Wednesday, 6 November 2013

Sahabat

Assalamualaikum ! Pejam celik , pejam celik tahun 2013 akhirnya melabuhkan tirainya . Tak sangka sepanjang tahun 2013 merupakan tahun yang banyak kenangan dengan kawan rapat . Alhamdulilah , tahun ni barulah saya kenal erti persahabatan yang sebenar . Dulu , cuma tahu persahabatan melibatkan sahabat yang kita kenal antara satu sama lain tetapi untuk tahun ini persahabatan adalah lebih bererti buat saya .

Rindu ! Ya , perasaan itu sahajalah yang mampu digambarkan sewaktu kawan saya sendiri iaitu Akhma berkata bahawa dia akan berpindah berlajar di Kelantan . Tak sangka , untuk tahun ini sahaja kita sudah serapat ini dan tak sangka bahawa persahabatan kita dirahmati oleh Allah yang maha Esa . Terima kasih Akhma , Jannah , Syiffa dan Lisa kerana sudi berkawan dengan kawan yang agak 'kerek' macam saya ni 'ceh ayat formal' . Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya . Perpisahan bukan tandanya kita akan berpisah tetapi perpisahan merupakan satu jarak persahabatan yang menguji sejauh mana dan sampai bila kita masih boleh bersahabat .

Akhir kata , 'tiada yang lebih bermakna melainkan talian persahabatan' . Untuk itu , saya akan terus mendoakan kejayaan awak semua . Semoga kita dapat bertemu lagi ya Akhma ? Insya Allah kalau ada masa kita pasti akan bertemu lagi . Perpisahan bukan tandanya kita berpisah ! Salam ukhwah dan salam persahabatan ! 'Don't expect your friend to become a perfect person but help your friend to become a perfect person ' ....

No comments:

Post a Comment