibu . Emy dah besar dan tak perlu lagi nak rampas hak penjagaan ! Ayah
, ayah tahu tak Emy akan terluka kalau tinggal dengan ayah ? Ibu , ibu tahu kan
yang Emy tak bahagia kalau ibu dan ayah bercerai ? Jadi , tolonglah jangan nak
rebut Emy hanya kepentingan diri ..terutama sekali ayah . Maafkan Emy sebab
banyak salahkan ayah ...tapi kalau ayah nak tahu ..ini memang salah ayah sejak
dari dulu lagi . Emy takkan kembali kepada ayah ! Itu janji Emy” Emy sudah
nekad . Dia tidak mahu lagi bergaduh dengan ayah dan ibunya lagi .
Dia ingatkan jikalau ibu dan ayahnya
bercerai , dia dapat hidup dengan aman dan tenang tetapi tidak ! Kemunculan
ayahnya benar-benar menyiksa jiwanya sendiri . Hatinya tersiksa hanya kerana
keputusan kedua orang tuanya . Emy segera masuk ke biliknya tanpa mempedulikan
orang tuanya lagi . Nek Jah mengekori langkah cucunya ke dalam bilik . Kini
hanya tinggal Datuk Hisyam dan bekas isterinya lagi .
Emy melepaskan tangisannya di dalam
bilik . Dia begitu sengsara sekali . Nek Jah menariknya ke dalam dakapan bagi
menenangkan hati seorang anak yang sengsara .Dia tahu dan mengerti dengan apa
yang telah dialami oleh Emy sendiri . Dia mengesat tangisan gadis itu dengan
jari jemarinya .
“Lebih baik awak balik ...dah tak ada
gunanya awak datang ke sini lagi” Puan Mariana sudah tidak sanggup melihat
wajah bekas suaminya lagi .
“Baik ! Saya akan balik tapi jangan
ingat yang saya akan mengalah sebab saya akan dapatkan hak penjagaan Emy ! Saya
takkan biarkan anak saya tinggal di rumah yang buruk ni” Datuk Hisyam
seolah-olah menghina bekas isterinya .
“Lebih baik rumah buruk daripada hati
yang busuk !”Puan Mariana memerli suaminya .
Datuk Hisyam menjeling tajam ke arah
bekas isterinya . Dia melangkah pergi dengan perasaan yang cukup sebal dan
marah . Kalu boleh , mahu sahaja dia mengambil Emy keluar dari rumah itu tetapi
dia harus bersabar kerana kehendak Emy harus diutamakan . Puan Mairana segera
menutup pintu rumah sebaik sahaja melihat suaminya keluar dari rumah .
Dia bergegas masuk ke dalam bilik Emy
untuk melihat bagaimana keadaan anaknya ketika itu. Emy memandang ke arah
ibunya . Dia tahu ibunya juga terluka dengan apa yang sudah terjadi . Puan
Mariana segera mendakap Emy dengan erat . Sesungguhnya dia tidak mahu
melepaskan Emy kepada bekas suaminya sendiri .
“Maafkan ibu ya sayang ? Ibu dah banyak
lukakan hati Emy sama seperti ayah kamu melukakan hati ibu ...maafkan ibu
kerana sekarang kamu terpaksa menanggung beban seorang diri” ucap Puan Mariana
dalam keadaan yang penuh sebak .
“Tak ...ibu tak salah . Ayah yang salah
sebab buat ibu dan kita sekeluarga macam ni ...Emy tak nak kembali kepada ayah
, ibu . Emy mohon ...tolonglah jangan lepaskan Emy ..Emy tak nak hidup sengsara
lagi ...” Emy seakan-akan merayu dengan ibunya sendiri .
“Ya Emy ...ibu janji .....” air mata
seorang ibu akhirnya mengalir jua .
Puan Mariana mengusap lembut rambut
anaknya . Dia begitu sayangkan anaknya dan tak mungkin dia akan melepaskan
anaknya kepada lelaki yang telah menghancurkan hidupnya . Emy benar-benar
terluka jikalau Emy tinggal dengan ayahnya sendiri .
“Tapi Emy ...kamu jangan terlalu
membenci ayah kamu sebab dia masih ayah kamu” Puan Mariana meleraikan
pelukannya sambil mengesat air mata anaknya .
“Tapi ibu ...
“Ibu tahu perasaan kamu Emy tetapi ibu
takkan sesekali membiarkan anak ibu membenci ayahnya sendiri . Kamu kena juga
sayangkan ayah kamu sama seperti kamu sayangkan ibu , sama seperti kamu
sayangkan kak Erin dan juga nenek ...jangan terlalu ikutkan perasaan kerana ia
mungkin akan menghancurkan perasaan kamu sendiri” ibunya berkata lagi .
“Emy akan cuba ibu ...Emy akan cuba
tidak membenci ayah . Emy benci ayah pun sebab dia dah buat hidup kita macam ni
dan dia selalu sakitkan hati kak Erin” Emy berkata lagi dengan nada sedih .
Puan Mariana mendakap erat anaknya .
Gelaran datin sudah gugur setelah dia bercerai dengan suaminya . Dia masih
ingat lagi bagaimana suaminya begitu senang menghinanya . Dia tahu bahawa
anaknya kurang mendapat kasih sayang daripada seorang ayah tetapi dia harus
uatamakan kehendak perasaan anaknya sendiri . Dia tidak boleh memaksa Emy
menyayangi bekas suaminya setelah apa yang bekas suaminya telah lakukan
kepadanya .
Air matanya mengalir kerana berasa
sedih dengan keadaan yang dialami oleh dia dan juga anaknya sendiri . Nek Jah
pula berasa turut simpati terhadap anak dan juga cucunya . Begitu berani bekas
menantunya muncul dan menuntut hak penjagaan terhadap Emy . Dia sudah nekad
bahawa dia tidak akan membenarkan cucunya dirampas oleh bekas menantunya .
ERIN mengekori langkah suaminya yang
menuju ke arah sebuah restoran yang bertaraf lima bintang . Engku menarik
lembut tangan isterinya lalu membawa isterinya masuk ke dalam restoran tersebut
. Kali ini Erin tidak lagi berasa segan kerana dia yakin dengan suaminya
sendiri . Dia juga tidak mahu menyakiti hati suaminya lagi dan dia juga mahu
memberikan kebahagiaan buat suaminya sama seperti Engku memberi keceriaan di
dalam kehidupannya .
Engku menarik kerusi buat isterinya .
Terdapat beberapa orang yang sedang memainkan muzik buat mereka . Ada juga yang
bermain piano , dram dan bermacam-macam lagi buat menyambut kedatangan mereka .
Erin tahu bahawa ini semua rancangan daripada suaminya sendiri .
Erin memandang ke arah luar restoran .
Sungguh cantik pemandangan di luar sana sehingga dia juga terpegun . Maklumlah
restoran atas bukit la katakan . Erin tidak menyangka bahawa suamianya
seromantik ini . Engku menyentuh lembut tangan isterinya lalu dikucup mesra .
Erin tersenyum .
“I love you ...”Engku melafazkan
kalimah cinta buat isterinya .
“Terima kasih kerana menyayangi Erin
dan mencintai Erin . Erin betul-betul menghargainya”Erin tersenyum .
“Kita ni macam pasangan baru bercinta
kan ?”soal suaminya yang tersenyum nakal .
“Mestilah ! Kalau kita nak mencintai
seseorang kita kena cuba belajar mendalami perasaannya” Erin mula memberi penerangan
.
“Erin ...tak kiralah apa keputusan Erin
sekalipun , abang tetap akan tunggu Erin . Abang akan selalu ada untuk Erin dan
mencintai Erin” Engku berkata lagi dengan nada yang cukup romantis .
“Erin pun akan tunggu abang sampai
cinta abang bertaut di hati Erin” Erin berkata lagi dengan nada yang cukup
yakin .
Engku tersenyum lagi . Dia mula memberi
arahan kepada pelayan restoran tersebut . Pelayan tersebut memberi sejambak
bunga buat Erin dan juga beberapa keping coklat kegemaran Erin . Erin memandang
ke arah suaminya . Engku membalas senyuman isterinya . Erin benar-benar sukakan
pemberian hadiah suaminya .
Engku berjalan ke arah sesuatu tempat
di mana piano ditempatkan . Erin hanya mampu melihat suaminya menyanyi sambil
bermain piano . Lagu yang dimainkan oleh suaminya ialah ‘Cinta Setengah Mati’
yang dinyanyikan oleh Judika . Erin benar-benar sukakan lagu tersebut . Dia
tidak berhenti tersenyum melihat suaminya yang begitu kacak dan tampan
memainkan lagu kegemarannya . Setelah itu , Engku berjalan ke arah isterinya
sambil menghulurkan tangan kanannya .
“Sudikah sayang menari dengan abang
?”tanya suaminya sambil melutut ke arahnya .
Dengan perasaan yang semakin
berbunga-bunga , Erin menyambut tangan suaminya . Mereka berdua menari bersama
dengan iringan muzik dan lagu yang cukup mendamaikan jiwa dan hati mereka .
Engku menarik lembut pinggang isterinya agar Erin berada dekat dengannya .
Wajah mereka bersentuhan sesama sendiri . Erin tertunduk malu .
“Sayang nampak cantik sangat ..malam
ni...” Engku memuji isterinya .
“Abang pula kelihatan tampan sangat ..”
Erin memandang wajah suaminya dengan berani .
Erin dan Engku tersenyum sesama mereka
. Erin melekapkan kepalanya di dada suaminya sambil menari bersama . Engku
berasa senang hati apabila Erin di dalam dakapannya . Degupan jantung suaminya
semakin didengar apabila telinganya benar-benar berada di tempat jantung
suaminya sendiri . Dia tersenyum .
“Abang janji akan bahagiakan sayang
..percayalah ...” Engku mengucup dahi isterinya dengan lembut setelah
meleraikan pelukan .
Erin memandang dalam mata suaminya .
Benarkah apa yang lelaki ini katakan ? Bagaimana jikalau dia menarima nasib
yang sama seperti ibunya ? Bagaimana jikalau Engku tidak menunaikan hasratnya ?
Bagaimana jikalau dia tidak bahagia ? Dia takut semua itu terjadi ! Dia mahu
bahagia bersama Engku tetapi dia takut jikalau lelaki itu menghancurkan
perasaannya .
Engku sudah nekad bahawa dia akan
membahagiakan isterinya . Erin sahaja yang mampu menjadi isteri yang terbaik
buatnya dan tiada yang lain . Dia tahu isterinya cuba menjadi isteri yang
terbaik buatnya dan dia yakin bahawa tidak lama lagi dia bakal memiliki Erin
sebagai hak miliknya .
ENGKU merebahkan dirinya di atas katil
kerana berasa penat . Erin tersenyum melihat suaminya yang begitu letih dan
penat menyediakan makan malam dan juga menempah restoran buat mereka berdua .
Engku bangun daripada pembaringannya apabila isterinya duduk di birai katil
bersebelahan dengannya . Dia melentokkan kepalanya di bahu isterinya sambil
membuat muka manja . Erin mencebik .
“Sayang ..abang penatlah ..urut
belakang abang , boleh ?”soal suaminya .
“Malas ! Abang nak urut-urutlah
sendiri” perli Erin .
Erin mahu melangkah pergi tetapi
tangannya digenggam erat oleh suaminya . Dia memandang geram ke arah suaminya
manakala Engku tersenyum nakal kerana berjaya menghalang isterinya daripada
keluar .
“Urut abang dulu .....” Engku berkata
sekali lagi .
“Yalah ...sebagai tanda abang dah
sediakan semuanya untuk Erin”
Erin mula mengurut belakang suaminya .
Engku pula berasa seronok kerana dapat kenakan isterinya tetapi dalam masa yang
sama dia berasa tenang kerana berada di sisi isterinya . Hanya mereka berdua
yang tahu bagaimana perasaan yang mula menatap di dalam hati mereka . Tidak
disangka Engku boleh berasa bahagia dengan isterinya . Dulu dia tidak
percayakan cinta tetapi apabila mendekati isterinya , dia semakin dekat dengan
cinta .
Engku mula merebahkan kepalanya di atas
riba isterinya sambil melelapkan mata . Dia benar-benar letih tetapi apabila
melihat raut wajah isterinya , kepenatannya hilang . Erin mula terfikir . Ni
nak ambil kesempatan ke atau memang betul-betul penat ? Erin mula merasakan
tangan suaminya menyentuh lembut tangannya lalu digenggam .
“Hangatnya tangan Erin ...lembutnya
tangan isteri abang ni” puji Engku Shahrizal .
“Ni nak bodek ke atau nak goda ?”perli
isterinya .
“Dua-dua pun boleh ...”Jawab suaminya .
“Gatal !”perli Erin .
Engku tergelak kecil mendengarnya . Ada
ke patut Erin berkata begitu ? Tapi , apa salahnya kalau betul kan ? Lagipun
dia memang mudah cair dengan sikap suaminya tetapi hatinya tetap keras untuk
menerima cinta . Itulah hakikatnya !
“Sayang ...hujung minggu ni kita pergi
Melaka nak ? Tengok bandar bersejarah” Engku memandang wajah isterinya .
“Boleh tu memang boleh tapi kita ni
kena lah pandai berjimat . Takkan nak keluar rumah aja ? Mesti kena keluarkan
duit juga abang oi” Erin berkata lagi dengan nada cukup sempoi .
“Ala ...apa salahnya ? Lagipun , abang
teringin nak naik beca berhias dengan sayang . Boleh kan ? Sambil tu kita boleh
pergi dating dekat sana” Engku mengenyitkan mata kanannya ke arah isterinya .
“Dah mula dah angau dia ...”Erin
menyakat suaminya .
“Ala ..abang angau dengan sayang aja .
Ermm..dahlah , jom kita tidur ..abang dah penat ni” Engku mula bangkit dari
pembaringannya . Erin merebahkan dirinya di atas katil . Engku memeluk
isterinya dari arah belakang . Itulah rutin harian yang dilakukan oleh suaminya
sebelum dia melelapkan matanya .
Erin berasa bahagia . Cukup bahagia !
Memiliki seorang suami yang baik , penyayang , romantis dan tampan memang cukup
sempurna baginya . Engku benar-benar menyanyanginya lebih dari sesiapa pun .
Dia bersyukur ! Moga-moga jodoh mereka berpanjangan dan itulah yang sering
didoakan oleh Erin sendiri .
“Abang sayangkan Erin ...” Engku
membenamkan wajahnya ke dalam rambut isterinya . Dia benar-benar berpuas hati
memiliki isteri sebaik Erin .
Erin dapat merasakan degupan jantungnya
semakin pantas berdegup . Tangan suaminya yang melingkari pinggangnya
membuatkan dia sendiri berasa selamat . Bisikan suaminya sering kali membuatkan
hatinya cair . Ya !Dia sudah mula sayang dengan suaminya . Cinta ? Masih belum
terbuka hatinya untuk menerima cinta . Dia takut ! Itu sahajalah perasaan yang
sering kali mengguhat perasaannya . Dia tidak mahu bercinta tetapi dia masih
boleh merasakan perasaan sayang dan kasih suaminya . Dia seakan-akan tidak mahu
melepaskan suaminya dan dia juga tidak mahu suaminya pergi dari sisinya lagi .
Dalam hatinya , dia sering kali berdoa akan kebahagiaan suaminya . Andai dia
mati , dia berharap benar agar suaminya redha dengan kepergiannya dan masih kekal
menyayanginya .
”sesungguhnya setiap isteri yang
meninggal dunia yang diredhai oleh suaminya, maka dia akan masuk syurga.”
(hadith riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)
Dia berharap agar dia menikmati hari-hari nya bersama
dengan suaminya . Dia mahu tua bersama-sama dengan suaminya dan dia juga mahu
memiliki cahaya mata dan menjaganya bersama suaminya . Andai sahaja dia dapat
menikmati hari tersebut , dia sudah cukup bersyukur dan gembira .
ERIN menyediakan baju kerjanya di atas katil . Dia
mula bersiap untuk pergi ke kerja sebaik sahaja telah berdandan di depan cermin
. Erin mula mengambil buku pereka di dalam bilik sebelah kerana dia harus
menyiapkan rekaan baju pengantin jikalau dia hendak masuk dalam pertandingan
rekaan baju pengantin . Erin berharap agar rekaannya diterima dan baju
pengantin yang direka bakal ditonjolkan di dalam majalah Pengantin .
Sebaik sahaja
dia mengambil buku tersebut , dia masuk ke dalam biliknya . Ketika itu suaminya
sudah pun berpakaian lengkap . Dia menolong suaminya memakai tali leher apabila
dia melihat suaminya tidak memakai dengan kemas . Engku tersenyum . Sebaik
sahaja isterinya memakaikan tali leher buatnya , Erin mula melangkah ke arah
pintu bilik mereka tetapi dihalang oleh suaminya .
Engku mendakap isterinya dengan erat . Pagi-pagi lagi
suaminya sudah mula dengan perangainya yang miang tetapi Erin tetap tersenyum .
Engku masih tidak melepaskan pelukannya .
“Abang ...
“Sayang nak tahu tak , kalau suami isteri berpelukan
pada waktu pagi ..ianya baik untuk kesihatan” Engku mula bersuara .
“Yalah tu ...” Erin mengejek .
“Bahkan boleh mengeratkan lagi hubungan kita . Kita
kan tengah bercinta ?”bisik suaminya.
“Abang ni jiwang karat lah” perli Erin . Engku
meleraikan pelukannya . Dia tersenyum melihat Erin yang masih setia di sisinya
. Dia takut jikalau Erin tidak suka jikalau dia memeluk isterinya sendiri .
“Abang jiwang sebab abang gilakan sayang” Engku
berkata lagi .
“Gilakan Erin ? Baguslah abang gilakan Erin , nanti
tiada siapa boleh rampas abang daripada Erin” Erin mengenyitkan mata kanannya .
Dia mula bergurau tetapi dia sendiri tidak maksudkannya sebab dia sendiri belum
jatuh cinta dengan suaminya .
Engku tergelak kecil mendengarnya . Dia kembali
mendakap isterinya dengan erat . Kali ini Erin tidak segan untuk membalas
pelukannya . Dia juga ingin membahagiakan suaminya dan menuju ke lembah
kebahagiaan bersama-sama suaminya . Dia sudah mula percayakan suaminya . Dia
tahu bahawa dia harus berhata-hati dengan janji manis lelaki tetapi dia tetap
akan percaya dengan Engku Shahrizal .
Engku
Shahrizal menarik lembut tangan isterinya menuju ke arah ruang makan . Erin
mula menyediakan sarapan pagi buat suaminya . Erin duduk bersebelahan dengan
suaminya begitu juga dengan Engku .
Engku
terkejut melihat isterinya yang mula menyuapkan nasi gireng ke dalam mulutnya .
Erin hanya mampu tersenyum .
“Abang juga
yang kata yang abang nak ada isteri yang selalu bahagiakan abang kan ? Sekarang
abang bahagia tak ?”soal Erin sambil melakar senyuman .
Engku
memahami akan kata-kata isterinya . Patutlah Erin selalu sahaja mengambil berat
tentang dan selalu sahaja ada buatnya . Engku mengenggam lembut tangan
isterinya lalu dia bersuara .
“Abang suka
sayang ...abang bahagia sangat sayang ...sayang cintakan abang tak ?”soal
suaminya yang inginkan kepastian .
Kali ini dia
benar-benar mengharapkan kata-kata cinta bakal diucapkan oleh Erin . Erin
tergamam . Senyumannya mati . Adakah dia hanya mampu sayang suaminya ?
Bagaimana pula dengan cinta ?
Engku
mengerti bahawa isterinya tidak mampu lagi membuka hati buatnya . Dia mengerti
. Engku mengusap lembut pipi isterinya membuatkan Erin memandang wajah suaminya
. Dia tahu suaminya kecewa . Namun , apa yang mampu dia buat ? Apa yang dia
patut buat ? Takkan hendak membohong suaminya soal perkara yang serius ? Takkan
dia mahu melukakan hati suaminya dan berpura-pura mencintai suaminya ?
“Ya...”
Nampaknya ,
Erin terpaksa berbohong dengan suaminya . Engku mengucup dahi isterinya dengan
lembut tanda dia benar-benar bahagia . Erin berasa kasihan melihat suaminya
yang begitu mengharapkan cintanya . Mampukah dia bertahan dengan penipuan yang
sudah dia lakukan ? Apa yang patut dia buat ?
No comments:
Post a Comment